Tinggal Sebumbung Dengan Mertua

Assalamualaikum. Hai!

Selalu bila kita dah nak berkahwin, mesti ada yang remind kita jangan tinggal dengan mertua. Duduk asing. Cari rumah sewa. Kalau takde rumah sewa, dapat bilik sewa pun takpe. Kan? Tinggal dengan mertua ni macam taboo la kiranya. Macam menempah tiket ke penjara/neraka. Ibarat macam mertua tu sejenis horror yang amat. Boleh buat hidup jadi miserable sepanjang perkahwinan. Huhu.


Kenapa Nak Tinggal Sebumbung Dengan Mertua?

Bila orang tahu CikSha tinggal sekali dengan mertua tanpa suami di sisi 3 tahun lepas, semua macam kagum gila. Huhu. Macam-macam persoalan diajukan. Sampai tak terjawab dibuatnya. 

♡ Kenapa tak ikut suami?
♡ Macam mana biasakan diri sebab mertua orang Ganu saya orang Penang?
♡ Takde isu ke dengan ipar-ipar?
♡ Hubungan dengan mertua ok ke?


Banyak lagi la persoalan yang timbul. Siap ada yang puji tinggi melangit kata CikSha ni mesti baik dan penyabar orangnya. Macam mana la boleh duk sekali dengan mertua, suami jauh, famili sendiri pun jauh beribu batu.


Sebenarnya, CikSha pegang pesan mak dan maksu.
Anggap mertua macam parents sendiri. Jadi kawan. Jangan asingkan diri. Layan depa macam hang layan mak. - pesan mak.
Rajin-rajin tolong mertua. Jangan berkira buat kerja rumah. Nanti mertua lagi sayang kat Shada. - pesan maksu.


Hakikatnya, CikSha dah terbiasa pun tinggal dengan orang tua. Bila suami request CikSha duduk dengan mak ayah dia, tolong jaga dan tengokkan depa, suami akan balik seminggu sekali jenguk kami, CikSha pun ok je. Lagipun cuma tinggal mertua berdua je kat rumah ni. 


Pengalaman Tinggal Sebumbung Dengan Mertua

Alhamdulillah. Sepanjang tinggal sekali, mertua layan CikSha macam anak sendiri. Masa CikSha pregnant, ayah mertua yang bawak CikSha pergi check up setiap kali ada temujanji kalau suami sibuk. Bila dalam pantang, mak mertua yang jaga CikSha selain suami. Kalau depa tegur pun, CikSha anggap macam mak selalu duk bebel kat CikSha la. Takde ambik hati sangat. Bagi CikSha itu tandanya depa sayang. CikSha pun menumpang kasih kat depa.


Ipar-ipar semua pulak takde isu pun. Boleh je ngam dengan semua 8 beradik suami yang lain. Dengan biras-biras pun boleh je jadi kawan. Alhamdulillah. Pada CikSha, buat je macam biasa. Takyah nak ambik raplah sangat bak kate orang Penang. Be yourself.


Kerja rumah? Takde hal pun. Buat je macam rumah sendiri. Nak rumah cantik, hias. Nak rumah teratur, kemas. Mak mertua ok je. Dia tahu dah menantu dia ni spesis OCD. Hahaha. Masak bergilir dengan mertua.


Sekarang suami dah ada di sisi. Masih lagi duduk dengan mertua. Suami cakap tanggungjawab dia sebagai anak lelaki jaga mak ayah dia sebab adik beradik yang lain jauh. Sebeno nye die tu anak manja. Anak lelaki bongsu katekan. Bhahaha. By the way, CikSha takda hal pun.


Sebenarnya, inilah lagi satu NIKMAT Allah beri pada CikSha. Dapat keluarga baru yang baik. INI REZEKI CIKSHA. Takda apa yang perlu dibanggakan dan orang lain kagum pun. Istilah 'Jauh bau bunga, dekat bau tahi' tu takde dalam kamus hidup CikSha. Alhamdulillah. Allah bantu dan pelihara hati kami.

Motivasi untuk Yang Ada Masalah dengan Mertua

CikSha teringat ceramah ustazah Nor Hafizah Musa.
'Mertua/menantu yang hebat, ialah mereka yang masih berbuat baik dan sabar walaupun terpaksa melayan karenah mertua/menantu yang serupa hantu. Yang penting jangan merungut.InsyaAllah ada ganjarannya  di pandangan Allah swt.' 

Jadi kalau awak dalam situasi yang di atas ni, awak memang hebat. Saya salute awak!


Nanti kita dah tua, akan dapat menantu jugak. Nak Allah kurniakan kita menantu yang baik, kita dulu kena jadi menantu yang baik kat mertua kita. Itu je prinsip yang CikSha pegang sebab CikSha ada anak lelaki.


Semoga yang diuji tu, dapat tingkatkan kesabaran dan mengadu pada Dia mohon pertolongan dipermudahkan segalanya.



Bisik-bisik :: Tak boleh expect semua mertua tu jahat tau. Ubah mindset kita. 

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan