SIMBS Part 2 : Sesi Ice Breaking

Assalamualaikum. Hai!


Dah baca Part 1 : Sesi Pengenalan untuk event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" kan? Jadi kita proceed pulak dengan part seterusnya. Kali ni aku nak kongsikan pasal sesi Ice-Breaking yang kami buat masa tu. Best! Untuk menjadikan aktiviti lebih seronok, kami dibenarkan conteng-conteng kat dinding bagi sesi ice-breaking. Conteng je la apa pun yang menggambarkan tentang diri kami dan blog masing-masing. Rasa macam kat tadika pun ada. Tapi memang syok!


Masa diminta untuk conteng-conteng tu, aku blur-blur ayam sangat. Apa la aku nak lukis bagi menggambarkan diri aku dan blog bushuk masham aku ni. Terkial-kial nak melukis. Dah la tangan yang konon sakti sangat ni kayu habes bab melukis. Disebabkan tak boleh nak pikir aku pun main hentam keromo je lukis. Hasilnya macam gambar kat bawah ni. Jeng jeng!


Shahada dengan hasil lukisan nya. (-_-")


Huduh gilo lukisan aku. Haha. Nasib la. Lepas dah lukis tu, sorang-sorang kena terangkan sebab terhasilnya lukisan tu sambil memperkenalkan diri masing-masing. Semua orang kreatif kemain. Aku je yang langsung tak kreatif. Sob sob. Malu iols. Lantak kan je la. Janji ada jugak aku conteng-conteng. Pagi-pagi ni otak kureng kreatif sikit katakhonn. Amboi. Cover diri terbaik punya. :P


Masa sampai kat giliran aku lepas dah perkenalkan diri, kemain aku terangkan pasal lukisan aku tu. Kononnya sebab utama aku lukis cenggitu adalah AKU OBSES DENGAN DIRI SENDIRI. Bhahaha. Serius takde idea. Err...tapi realitinya, ada la sedikit kebenaran kot. Sebab tu selalunya dalam blog ni asyik tulis pasal diri sendiri je. Dah la kemain suka puji diri sendiri melambung-lambung. Kesiannnn~~~


Baidewei, sesi ni agak seronok. Pagi-pagi dah menceriakan diri dengan gelakkan hasil lukisan sendiri. Tu aku la tu. Hehe. Lepas tu dapat berkenalan secara ringkas dengan blogger-blogger yang lain. Semoga perkenalan yang terjalin ni terus berkekalan tali silaturrahim di antara kami.


Menjalinkan silaturahim kan perkara yang paling Allah suka. Lagipun dengan terjalinnya silaturrahim boleh meluaskan rezeki dan panjang umur tau. Tak percaya? Ni petikan hadis tentangnya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." [Hadith Riwayat Bukhari]


Tamat cerita tentang sesi ice-breaking. Sambung part 3 kat entri seterusnya ok.



Bisik-bisik :: Jalinlah silaturrahim dengan orang di sekeliling kita. Jangan sombong tau! Tapi jangan semberono jugak. Sifat berjaga-jaga perlu ada. (^_^)

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan