'Kak Long' dah Kahwin. Yeay!

Assalamualaikum. Hai!


Asyik update pasal portfolio je kan aku ni? Mesti korang meluat nak baca. Haha. Kali ni tak update pasal portfolio lagi. Nak update pasal kahwin-kahwin pulak. Ehhhh..bukan kahwin aku la. Aku nanti-nanti baru boleh update. Ihiks. Ni majlis kahwin besfren aku. Besfren masa aku belajar kat UMS dulu. Senior tak sama course. Kami adalah housemate. Dulu aku pernah update pasal majlis pertunangan die yang aku tak berkesempatan join sebab pergi lambat tapi dapat merasa nasik ambeng kat rumah tunang die.


Oh ya! Besfren aku ni orang Johor. Disebabkan dah berkali-kali merasa suasana majlis kahwin kat Johor jadi rasanya macam malas pulak nak ulang tulis pengalaman. Haha. Pemalas betul! Ye la. 3 kali dah merasa termasuk yang kali ni. First time masa wedding Puan Salmiah. Second masa wedding Puan Miza. Dan kali ni untuk wedding Puan Majaddatul pulak. Sama je. Malam nikah lepas tu ada berinai. Esoknya hari kenduri ada bersanding. Macam kenduri kahwin orang lain jugak la. 


Sebenarnya Puan Majaddatul ni adalah 'kaklong' LIC Crew. Nak tahu apa tu LIC Crew? Sila baca entri pasal wedding Puan Miza yang aku kasi link kat perenggan atas tadi. Yeay! Akhirnya Maja dah kawen! Konon nak kawen lepas aku. Lepas tu potong trip pulak. Cehhhh...Ini semua poyo! Bhahaha. Rezeki ko la Maja, kawen dulu dari aku. Aku menyusul pulak lepas ni eh. Jangan lupa datang wedding aku pulak tau! Hehe.


Malas dah nak berleter panjang. Korang tatap le gambar yang berkoyan-koyan aku nak share ni. Banyak sangat gambar sweet. Rasa macam nak tempek semua. Haha. Biar gambar yang menceritakan semuanya. Jom cuci mata!


Persalinan pengantin yang sangat super duper gojes. Pandai Puan Maja kite pilih baju. 
Mabeles sangat!


Selepas selesai majlis akad. Aku snap semua ni pakai henpon cap ayam aku. Cantik pulak. Sweet sangat moment masa ni. (^_^)


Pasangan pengantin dalam semua persalinan. (^_^)


Bergambar kenangan bersama adik beradik dan ahli keluarga sebelah pengantin perempuan.


WE ARE BESTFRIENDS!
Dua orang lagi takde dalam gambar. 


Dayang-dayang pengantin yang pantang jumpa kamera. Haha!


Sesi outdoor. Dua gambar di bawah hasil bidikan kamera Puan Zafirah Majid [SeniKu].
Cantik kan?


Tuan belog yang comot dengan pengantin yang super duper gojes. (^_^)


Dah 5 ahli kumpulan besfren kami yang kawen. Tinggallah lagi 4 orang termasuk aku. Tapi takpe. Lepas ni turn aku pulak. Hoho. Yang lagi 3 orang tu tak tahu bila pulak turn masing-masing. InsyaAllah ada la tu nanti. Wana, Dak Yan dan Izat jangan sedih-sedih tau. Lepas turn Sha, korang punya turn pulak. Doa banyak-banyak semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dipermudahkan jalan ke arah itu. Kami yang lain pun akan sentiasa doakan korang bertiga. Jangan putus berharap pada Allah.


Buat Puan Majaddatul, TAHNIAH sahabat. Alhamdulillah. Segalanya telah dipermudahkan. Happy sangat tengok ko dah bertemu jodoh. Dapat suami yang sepadan dengan ko. Encik Zalal, sila jaga besfren saya ni baik-baik ye. Selamat Pengantin Baru buat kalian berdua. Semoga ikatan suami isteri yang telah terjalin sentiasa dirahmati dan diberkati Allah, berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berpanjangan sehingga ke syurga hendaknya. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh solehah dan juga menjadi keluarga yang sakinah. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Sila bookmark siap-siap dalam kalender tarikh kawen aku pulak tau! Ehehe. (^_^)

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tahniah kak long !pasni sha pula !!! :D

    BalasPadam
  2. @Namee Roslan :: terima kaseh bagi pihak kak long..kui3..

    err..lepas ni sha pulak eh..alamak!! hehe..:P

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan