Friday, 15 November 2013

~ Bersalin Kulit ~

Assalamualaikum. Hai!


Dah rupa macam ulor pulak bersalin kulit tajuk entri nye. Hehe. Kalau korang pengikut setia belog aku ni, mesti korang perasan ada perubahan secara menyeluruh yang telah terjadi kat belog busuk ni. Perasan tak? Ha'ah. Aku dah ubah design template belog ni. Dah berubah dah wajahnye. Takde dah pinky di keseluruhan belog. Kalau idak berpinar je mata masuk belog aku, pink je semua. Ihiks.


Semenjak dah jadi isteri orang ni, taste warna dah berubah sikit. Sikit je la tapi. Ko ingat senang ke nak buang kegilaan iols pada warna pink? Iols kan perempuan sejati. Gituuuu. Haha. Masih lagi ada warna pink kat belog ni. Tapi tak banyak dah la. Tukar selera sikit. Kite gabungkan dengan warna soft blue yang kiut gitu. Nampak berseri belog iols dengan wajah baru ni. Ewah.


Sebenarnya pertukaran template ni aku buat pada 28/10/2013 yang lalu. Sempena setahun aku bertunang dengan encik CH yang kini dah pun jadi suami. Hehe. Tapi tak sempat nak update tulis entri. Sibok belek coding. Lepas tu tambah page-page baru untuk servis design yang aku buat. Berhari-hari jugak nak siapkan semua entri baru untuk setiap servis tu ha. Gigih sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal servis tu boleh la pergi kat [link ini].


Wajah lama blog busuk ini yang bakal dirindui.

Wajah baru belog busuk ini yang lebih simple. Muka owner tempek bawah sekali sebab dah jadi pemalu sejak jadi isteri orang. Tak sio teman nak tempek gambar sendiri beso-beso kat header. Malu. Ihik.


Lepas setelkan design baru blog ni, aku sibuk pulak install design template baru untuk 2 orang customer aku yang dah lama menanti perubahan wajah blog dorang. Dari bulan 7 tak salah aku. Tapi aku asyik pospon buat sikit-sikit design blog dorang. Sebab masa tu sibuk sangat dengan persiapan nak kawen. Tak sempat nak fokus. Huk3. Nasib baik la dorang ni jenis penyabar tahap tertinggi. Sanggup tunggu. Terima kasih sangat-sangat sebab memahami situasi aku di waktu genting itu. 


Terharu dapat customer macam ni. Alhamdulillah sebab setakat ni semua customer aku memang jenis penyabar dan memahami. Macam iols jugak. Ihiks. Allah memang selalu pertemukan aku dengan customer yang perangai lebih kurang aku je. Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui. Semoga lepas ni pun aku masih dipertemukan dengan customer yang baik-baik belaka. Amin.


Nanti aku update portfolio untuk 2 blog tersebut eh. Sekarang ni tengah mengumpul kekuatan dan mencari idea untuk design blog kakak ipar pulak. Beliau baru nak menapak buat bisnes online. Jadi minta aku buatkan blog. Sabar eh kakak ipor. Adik ipor mu tengah mencari idea untuk design ni. Hehe.



Bisik-bisik :: Semoga rezeki aku dalam servis design blog ni bertambah-tambah le lagi hendaknye. Amin.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Thursday, 14 November 2013

~ MyBigDay : Majlis Sambut Menantu 140913 ~

Assalamualaikum. Hai!


Err..dah nak dekat 2 bulan majlis berlalu baru terhegeh-hegeh nak update dalam blog. Haha. Super duper pemalas nak meninggal betol ni semenjak dah kawen. Tahun ni adalah tahun paling kurang menulis blog. Inikah namanya blogger sejati? Haha. Memang tak le. Ok la. Jom cerita pasal majlis sambut menantu kat kampung encik CH pulak. Dah berjaman ni rasanya banyak jugak yang dah terlupa. Aku cerita mana yang aku ingat je la ye.


Dua minggu selepas majlis kat Penang, berlangsung pulak majlis sebelah encik CH kat Terengganu. Buat majlis kecik-kecik je. Majlis kat sana sekalikan dua pasangan pengantin, aku dan encik CH bersama abang encik CH dan isterinya. Abang encik CH nikah lama dah, masa bulan 6 sebelum puasa. Majlis sebelah perempuan masa hari raya. Jadi majlis sambut menantu sekalikan dengan aku dan encik CH la. Senang buat sekali harung. Hehe.


Aku bertolak dari Penang hari Jumaat 130913. Pergi sebuah kereta je dengan famili Paksu. Mak tak ikut sebab kakak dah sarat. Sedara-mara yang lain takde yang nak follow. Takde yang sudi nak nganto aku. Sob sob. Aku pun tak mampu nak sponsor dorang kalau ada yang nak ikut. Aku bukan kayo kerja beso. Tak nak nganto takpe le. Ayat syahdu pujuk diri sendiri. Haha.


Jadi yang menghantar aku ke rumah mertua hanyalah Paksu, Maksu, anak bongsu dorang dan adik Paksu yang kami tumpang tidur kat rumah dia. Kami berlima je la yang pergi bertandang nye. Takde rombongan besar-besar, kereta berderet-deret. Mujur la famili encik CH pun jenis tak kisah. Lagipun majlis kat sebelah encik CH pun buat simple-simple je. Lebih simple dari majlis sebelah aku.


Pasal majlis simple ni aku tak kisah sangat pun. Asalkan ada buat untuk war-warkan yang anak teruna mak ayah mertua aku dah ada isteri. Tu pun dah cukup bertuah dah rasa diri ini. Hehe. Aku bukan high demand pun. Mana yang keluarga encik CH mampu buat, aku terima je seadanya. Aku lebih suka bersederhana. Lebih afdhol dan berkat gitu. Hik3.


Masa majlis sambut menantu ni takde upah mane-mane photographer pun. Harapkan adik beradik encik CH je la yang ngambik gambo. Jadi takde la banyak mana pun gambo yang ade. Aku kongsi yang elok je la dengan korang eh. Tu pun ade yang blur. Ntah tangan sape la yang tak bedung tu ambik gambo blur. Haha. Takpa la. Asalkan ada sudah. Ada jugak kenangan untuk ditatap. Ye dok? Jadi marilah kita menatap gambar-gambar itu.



iols baru sampai. Kakak dengan mak sedara encik CH sambut. Woi! Apa ni pengantin pegang henpon? Haha.


Ni kena tegur suruh jalan pegang tangan. Terus memasing pandang tempat lain. Sampai depan pintu rumah jalan sendiri-sendiri. Pengantin bertuah. Sempoi tak suami saye? Pakai selipor je. Haha.


Bersama famili Paksu dan anak-anak buah encik CH yang nak bergambor juge.


Makan beradap. Style kampung ok. Duduk bertimpuh saye yang ganas ni. Hehe. Makanan die super duper sedap. Mak sedara encik CH yang masak. Tengok je la muncung pengantin pompuan tu. Tak sopan betoi makan. :P


Dengan adik beradik encik CH dan pasangan pengantin lagi satu. (^_^) *gambar blur*


Dengan besfren kat UMS yang sudi hadir. Tina dan Dayah bersama suami dan anak memasing.



Oh ye. Waktu malam lepas majlis ada la buat sesi potong kek. Sempena besday anak-anak buah encik CH dan sambut menantu. Aku jadi tukang motong kek. Gambar masa tu tak boleh la nak share. Semua dah pakai baju nak tido. Selekeh je memasing. Haha. Tak payah la tunjuk kat korang. Apapun alhamdulillah. Majlis kat sana pun berjalan lancar walaupun sederhana. Kat belah Terengganu ni, kalau majlis sambut menantu, tetamu yang datang akan bagi 'duit keruk' kat pengantin perempuan. Ada la aku dapat dalam RM***. Tak la banyak. Tapi alhamdulillah. Rezeki. (^_^)


Terima kasih kat keluarga dan sedara mara encik CH yang banyak membantu masa majlis. Terima kasih jugak kat orang-orang kampung yang rewang masak untuk kenduri. Terima kasih kat famili Paksu yang sudi hantar aku jejauh. Terima kasih jugak kat member-member UMS yang stay kat Terengganu, Zek Zubaidah, Tina dan Dayah sebab sudi hadir. Sebok nak wish terima kasih macam dorang baca blog aku je. Haha. Lantakkan. Sekadar nak menyampaikan rasa terima kasih je. Korang kan ada nak baca. :P


Habes dah cerita pasal ketiga-tiga majlis. Lepas ni kalau aku rajin, aku tulis review pasal baju, mekap dan lain-lain pulak yang berkaitan dengan majlis. Kalau rajin la. Haha. Harap tabah la korang menunggu bagi pembaca setia yang rajin skodeng blog aku ni. Macam la ade pembaca setia *konon*. Perasan nau si Shahada ni. Kih3.



Bisik-bisik :: Alhamdulillah. Dah 74 hari jadi isteri encik CH. Baru 74 hari. Jauh lagi perjalanan oii. :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 13 October 2013

~ MyBigDay : Majlis Makan-makan 010913 ~

Assalamualaikum. Hai!


Dah 42 hari jadi isteri orang baru terhegeh-hegeh nak update belog cerita pasal majlis. Hoho. Maaf la. Memang tak sempat nak membelek belog. Lepas majlis kat Penang, bersedia untuk majlis kat Terengganu pulak. Stay rumah mertua sampai awal bulan 10. Ni balik Penang kejap sebab nak tunggu kakak bersalin. Aku pulak tak berapa nak sihat. Pastu sibuk sikit nak kejar masa siapkan belog customer yang tertangguh punya la lama. Ni pun curi-curi ambik masa nak update belog taknak bagi sepi. Huhu.


Jadinya, entri ni nak cerita pasal majlis makan-makan yang berlangsung esoknya lepas hari nikah aku. Saja sebut majlis makan-makan je sebab memang takde bersanding-sanding renjis-renjis semua. Hehe. Segan la. Lagipun aku rasa adat tu tak buat pun takpa. Pelamin memang ada. Tapi just untuk bergambar dengan famili dan kengkawan. Itu pun bersepah je ambik gambar sekitar dewan walaupun ada pelamin. Baik takyah ada pelamin pun takpa. Haha. Sebabkan majlis aku buat kat dewan je, tu yang aku labur duit sendiri buat jugak pelamin. Ikutkan plan awal memang taknak buat pun.


Majlis makan-makan aku tu buat kat dewan sekolah depan taman perumahan aku ni je. Dekat sangat dengan rumah. Majlis tak buat kat rumah sebab mak yang nak majlis buat kat dewan. Taknak sepah rumah. Lagi satu sebab kawasan rumah sempit lorongnya. Nak pasang khemah kena mintak izin semua jiran-jiran keliling. Jadi taknak la susahkan jiran-jiran kena keluarkan kereta dan parking jauh dari rumah sendiri sebab terpaksa ganggu laluan keluar depa. Penyelesaiannya sewa la dewan. Sewa dewan mak yang belanja. Hehe.


Entahlah ramai ke tidak yang datang majlis. Aku pun tak pasti. Jemputan aku target dalam 800 orang je. Tapi makanan kat catering aku ambik untuk 1000 orang. Biar lebih jangan tak cukup. Lebih boleh bungkus bagi kat sedara-mara, jiran-jiran yang tak dapat datang sebab ada hal. Apa-apa pun alhamdulillah sebab pada perkiraan aku majlis berjalan lancar. Agaknya la.


Terima kasih pada tetamu-tetamu yang sudi hadir. Bekas cikgu sekolah : Cikgu Hana dan Cikgu Fiza. Bestfriend zaman sekolah : Puan Yanti, Puan Wani, Cik Wahida, Encik Amet, Encik Amir dan Encik Joe. Bestfriend zaman U : Yana & tunang dari Kelantan, Hanif & Tiana, Puan Sal bersama suami dan anak-anak dari Johor. Kawan-kawan blogger : Kak Shida, Sunah dan adik, Syukri, Syafinaz (Geng KBU) dan Kak Hanim (customer blog). Kawan-kawan sekolah & universiti yang lain, kawan-kawan tempat kerja, kawan masa aktif belia, jiran-jiran, sedara-mara, kawan-kawan Maksu & Paksu, kawan-kawan kakak dan semua-semua la. Tak tersebut nama sensorang. Ada yang tak sempat jumpa pun. Maaf sangat-sangat. Tak terlayan semua. Huhu.


Celoteh panjang-panjang pun korang mesti jemu nak baca. Jadi marilah menatap gambar yang ada. Tak leh la nak letak banyak-banyak. Letak sikit je eh. Kat fesbuk pun aku tak letak lagi. Malas tahap super. Hehe. Selamat menatap la ye. 


Meja guestbook ni semua aku hias sendiri. Ambik bahan-bahan yang dah sedia ada kat rumah.

The pelamin. Deco by AtuZ Wedding House. Aku pun tak ingat pelamin camne yang aku request. Haha. Terima je seadanya hasil yang terjadi. Tapi memang aku mintak yang simple je.


Pandangan penuh dalam dewan. Simple je kan? Eh? Ada budak Iqbal tengah menari. Haha.

Masa tiba kat dewan. Ketaq habaq hang! Cheq maluuuuuuuu.

Atas : Duduk sekejap kat pelamin ambik syarat. Takde renjis-renjis pun. Tak ingat nak pesan kat famili suruh DJ pasang doa masa ni. Huhu.
Bawah : Makan beradap. Simple je kan meja makan pengantin? Aku la tu yang hiasnye. Lantakkkk. Asal ada sudah. Duduk makan jap je pun. Kui3.

Gambar yang ada dengan mereka yang hadir. Ni pun cilok kat dorang. Haha. Yang lain tak tag pun jadi takde la gambar dalam belog saye. Maaf. :P

Bergambar dengan keluarga suami dan sedara mara. Dengan famili sendiri takda. Dorang tak dengar pun aku duk panggil-panggil. DJ announce pun dorang tak dengar gamaknye. Sibuk layan tetamu. Sob sob. Sedikit terkilan.

Bergambar ramai-ramai dengan famili aku dan famili suami. Mak tetap takde dalam gambar jugak. Ada kakak dengan adik je. Alahai mak. Dia memang tak suka ambik gambar. Sedih betul. Huhu.


Simple je majlis aku kan? Memang pun. Hehe. Tak idam pun nak grand-grand sangat. Memang niat just nak war-warkan perkahwinan dan bagi tetamu makan je. Tu la pelamin simple, baju simple, hiasan dewan pun simple. Cuma catering dengan pelamin je yang berbayar pun. Meja makan pengantin, meja guestbook, meja hadiah, meja doorgift, sendiri hias. Simple-simple sudah. Jimat duit. Haha. Nanti kite sambung entri majlis sambut menantu pulak eh.



Bisik-bisik :: Lama tak tulis belog. Nak tulis entri ni pun berjam-jam. T_T

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 11 September 2013

~ MyBigDay : Single To Married 310813 ~

Assalamualaikum. Hai!


Hampir sebulan menghilang. Kesian belog ditinggalkan sepi. Soalan-soalan dari pembaca belog kat email dan facebook pun tak terbalas-balas. Job design pun menunggu untuk disiapkan. Request design dari customer pun terpaksa dibekukan. Huishh...punya la bizi tahap gaban! Ampun semuaaaaa~~ Huhu.


Sebenarnya bukan lah hilang pergi mana pun. Tapi bizi menyiapkan macam-macam kerja kawen. Ya ampunnnn...macam-macam hal aku nak kena hadap. Proses itu proses ini dan macam-macam lagi la. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku nak menghadap semuanya. Dan hanya Dia je yang tahu kenapa aku diduga macam tu. Pasti ada hikmah disebaliknya kan?


Biasa la tu. Rasanya semua orang pun rasa. Cuma lain-lain dugaannya. Itulah namanya dugaan nak membina masjid. Lagipun masa tempoh bertunang rasanya takde la hadapi dugaan hebat. Cuma dugaannya nak ngumpul duit dan buat persiapan nak kawen je la. Lagi satu dugaan berjauhan susah nak berjumpa dengan tunang. Eh? Itu dugaan ke? Rasanya jauh-jauh masa bertunang dan tak dapat berjumpa tu sweet moment jugak tu. Bila tiba hari bersejarah rasa macam 'ohmai berdebarnyeeeee'. Maklum jarang jumpa masa tempoh bertunang. Ewah! Hehe.




Alhamdulillah. Pada 31 OGOS 2013 tepat jam 10.59 pagi seperti yang tertulis dalam surat akuan nikah, aku telah sah menjadi yang halal buat si dia yang tercinta dengan sekali lafaz. Bersyukur tak terkata. Hati tak henti-henti berdoa dan mengucapkan syukur pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah dipermudahkan majlis akad nikah pagi tersebut. 


Berdebarnya tak payah cakap la. Muka aku langsung tak senyum oi masa encik CH duk ngadap tok kadi. Rosak gambar. Haha. Gila tak berdebar punya la lama wei sebab pagi tu ada dua pasangan pengantin. Aku dan encik CH kena second round pulak tu. Dah la kena dengar tarbiah pasal Merdeka mula-mula. Maklum pengantin merdeka katakan. Haha. Lepas tu ada khutbah nikah pulak. Tu lah pasalnya. Aku ni dah menggeletar seluruh badan masa tu. Dengan mengantuk nya lagi sebab tidur jam 4 pagi bangun pulak 6 pagi. Ada hal sikit berlaku malam sebelum hari nikah tu. Ting tong pale otak aku tidur tak cukup. Uhuhu.




Tapi apa-apa pun, syukur ke hadrat Allah semuanya dah selamat berlangsung. Aku dah sah jadi isteri kepada encik CH. Hoyeay! Lompat-lompat bintang. Haha. Buruk perangai. Gembira sangat oi. 8 tahun menanti saat indah ni tau. Terima kasih Allah kerana memelihara rasa cinta, kasih, rindu dan sayang yang wujud dalam hati untuk si dia sekian lama sehingga tiba saatnya. Terima kasih juga kerana memelihara diri kami berdua sehingga kami halal buat diri masing-masing. Alhamdulillah. Nikmat Allah yang sangat berharga buat diri aku dan si dia. 


Walaupun dah 8 tahun kenal, perjalanan kami baru bermula sebenarnya. Masih jauh. Dan banyak lagi yang perlu kami belajar. Semoga akan sentiasa dipermudahkan Allah, diberi petunjuk dan bimbingan untuk kami sama-sama mengemudi bahtera rumahtangga kami dengan baik. InsyaAllah. Semoga segala rasa cinta, kasih, sayang dan rindu ini akan terus berkekalan sehingga hujung nyawa. Semoga hubungan kami berdua juga berkekalan sehingga ke syurga Allah hendakNya. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua eh. Terima kasih atas doa kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya.



Bisik-bisik :: Boleh kumpul pahala berganda-ganda lagi. Yeay! (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 11 August 2013

~ Wedding DIY Project : Kad Jemputan ~

Assalamualaikum. Hai!


Lagi tak berapa hari je tinggal untuk aku bersuka ria dengan status bujang ni. Nanti dah nak bertukar status jadi Cik Puan dah. Warghhhh. Macam tak percaya pun ada ni ha. Betul ke aku dah nak kawen ni wei? Cubit diri sendiri. Auchh..sakit! Ini bukan mimpi. Memang betul aku dah nak kawen. Haha. Dah macam orang tak betoi pulak dah ha. :P


Hari tu ada la mesej-mesej dengan encik CH pasal kawen-kawen ni. Saje nak menggedik dengan tunang sendiri. Bhahaha. Mengada nak mampos si Shahada ni. Maklum la pasangan jarak jauh gitu. Bukan macam korang hari-hari ngadap muka tunang. Aku ni mampu berkomunikasi secara mesej-mesej je dengan encik CH ha. Jadi inilah antara petikan mesej menggedik aku dengan beliau.

Aku : Sayang2...betul ke kita dah nak kawen?
Encik CH : Cuba tengok kat kad kawen tu nama siapa? Betul ke nama kita berdua?
Aku : Hehe. Nama kite la sayang.
Encik CH : Haaa..betul dah la tu kalau nama kite.
Aku : *senyum sorang-sorang macam orang tak betoi*


Ahaha. Poyo je aku ni ha. Oh ye. Bila dah sembang pasal kad kawen ni kan, entri kali ni aku nak share projek DIY yang seterusnya lah iaitu kad jemputan. Pengantin bajet wei. Kalau boleh semua nak cut cost tau. Takmau membazir. Jadinya untuk kad jemputan aku ambik keputusan untuk DIY la. Untuk kedua-dua belah pihak aku yang design dan printing sendiri. 


Kad sebelah aku.


Sebab apa aku DIY je sendiri kad kawen tak pi tempah?

#1 Aku rasa buat kad biasa-biasa je dah ok dah. Tak perlu nak yang hard cover, bling2 emas/silver ke, corak emboss ke, glossy ke, laminate ke atau apa-apa je la yang seangkatan dengannya. RUGI. Bukan semua orang nak simpan. Lama-lama nanti masuk tong sampah jugak. Kalau yang memang jenis suka kumpul kad kawen tu lain cerita la. Tapi 1 dalam 1000 kot orang yang suka kumpul-kumpul ni. Hehe. Jadi kite buat sesimple yang mungkin. Tak payah la nak eksklusif bagai semata-mata nak bagi orang 'wow..kagumnye'. 

#2 Aku dengan encik CH jauh. Takde masa nak dating pergi cari kedai kad kawen sesama. Lagipun encik CH pun sibuk dengan kerja. Dia kerja biasa-biasa je. Time kerja tak menentu. Jadi aku ambik inisiatif biar aku yang setelkan part kad kawen ni untuk belah aku dan belah encik CH jugak. Senang cerita.

#3 Nak jimatkan cost. Tak perlu keluar duit buat kad sampai beratus-ratus. Membazir. Bajet!

#3 AKU KAN KREATIF. Bhahaha.


Jadi bila dah DIY aku boleh la design ikut suka hati aku je camne rupa dia. Kih3. Tak perlu pening-pening kepala nak deal dengan orang lain. Semua proses design aku buat guna photoshop. Untuk yang kad sebelah aku, aku design sendiri lepas tu tanya kat mak dengan kakak ok ke tak susunan dan maklumat dalam kad tu. Untuk kad sebelah encik CH pulak, aku design dulu lepas tu emel kat encik CH suruh die check dan komen. Bile dia cakap dah ok baru aku proceed dengan printing pulak. 


Kertas yang digunakan untuk kad sebelah aku, aku beli kad readymade dekat kedai pemborong barang kawen AtuZ Wedding House. Berlambak kad readymade yang cantik-cantik. Pandai-pandai la pilih ikut citarasa dan tema. Aku beli kad ni lama dah. Bulan 1/2012 lagi. Hehe. Sekali tengok berkenan weh. Takut takde dah design tu jadi baik aku sekau awal-awal. Maklum la. Aku ni kan cerewet nak mampos. Susah nak berkenan kat satu-satu mende. Kalau dah berkenan memang aku rembat terus. Kad tu dia dah bercorak. Jadi untuk proses printing aku cuma perlu design peta dan maklumat isi dalam saje. Kad ni lipat dua. Aku cetak 500 keping.


Untuk sebelah encik CH pulak, aku beli paper A4 tebal sikit nama dia Buffalo Card. Buffalo kau! Haha. Paper tu sebelah die macam ade corak-corak sikit, sebelah lagi plain. Nampak cantik jugak. Aku ambik paper kaler putih. Dalam satu paper boleh dapat 3 keping kad bercetak depan belakang. Belah sana aku cetak 500 keping jugak.


Kad sebelah encik CH.


Jadi sekarang mari kita kira kos untuk cetakan kad jemputan kawen kedua-dua belah pihak.

Kad sebelah pengantin perempuan
RM39.92 x 5 paket (500pcs) = RM199.60
*sampul disertakan sekali

Kad sebelah pengantin lelaki
A4 Paper Buffalo Card 230gsm : RM40 x 2 rim (200pcs: 600pcs) = RM80
Sampul : RM40 x 1 kotak (500pcs) = RM40
TOTAL = RM80 + RM40 = RM120

Jumlah keseluruhan cetakan kad sebelah aku dan encik CH adalah RM319.60 untuk 1000 keping. Kos sekeping kad untuk aku, 40sen. Kos sekeping kad untuk encik CH, 24sen. Yang aku mahal sikit sebab beli kad readymade yang bercorak cantik. Yang encik CH murah sebab A4 Buffalo Card yang 1 keping boleh dapat 3 kad. Tapi yang paling penting 2-2 kad tu tak lebih pun 50sen kos dia walaupun cuma cetak 500 keping. Kalau tempah kat kedai untuk 500 keping takkan dapat bawah 50sen. Betul tak? Sampul untuk dua-dua belah pun printed jugak dengan corak simple yang aku design sendiri. Kos printing tak kira sebab pakai printer aku je. Dakwat habes aku injek je dakwat kat catridge. Hak hak hak. 


Kualiti printing? Cantik je pada pandangan mata aku. Asal boleh baca dengan jelas. JIMAT berganda tak? Aku rasa jimat dalam beratus-ratus jugak ni rasanya. Kalau tempah pun untuk 1000 keping tu mahu capai RM500-RM800 jugak kot. Ye tak? Hehe.


Kad dah siap printing semua. Sekarang tengah edarkan untuk para jemputan. Lagi 3 minggu nak majlis ni. Baru terhegeh-hegeh nak edar. Kih3. Ye la, masa raya ni la baru ambik kesempatan jemput orang. Sambil beraya kita jemput orang datang kenduri nanti. Baru ngam gitu. Hehe. Sekarang sambung fokus siapkan bunga telur yang tertangguh tinggal lagi 70 kuntum tak siap lagi. Harapnya siap dalam minggu ni. Banyak lagi nak kena buat ni. Uhuk!


Untuk baca entri projek DIY yang lain, klik link entri di bawah :



Bisik-bisik : Doakan semoga majlis aku nanti dipermudahkan dan diberkati Allah ye kawan-kawan. Terima kasih. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 21 July 2013

~ Wedding DIY Project : Bunga Telur ~

Assalamualaikum. Hai!


Memandangkan aku ni adalah pengantin bajet ciput, hehe.. maka semua menda alah yang remeh temeh aku akan DIY. Gigih tak? Ye la..kalau nak beli yang siap pun ingat tak guna banyak duit ke? Mahai kot. Baik buat sendiri je. Bajet dah tentu-tentu la tak banyak nak kena keluar. Lagi satu, lebih puas hati sebab hasil tangan sendiri yang nak kata kreatif sangat tu idok le jugak nye pun. Hehe.


Kalau hari tu aku DIY Guestbook, kali ni aku DIY bunga teloq pulak. Puas hati habaq hang bila buat sendiri walaupun ambik masa la jugak nak siap nye. Uhuk! Sekarang ni aku baru buat 70 kuntum. Itu pun belum siap sepenuhnya lagi. Baru buat kuntum nya. Badannya belum buat lagi. Kendian baru nak buat. Ada lagi 130 kuntum menanti. Sob sob. Memang aku bajet nak buat 200 kuntum bunga telur. 100 kaler macam contoh kat bawah. 100 lagi kaler 'rahsia'. Siapa yang cepat dia la yang dapat nanti. Kalau tak dapat jangan marah ye. Ni bunga telur yang nak letak kat pelamin punya. Kalau nak, kena pi ambik sendiri kat pelamin masa hari kejadian. Haha.


Okey. Ini aku nak kongsikan camna aku buat bunga telur ni. Versi Cik Shahada punya. Hehe. Memang sebelum aku buat yang versi aku ni, aku gugel merata dah nak tengok bunga tisu orang lain buat camna. Comei-comei je. Bulat-bulat kembang mekar semuanya. Jadi aku taknak la buat sama pattern macam orang punya. Aku pun buat la eksperimen sendiri nak jadikan bunga tisu aku tu lain macam sikit. Menjadik weh! Nasib baik cantik. Seronok gila rasa. Hehe.


Jadi kat bawah ni langkah-langkah nak buat bunga telur tisu versi cik Shahada. Aiseh! Jom tengok! Nanti aku share bajet nak buat bunga ni dan bahan-bahan yang aku guna.

1 : Itu saiz asal tisu fresh keluar dari plastik. Agak besar. 40cm x 40cm.
2 : Bentangkan. Lepas tu, lipat 3 bahagian. Dah lipat 3 bahagian tu lipat lagi 3 bahagian.
3 : Hasil lepas dah lipat macam cara kat nombor 2 tadi. Satu tisu ni boleh dapat 9 keping.
4 : Beza saiz. Sebelah kiri saiz tisu asal. Sebelah kanan saiz tisu yang dah di kecik-kecik kan. Hehe.

*Pakai tisu ikea ni best. Sebab dia 3 lapis. Boleh guna 3 keping yang dah dipotong kecik tu dan dapat 9 lapis kelopak bunga. Cantik sikit sebab nampak kembang. 1 tisu boleh dapat 3 kuntum bunga. (^_^)


Duduk saje-saje depan tv tu boleh la lipat-lipat tisu jadi bentuk kipas banyak-banyak. Hehe.


1 :  Ambil tisu yang dah lipat bentuk kipas tu. Gunting hujung kat dua-dua belah bentuk V.
2 : Kembangkan sikit kipas tu supaya senang nak tarik sehelai-sehelai jadikan kelopak.
3 : Ambil bunga kecik yang bijik-bijik tu letak kat tengah-tengah. Lilit dawai bunga kecik tu kat dawai yang ikat tisu tu supaya dia tak bergerak masa kita dok leraikan tisu tu.
4 : Tadaaa. Itulah hasilnya! Cantik tak? (^_^)

Kena hati-hati masa leraikan nak jadikan kelopak bunga sebab tisu IKEA ni sensitip sikit. Dia nipis dan lembut tak macam crepe paper. Hati-hati ok!


Sebahagian bunga yang dah siap. Tu si minah tu memang suka interprem sikit. Hehe. Dia teman aku buat bunga ni tempoh hari sebab aku tinggal sensorang kat rumah. Mak pergi rumah adik kat Putrajaya. Kakak pulak pergi rumah suami dia kat Seremban. 5 hari dorang pergi sambut puasa kat sana. Tinggal aku berpuasa sensorang kat rumah. Sobs. Nasib baik ada minah ni teman.


Itulah bunga tisu versi cik Shahada. Hehe. Sekarang mari kita kira bajet pulak.

Tisu IKEA (2 bungkus : 100 keping) = RM11.90 x 2 = RM23.80
Lidi (2 bungkus : 200 cucuk) = RM2.70 x 2 = RM5.40 
Manik bunga (18 bungkus : 216 kuntum) = RM2.25 x 18 = RM40.50
Soletep bunga (5 gelung) =  RM0.90 x 5 = RM4.50
Riben = FREE (ready stock)
Kain net = FREE (ready stock)

TOTAL = RM74.20...Murahnya! Dengan harga tu dapat 200 kuntum bunga telur. Wohoo. Andai kata kena beli riben dan kain net tu pun rasanya ada dalam RM120 je la kot. Kalau beli yang siap punya mahu ratus-ratus habes. Sangat super jimat. Yeay! Hehe.


Semua ni aku buat sensorang tanpa bantuan sesiapa pun. Kalau ade yang offer nak tolong pun macam mak, memang aku tak kasik. Biar aku buat sorang takpe. I is cerewet ye. Kang orang buat tak kena macam yang aku nak kang aku pulak yang bertukar jadi hulk mengamuk tak tentu hala. Haha. Lebih baik aku buat sendirian berhad. Takde la dapat dosa marah orang je nanti. Sobs.


Selain DIY bunga telur ni, aku ada jugak DIY untuk centerpiece atas meja makan tetamu dan korsej untuk famili. Pakai la kome semua korsej hasil tangan aku yang mabeles itu. Hahaha. Sekarang tengah gigih nak siapkan. Malam-malam lepas buka puasa dah kena start buat. Terpaksa la ponteng terawih kat masjid. Buat sendiri je kat rumah sebelum kroih kroihh membuta. Tu pun kalau tak mengantuk tahap gaban. Uhuk! Teruk betoi aih perangai cik Shahada korang ni. (-_-")


Ni aku tengah gigih print kad pulak. Tu yang stop sekejap buat bunga. Sempat la nak menaip satu entry ni ha untuk korang sebelum sahur. Aku belum tidur lagi ni. Arghhhh. Ngantukss. Huhu. Kalau ada yang nak try buat bunga tisu macam aku ni, ikut je step yang aku kongsi kat atas tu ye. Selamat mencuba! Sonang je tu. Tapi kalau malas nak buat, nak upah aku pun boleh saje. Aiseh. Kemain tu offer nak buat yang orang. Sendiri punya pun jenuh nak siapkan. Hehe.



Bisik-bisik :: Nanti aku share pasal kad pulak ye! Pengantin bajet memang camgini. Semua pun nak buat sendiri. Haha!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 8 July 2013

~ Misi Mencari Semakfon! ~

Assalamualaikum. Hai!


Awal tahun lepas, henpon kecintaan aku si Erik tu buat perangai ribbon rosak. Pertengahan tahun ni die buat sekali lagi perangai itu. Hampes sungguh! Ni yang menyampah pakai henpon jenis slide ni. Uhuhu. Bukan tak sayang, tapi itulah...suka benau buat masalah cenggitu. Kalau kali pertama dulu takpa lagi sebab masih dalam waranti. Hantar je kat centre, die repair free. Ni kali kedua ni kalau hantar kompom dah la kena bayar servis charge kan. Tu nak repair tu mahu makan ratus jugak kot.


Jadi aku pun ambil keputusan taknak la hantar repair. Rembat je henpon baru satu. Bukan berlagak kaya. Gila ko. Aku memang tak mampu la nak beli henpon canggih manggih ni. Mujur la ade rebat komunikasi belia rm200 tu. Apa lagi tunggu? Gunakan peluang yang ada la. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Sementara umur masih bawah 30an ni kan. Kih3. Merasa la aku pakai semakfon weh. Alhamdulillah. Ihiks!


Jadi entri ni nak cerita kisah aku nak pi tuntut rebat tepon ni la. Memula aku buat research dulu kat internet. Tengok pakej yang disediakan. Dah alang-alang aku ni pengguna tegar maxis, jadi aku skodeng la apa yang maxis tawarkan dengan rebat ni. Dah survey tu macam berminat la nak rembat semakfon under pakej maxis bagi sebab katanya kalau kita dah pakai nombor maxis takyah beli dah line internet just topup je rm30 then boleh beli semakfon dengan rebat tu. Ok good!


Maka aku pun ajak la besfren aku Encik Joe dengan izin encik tunang kesayangan untuk temankan aku pergi mencari semakfon idaman. Kami berdua pakai selekeh gila hari tu. Haha. Malas nak dress-up bagai sebab keluar pun dah petang. Memula aku ajak beliau pergi kedai yang tersenarai kat dalam web maxis tu kat Sunway Carnival Mall. Baru langkah satu kaki masuk kedai, apek tu cakap takde dah henpon rebat tu. Dah habes stok katanya. Padahal aku tengok bersusun je henpon semakfon dengan iklan tangan 'BEST' tunjuk pasal rebat tu. Ngek dia la! Nak membohong tak berhagak. Mentang-mentang aku pakai selekeh gila. Sebabkan sakit hati aku pun ajak encik Joe keluar dari kedai tu. 


Berlegar kat depan kedai tu ternampak kaunter kecik yang juai henpon ada tawarkan jugak rebat tu. Under maxis jugak pakejnya. Aku pun pi la tanya. Layanan dia memang kurang hajo gila. Rasa macam nak kasik penumbuk je kat apek tu. Ko dah kenapa kurang hajar sangat? Mentang-mentang la aku pakai tak semart, pastu teringin nak beli semakfon pakai rebat, ko layan aku selekeh je eh? Apa ko ingat aku takde duit ke? Ewah...marah pulak aku kan padahal memang duit kureng pun. Hehe. Sebabkan layanan tahap macam nak makan penampo tu, terus aku jadi nyampah nak deal dan ajak encik Joe blah. Sakit betoi hati ni rasa masa tu. Sob sob.


Muka cewi dapat henpon baru. Hak3.
Cantik betul peta jerawat kat pipi ku itu. Wuuuuu..

Kendian aku ajak encik Joe pergi solat garib dulu. Aku kata nak berdoa mintak petunjuk semakfon apa yang best dan menepati citarasa aku. Haha. Kami pun bergerak pergi kat K4 lama yang kini dikenali dengan AEON Big. Solat garib dulu pastu baru pergi jelajah tempat jual fon tu tengok kaunter mana yang ada tawarkan pakej rebat. Ada la 3-4 kali jugak tawaf. Akhirnya berhenti kat satu booth. Layanan apek kat booth ni sangat la terbaek. Dah la hensem. Hak3. Terubat sakit hati aku dengan 2 orang apek sebelum ni.


Dan kini aku telah secara rasmi menggunakan semakfon. Huehuehue. Orang KEDEKUT macam aku pakai semakfon wei. Mujurlah ade rebat duaratus itu. Kalau tak, memang harapan la aku nak pakai kot. Aku rembat semakfon buatan Malaysia je. Support la barangan buatan Malaysia gituuuu. Bhahaha. Nice jugak semakfon 9tology ni. Setakat aku duk guna ni ok je. Takde apa-apa masalah pun. Yang penting die omei sangat. Aku ambik Black Pearl Mini punya jenis. Memang menepati citarasa aku la. 


Alaa..aku bukan online sangat pun guna henpon. Lebih selesa pakai laptop kalau nak online. Kekadang je guna phone. Ada la download jugak game Pou dengan Sudoku. Game Sudoku memang fevret sepanjang zaman. Harus download. Dah ada dalam fon main kat fon je la. Takyah dah bukak buku tu. Sian buku Sudoku aku dianaktirikan. Hehe. Aplikasi lain yang aku bubuh dalam semakfon tu pun WeChat dengan Whatsup. Jarang online memang jarang la bukak pun. Hehe.


Terima kaseh kat encik Joe sebab sudi temankan aku. Sudi ikut aku ke hulu ke hilir dan melayan karenah aku yang cerewet nak mampos. Kui3. Terima kasih jugak kat encik tunang sebab izinkan aku keluar dengan encik Joe. Yeay! Saya dah ade semakfon. Harapnya beliau bertahan lama dengan saya yang sedikit 'ganas' ini. Hehe. Ini adalah Mr. Black aku yang kedua selepas Mr. Black motor kesayanganku itu. Jadi kite panggil dia Mr. BlackII la. (^_^)



Bisik-bisik :: Nak ber'WeChat' tak dengan saya? Takyah la eh. Saya jarang online. Kui3.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 6 July 2013

~ Wedding Preparation : Proses Permohonan Kahwin ~

Assalamualaikum. Hai!


Lama tak menulis. Makin malas tahap melampau dah ni. Haishhh. Memang tak menyempat nak menulis. Yang paling UTAMA semakin pemalas sebenarnya. Apa la nak jadi dengan ko ni Cik Shahada oi?! Banyak cerita yang tertangguh. Nak update sekaligus dalam satu entri ni la. Biar korang muntah baca. Haha.


Diam tak diam dah masuk bulan 7 dah. Lagi beberapa hari dah nak sambut Ramadhan. Lepas tu sambut Raya. Lepas tu sambut Merdeka. Lepas tu sambut aku jadi puan. Hak hak hak. Woi..macam tak percaya je aku dah nak kawen. Pak kebum kebum pak kebum kebum. Ewah. Gediks pulak minah ni. Hehe. Masa dah tinggal singkat ni. DIY aku duk tertangguh cenggitu jugak. Hari-hari kena leter pun dah tak lut. Kebal habes. Boleh je buat bodo. Teruk betul perangai nye ha.


Nanti-nanti la cerita pasal DIY. Kali ni nak cerita pasal proses nak kahwen. Banyak gila proses nak kena lalui. Sob sob. Tambah macam aku ni takde wali, lagi la banyak nak kena hadap. Baru aku paham perasaan kakak masa dia nak kawen tahun 2009 dulu. Time adik je mudah sebab masa 2007 prosedur tak macam kami kena. Nanti aku share dengan korang eh. Mana tahu ada yang senasib dengan aku ni ha. Huhu.


Aku kan ulang alik pergi pejabat agama ada la 5-6 kali jugak. Banyak kan? Sebab banyak menda aku nak kena settle kan. Tu la yang pergi banyak kali. Ada la hari tu aku mentaip status kat fesbuk pasal rasa hati syahdu kena buat semua ni sendirian. Bukan la meraih simpati pun. Sekadar berkongsi rasa. Ramai la jugak yang respon kata dorang pun buat sendiri walaupun masih ada bapa. 


Ye. Aku tahu bukan aku sorang je pernah lalui menda ni sensorang. Orang lain pun pernah. Tapi kes aku lain. Lain sebab aku takda wali. Susah oi. Bukan setakat isi borang dah lengkap pastu hantar pejabat agama kendian tunggu je hari nak langsung. Takkkkk. Banyak aku kena buat tau. Nanti aku cerita satu-satu ikut kronologi. Ewah. Nak jugak tu tulis ikut kronologi bagai. Hehe.


Ambil Borang Nikah
First time aku pergi pejabat agama sebab nak ambil borang dan jumpa ustaz untuk minta pandangan tentang kes aku. Kes apa? Kes aku takda wali la. Buat pengetahuan korang, aku takde wali sebab bapak dah meninggal. Lepas tu bapak aku anak tunggal. Dan lagi satu beliau adalah seorang mualaf. Jadi aku takde wali nasab yang boleh menggantikan arwah abah untuk mewalikan aku masa nak akad nikah nanti.


Aku pergi masa hujung bulan 5 kot. Awal eh? Haha. Semangat kau. Sebenarnya aku nak settle menda ni awal-awal. Sebab aku tahu memang ambil masa. Ustaz tu boleh ngusik aku suruh nikah bulan 6. Boleh aku sambut puasa dan raya pertama dengan suami katanya. Kui3. Tapi memang tak la kan. Ingat sempat ke? Tak sempat.


Jadi bincang-bincang dia suruh aku settlekan borang dan sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk sahihkan yang aku ni takda wali. Yang penting kena buat carian surat nikah mak ayah. Katanya kalau betul anak sah taraf mesti la ada surat nikah mak ayah. Sob sob. Ustaz. Saya binti Mohd Fauzi kot. Bukan binti Abdullah. Syahdu betul ustaz ni.


Tapi sebenarnya sebab kalau aku takda wali dan anak sah taraf aku kena pakai wali raja. Wali hakim untuk kes-kes lain macam kes anak luar nikah nak berkahwin. Sebab tu pentingnya surat nikah mak ayah ni. Sila simpan ye ibu bapa semua. Nanti anak perempuan nak kawen takde la jadi kelam kabut cam aku ni nak kena pergi buat cabutan surat nikah kat pejabat agama.


Cabutan Surat Nikah
Awal bulan 6 kakak bawak aku pergi pejabat agama daerah mak bernikah dulu. Sebabkan jauh jadi kakak yang volunteer nak bawa. Mekaseh kakak! Kenapa aku buat cabutan surat nikah mak abah? Sebab mak kata yang asal tak tahu ada celah mana dah. Katanya mungkin dah lebur masa arwah abah meninggal tahun 1999 dulu. Aku rasa mesti mak dah terbako kan la tu. Apa la mak kecintaanku ni. Ish3.


Proses cabutan surat nikah ni pun ambil masa jugak. 7 hari bekerja baru boleh pergi pejabat agama balik untuk ambil. Jadi aku pun tunggu la cukup 7 hari bekerja tu. Tak campur dengan Sabtu Ahad sebab cuti kan. Tengok. Proses yang ni pun ambil masa tau. Huhu.


Ujian HIV dan Talasemia
Cukup 7 hari bekerja aku pun pergi pejabat agama nak tuntut carian surat nikah tu. Lepas dah settle terus laju-laju pergi Klinik Kesihatan pulak untuk buat ujian HIV dan Talasemia. Sebenarnya aku pergi dah pagi tu. Tapi katanya petang baru boleh buat. Jadi pagi tu aku gerak pergi pejabat agama dulu la.


Mulanya aku ingatkan senang je ujian ni. Ambil nombor giliran - jumpa doktor - cucuk kat hujung jari sikit ambil darah setitik - letak darah dalam tempat uji macam pregnancy test tu dan siap. Haha. Sekali tak la wei. Aku ni dah masuk jumpa doktor dah masa tu. Pastu kena sound manja dengan doktor tu sebab salah prosedur. Pekerja die pun kena sound jugak. Haha.


Rupanya memula aku kena serah borang kat kaunter. Lepas tu kena pergi kat wad kecemasan untuk ambil darah. Die sedut darah kat pergelangan tangan la oi. Sakit! Huhu. Aku dah la tak pernah kena ambil darah cenggitu. Banyak pulak tu darah aku kena sedut bubuh dalam tabung uji. Ingatkan setitis je. Lepas tu kena bawak sendiri darah tu pergi makmal. Masa tu aku dah biol-biol tengok darah sendiri. Haha. Aduhai.


Tunggu jap dalam beberapa minit untuk darah dianalisis. Lepas dah siap analisis tu baru pergi jumpa dengan doktor. Lepas tu kena soal jawab dengan doktor dan dengar beliau bagi nasihat. Alhamdulillah aku bebas Talasemia. Yang HIV tu memang dah kompom bebas la. Sendiri pun tahu. Hehe.

LOVE gitu kannnn? Hahaha.



Isi Borang Kebenaran Berkahwin
Part sendiri dan pasangan yang tu memang la aku isi sendiri. Timbul masalah part saksi dengan wali. Masa kakak aku dulu saksi dia orang ustaz yang jadi wali raja untuk nikahkan yang isi. Tapi time aku ni lain la pulak. Aku pergi jumpa ustaz tu kat pejabat agama buat kali kedua. Dia suruh aku lengkapkan borang dengan mintak tandatangan saksi dari Qaryah Masjid kat rumah aku. Dah aku kena pi ulang alik sana sini. Huhu.


Memula aku pergi sendiri kat masjid. Tapi tanya kat pakcik yang sedang bersihkan masjid masa tu katanya kalau nak mintak tandatangan Imam dengan Bilal atau Qaryah yang lain kena tunggu lepas waktu kerja baru depa ada. Kebanyakannya masih bekerja lagi. Sob sob. Aku hampa. Balik rumah dengan hati lara sebab tak boleh nak settle  lagi. Jadi aku pada mulanya nak masuk kerja petang terus cancel tak jadi nak pergi kerja. Ambil cuti mengejut. Haha. Tempat kerja jauh la hoi. Memang malas dah la aku nak pergi. :P


Petang tu paksu datang rumah. Jadi aku pun mintak tolong beliau je la untuk mintakkan tandatangan saksi Qaryah tu. Aku kan pemalu. Haha. Borang dapat balik malam esoknya. Alhamdulillah. Mekaseh paksu sebab sudi tolong. Iheartyou la. (^_^)


Temuduga Kahwin
Ahaa. Jangan tak tahu nak kahwin pun kena temuduga jugak hokay. Kalau kat Pulau Pinang ni memang kena intebiu dulu tau sebelum hantar borang lengkap untuk di proses. Selain kat Pulau Pinang yang aku tahu Johor pun ada jugak. Negeri lain tak pasti. 


Berdebar tak hengat aku. Punya takut sebab kena intebiu. Haha. Sekali ustaz nye baik nya alahai. Aku tergagap dia tolong betulkan. Aku terlupa point dia yang tolong jawabkan. Haha. Mekaseh ustaz. Soalan yang ditanya adalah soalan fardhu kifayah dan beberapa bacaan. Aku kena lafaz Syahadah dan maksud, Istighfar, Selawat, Surah Al-Fatihah dan Doa Mandi Hadas. Lepas tu kena jawab pasal Hal Mandi Wajib, Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Nikah. Boleh pulak terlupa rukun nikah lagi satu 'wali'. Mentang-mentang la takda wali. :P


Alhamdulillah. Lulus dengan sedikit cemerlang. Boleh dah kawen. Aiseh. Haha. Oh ya. Sebelum terlupa, lepas intebiu tu ustaz tu sembang-sembang dengan aku. Ustaz ada share tips untuk gandakan pahala untuk arwah abah selain doakan dia lepas solat, sedekahkan surah yassin/al-fatihah dan berzakat untuk dia. Sebabkan kami dah buat upah haji untuk arwah, kata ustaz kalau aku berkemampuan, tiap-tiap tahun masa Ramadhan, buat upah umrah pulak untuk arwah abah. Pahala lagi berlipat ganda ibarat macam pergi buat haji. InsyaAllah. Kalau ada rezeki lebih nanti aku memang ada niat nak buat. Mudah-mudahan Allah berikan aku rezeki untuk aku laksanakan menda ni tiap-tiap tahun nanti. Amin.


Permohonan Wali Raja Di Mahkamah Syariah
Lepas dah settle intebiu tadi aku kena jumpa dengan ustaz yang urus pasal hal wali aku tu. Ni kali ketiga aku jumpa dia. Haha. Dia pun sampai dah cam muka aku. Bincang pasal tarikh aku cadang nak nikah untuk dia take note sebab dia yang akan jadi wali raja yang nak nikahkan aku nanti. Lepas tu aku dapatkan surat dari kerani dia untuk dibawa ke mahkamah syariah untuk dapatkan kebenaran bernikah secara wali raja.


Masa pergi mahkamah ni pun aduhai...macam-macam hal betul. Masa aku pergi first time dia kata kena buat afidavit dua salinan. Dokumen-dokumen yang lain pun. Dah aku ni kena gigih menapak cari kedai nak potostet. Berpeluh ketiak cari kedai terdekat dengan mahkamah sekitar pekan Bukit Mertajam tu tapi takdo. Last-last aku menapak ke Summit. Cari merata jugak dalam shopping complex tu sekali ade kat bawah je kedai potostet nye. Letih mak noks.


Dah setel potostet, pergi kali kedua katanya tak lengkap lagi dokumen aku. Kena ada Notis Permohonan.  Perlu lampirkan di muka hadapan afidavit. Aiyooo. Aku dah blur-blur masa tu. Lepas tu dia kata pi tengok kat Papan Notis contoh nya dan taip je sendiri. Sehelai je pun. Masa tu dah nak jam 1 petang dah. Sob sob. Maka aku pun pecut la balik rumah untuk menaip menda alah tu. Pukul 2 rempit balik pergi sana.


Kali ketiga pergi petang tu dia komplen pulak pasal aku punya afidavit. Katanya kenapa bukti-bukti lampiran yang ada tulis dalam satu exhibit je. Pulak dah. Aku pun argue la kata masa kakak aku buat dulu takde masalah pun. Afidavit aku buat tu sama macam yang kakak aku punya je la. Dah pesuruhjaya sumpah yang taipkan kakak punya afidavit tu dulu pesan kalau nanti aku nak kawen tiru je yang macam die buat tu. Tak payah dah cari pesuruhjaya sumpah suruh taip. Membazir duit. 


Geram jugak aku masa tu. Banyak pulak komplen mamat ni. Tiga kali dah tau aku ngadap kaunter dengan muka hang. Sakit pulak hati kite. Sekali masuk jumpa Penolong Pendaftar nye takde masalah pun. Ustaz tu belek-belek afidavit tu pastu tanya sikit-sikit soalan terus sign je tanpa banyak komplen. Huh! Saje nak bagi aku rasa syahdu mamat kat kaunter tu. Cepuk kang! Huhu. Dan akhirnya aku akan masuk mahkamah 23hb Julai nanti untuk mendapatkan kebenaran berkahwin secara wali raja.



Itulah kronologi kisah aku nak buat permohonan kahwen. Untuk setel kan proses ni pun sampai 4 hari cuti dah aku ambil. Sebab kena buat masa hari bekerja. Banyak prosuder kan? Huhu. Lepas naik mahkamah nanti baru boleh hantar borang kat pejabat agama untuk diproses. Lama kan? Hampir 2 bulan hokay proses permohonan aku ni. Gila la. Orang lain senang je. Minggu depan nak kahwin, minggu ni sempat lagi nak setelkan borang. Yang aku punye la banyak prosuder nak kena buat. Syahdu tau. Korang mane tahu apa yang aku rasa. Sob sob.


Korang yang ada ayah tu bersyukurlah. Untung tau ada ayah yang boleh walikan pernikahan korang. Kalau dah takda ayah pun ada pakcik-pakcik di sebelah ayah dah kira bersyukur jugak tau. Masih ada wali nasab yang lain. Kalau ayah tunggal tapi ada adik beradik lelaki dalam keluarga pun masih beruntung. Memang tak pening pasal wali ni. Buat yang kes macam aku ni, harapnya bertabah la. Tapi ada ke eh? Hehe. Kalau ada, senasib la kite ye. Mohon tingkatkan kesabaran.


Lepas ni kena bertungkus-lumus siapkan projek DIY aku yang seterusnya pulak. Tak boleh tangguh-tangguh dah. Masa dah tinggal sipi-sipi je ni. Kalau tak hari-hari kena dengar mak membebel tanpa henti. Hehe. Semoga selepas ni urusan aku yang lain-lain dipermudahkan oleh Allah. Amin. Korang doakan aku jugak tau. 



Bisik-bisik :: Punya la susah nak kahwen. Ni kalau encik CH tak hargai aku lagi memang nak kena cepuk dengan aku la tu. Haha.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 18 June 2013

~ Cuti 2013 : Ipoh dan Cameron Highlands ~

Assalamualaikum. Hai!


Kisah cuti-cuti lagi. Bulan ni macam banyak sikit aku pergi berjalan. Lagipun ada orang belanje. Aku laju je la ngikut. Mekaseh kakak dan abang ipar kesayangan yang memang suka belanje diri ini. Ailebyu la! Hehe. Destinasi kali ni ke Ipoh dan Cameron Highlands pulak. 


LOST WORLD OF TAMBUN
Kami bertolak pagi Sabtu. Terus menuju ke Ipoh. Nak pergi Lost World of Tambun je semata-mata. Bawak si budak kecit Iqbal tu pergi mandi manda kat sana. Sampai-sampai kat sana, punya la ramai manusia. Yang tak menahan tu mahai betoi rege tiket nak masuk mandi kat situ. Lepas tu dah la tak boleh bawak makanan sendiri. Kena beli dalam tu. Keluar duit lagi. Nak main-main kat dalam tu pun kena bayar lain. Duit lagi. Memang buat duit sungguh. Orang mesekin takde duit macam aku ni memang harem la aku nak masuk. Ni pun naseb baek abang ipar yang belanja. Untunglah~~


Kami kat dalam tu ada la dalam 2 jam je kot. Setakat nak mandi manda je pun. Nak buat aktiviti lain tak koser la nak keluar duit lagi membayo nye. Pehtu kakak ai yang tengah nandung tu bukan larat pun nak jalan sangat. Yang mandi pun abang ipar dengan anak die je. Aku, mak dengan kakak lepak kat pasir tepi kolam mandi tu feeling macam tengah bersantai tepi pantai kononnya.




KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES
Lepas dah setel aktiviti kat situ, kami pun bergegas pergi ke hotel tempat nak menginap pulak. Kakak yang book. Hotel baru tepi Sungai Kinta. Kinta Riverfront Hotel & Suites namanye. Serius cantik. Kakak amik yang apartment. Dapat tingkat 14. Tinggi melangit oii. Gayat aku nak tengok kat bawah. Rasa macam pening-pening lalat gitu.


Malam tu tak pergi memane pun. Aku dengan mak melepak je kat apartment. Kakak, abang ipar dengan Iqbal je yang turun pergi menikmati suasana malam kat bawah sekitar Sungai Kinta. Cantik. Macam I-City kat Shah Alam tu. Lebih kurang la kot. Aku pun tak pernah sampai lagi kat situ. Agak-agak je. Hehe. Tapi sepanjang Sungai Kinta tu ada pokok-pokok berlampu warna-warni. Cantik sangat. Aku snap gambar dari atas je. Tak berapa nak clear sebab pakai henpon cap ayam aku tu.


Malam tu memang meriah gila kat kawasan situ. Siap ada percikan bunga api lagi ok. Aku boleh tengok secara dekat dan privacy dari tingkat 14 tu tau. Tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai pun macam korang nak tengok bunga api time newyear dengan merdeka. Hehe. Happening betol malam tu kat situ. Rupanya ada wedding kat hotel tu. Patot la. Apa-apa pun memang 'hidup' la Ipoh malam tu aku rasa.


Kalau ade peluang korang try la pergi. Tak payah stay kat hotel tu pun takpe. Just jalan-jalan ambik angin kat sepanjang Sungai Kinta tu. Yang penting kat situ free kalau korang nak tengok pokok berlampu. Tak payah bayar macam kat I-City Shah Alam. Haha.


I-City Ipoh waktu siang dan malam.


CAMERON HIGHLANDS
Sebenarnya pada awal nya tak merancang pun nak pergi sini. Pagi tu tetiba kakak kejut suruh siap-siap turun sarapan lepas tu nak gerak pergi Cameron Highlands sebelum balik Penang. Baru aku feeling nak tidur lamo sikit dalam bilik ekon kat situ lepas Subuh. Dah terbantot. Aiseh. Potong betol la kakak ai ni. Hehe. Maka kami pun bersiap-siap la. Lepas dah sarapan dan check-out terus gerak pergi Cameron Highlands.


Sepanjang perjalanan 'memanjat' jalan ke puncak tu aku tidur je. Sebab aku kompom kalau berjaga, aku akan mengeluarkan segala isi perut yang ada. Rugi la sarapan macam-macam kat hotel tadi. Jadi aku tak dapat la menikmati panorama sepanjang perjalanan. Jaga-jaga je dah sampai kat atas. Haha. Tak kesah sangat pun sebab dah banyak kali pergi sana. Kali ni pergi saje nak bawak mak je.


Kat situ kami singgah beli sayur-sayuran segar yang murah nak mati. Lepas tu pergi singgah kat Rose Valley.  Kakak teringin nak pergi. Kemahuan ibu nandung ni memang kena turutkan je. Kang kempunan pulak baby dalam perot. Eh? Macam takde kaitan pulak. Hehe. Lepas dah puas bergambar kat Rose Valley tu kami pun bertolak balik. Macam masa pergi tadi, time balik pun aku lena jugak. Sedar-sedar dah sampai kat RnR Bukit Gantang. Tido je kerja aku. Hoho.





Itulah cerita cuti-cuti kali ni. Next time tak tahu bile lagi dapat pergi bercuti dengan famili kakak cam gini. Maklum la dah nak tukar status dah aku ni ha. Pastu kena duduk jauh dengan famili. Sob sob. Apakan daya. Mengikut kehendak suami. Aiseh. Hehe. Tapi takpe. Ada rezeki boleh reunion adik-beradik cuti kat mana-mana. Mesti seronot. Kan?



Bisik-bisik :: Malam Khamis ni nak balik kampung. Yahooo! Boleh jumpa encik CH. Rindu sangat. Eceh. :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 16 June 2013

~ Cuti 2013 : Tiga Destinasi di Kedah ~

Assalamualaikum. Hai!


Hari Rabu tempoh hari aku monteng kerja. Hehe. Tak la. Gile ko nak monteng kerja sesuka hati? Sebenarnya aku sengaja ambil cuti sebab nak pergi pejabat agama. Ada urusan sikit. Nak 'jejak kasih' balik sijil nikah mak dengan arwah abah. Yang asal dah hilang entah celah mana tak tahu dah. Mak ai ni memang jenis 'mengemas'. Rasanya dia dah terbakarkan dengan dokumen-dokumen simpanan arwah abah 14 tahun dulu lepas arwah meninggal gamaknya. Hai la emak kecintaanku.


Eh? Tak nak la cerita pasal urusan kat pejabat agama tu. Yang tu nanti masuk dalam entri wedding preparation. Ni nak cerita pasal pengalaman pergi melawat tempat best lepas buat urusan 'jejak kasih' yang tak boleh selesai hari tu jugak. Ada tiga tempat kami pergi. Eh? Kenapa KAMI pulak? Sebenarnya aku pergi dengan famili kakak dan mak. Minta tolong kakak bawa pergi pejabat agama. Lepas tu aku ngekor terus la dia pi berjalan. Husband kakak balik bercuti. Tu yang boleh berjalan makan angin. Hehe.


LADANG ANGGUR TASIK BERIS
Ini destinasi pertama kami. Lama dah ngidam nak pergi ladang anggur. Asyik dengar cerita orang je. Teringin jugak nak jejakkan kaki. Akhirnya, kami sampai jugak kat ladang anggur. Tapi yang dekat Sik, Kedah. Dulu pernah merancang nak pergi ladang anggur kat Perlis nun. Tapi jauh gilos. Memang tak sampai-sampai la. Haha. Sampai yang kat Sik, Kedah ni pun dah kira orait la. 


Kami sampai kat situ dalam tengahari buta. Panas nauzubillah. Keh3. Takde siapa suruh pergi tengahari buta. Kami yang buat kerja gila nak pergi. Hadap je la. Masa nak cari tempat ni, rasa macam jauh gila nak sampai. Tapi masa nak balik tu rasa macam cepat pulak. Takde pengunjung lain pun masa kami sampai. Kami je sekeluarga. Haha. Heaven gila!


Tapi sayangnya anggur dah tak banyak. Dah kena kutip agaknya. Ada pun cinonet je. Rasa macam tak berbaloi jugak sebab masuk dah la kena bayar RM4 sekepala. Tapi sikit je pemandangan anggur yang terjuntai. Tak puas hati betol! Apakan daya. Bergambar je la dengan anggur yang ada sikit tu. Boleh la. Nasib baik la pemandangan kat sekitar ladang tu cantik gila. Terubat jugak hati ni. Ecewah! Tapi serius. Memang cantik sangat jeti kat tasik berdekatan ladang tu. Kalau tangkap gambar kawen mesti cantik. Hehe. Jom la layan gambar pulak.




Kemain lagi budak kecit si Iqbal ni. Haha.

Kemain mak sedara dia berlakon. Haha!

Berlakon lagi! :P


RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR
Selesai lawatan kat ladang anggur, kami lajak pergi Alor Setar pulak. Destinasi seterusnya yang dituju ialah Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir. Saje je pergi buat lawatan sambil belajar kat sana. Pernah lalu tapi tak pernah nak singgah. Kali ni dah alang-alang ade kat Alor Setar lajak je la pergi situ. Best jugak tahu sejarah latar belakang seorang mantan pemimpin negara Malaysia ni satu masa dulu. Sangat menarik sejarah hidup beliau dari kecik. Dari pemerhatian aku, beliau memang seorang yang layak menjadi pemimpin. Sangat ada kredibiliti. Dan ya. Aku memang hormat beliau. 


Rumah ni sangat antik. Rekabentuk dan isi kat dalamnya semua antik-antik belaka dan ada sentimental value tersendiri. Jangan tak percaya, setiap pelusuk rumah tu yang boleh dijelajah aku jelajah sampai habes. Semua papan penerangan yang ada pun, semua aku baca. Mak, kakak, abang ipar dengan iqbal dah habes lawat satu rumah, aku tak habes-habes lagi. Menghayati kononnya. Padahal membaca tu super duper lembab sebenarnya. Belek sungguh-sungguh. Kui3. Ni nak habaq mai. Tun M sangat hensem masa muda!  Kemain lagi aku membelek gambar beliau. Haha.


Kat dalam rumah ni tak boleh tangkap gambar. Dah ada signboard warning jangan ambik gambar. Siap ada cctv lagi woi. Jadi memang takde la aku ambik gambar. Aku ni skema weh. Kalau dah kata tak boleh, memang la aku tak buat. Tapi kat luar kawasan rumah tu ada la aku ambik gambar sikit-sikit. Nah layan gambar yang ada.


Kat pintu pagar masuk. 

Kat tangga nak naik ke rumah. Aku snap pic ni sebab tertarik dengan tempayan untuk basuh kaki tu. Unik sangat!


Bergambar kat beskal tua kesayangan Tun M. Awat mata cheq macam juling ayaq ni? Haha.


PEKAN RABU ALOR SETAR
Ini sebenarnya destinasi utama kami pergi kat Alor Setar. Tapi menyinggah kat tempat lain dulu. Hehe. Kakak yang beria nak pergi sini. Nak cari baju raya untuk suami dia. Tapi takde yang dia berkenan. Sebab takde baju melayu yang menepati tema Hari Raya depa sekeluarga. 


Aku pun ada ambik kesempatan cari sampin encik CH untuk majlis bertandang nanti. Semua kedai aku jelajah. Tapi susah betul nak ngam dengan citarasa aku. Sampai mak kata.."Cerewet betoi hang nih!". Kui3. Jenguk kedai tu jenguk kedai ni, akhirnya aku jumpa jugak la yang berkenan di hati. Aku jugak la yang perabih duit kat situ merembat kain sampin songket untuk encik CH. Haha.


Itulah tiga tempat yang kami pergi hari tu. Seronok jugak pergi berjalan bukan time cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Tak berapa nak sesak dengan pengunjung. Best! Cuti hujung minggu ni pulak kami berjalan ke Ipoh. Nanti aku cerita kat entri seterusnya pulak wokay!



Bisik-bisik :: Sementara masih bujang ni, dapat la ikut famili kakak pergi bercuti. Ada orang belanje. Hehe.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 11 June 2013

~ Wedding DIY Project : Guestbook ~

Assaalamualaikum. Hai!


Memandangkan dah tinggal lagi 80 hari sebelum majlis, maka aku telah pun mula memaksa diri sendiri untuk menjadi rajin tahap super untuk projek DIY. Dalam kepala hotak berkarat aku ni, dah macam-macam yang aku fikirkan untuk DIY itu ini. Lama dah sebenarnya aku buat wishlist nak DIY untuk wedding sendiri ni. Tapi nak mula tu memang pemalas tahap gaban. Buat kerja macam siput. Selagi tak kena ketuk selagi tu la buat donooo je. Mak dengan kakak aku hari-hari berleter. Kadang-kadang rasa macam yayik telinga aku ni dah tebal melampau sebab hari-hari kena leter. Kui3.


Jadi untuk projek DIY yang pertama, aku mulakan dengan GUESTBOOK. Alang-alang tengah rajin nak mendesign, sambil-sambil design blog customer, aku design sekali la untuk guestbook. Hasilnya sangatlah memuaskan hati sebab aku yang design sendiri. Hehe. Encik CH pun puas hati bila aku MMS gambar guestbook yang telah terhasil. Yang penting die kata "Lawo Sayang...". Memang gembira tak terhingga la aku. Rasa macam nak lompat-lompat bintang sampai kurus. Haha.


Aku ambil 2 malam je untuk siapkan. Malam pertama design. Malam kedua printing. Hari ni tinggal nak pergi binding je. Yeay! Nak tengok hasilnya? Nah. Belek la sampai juling bijik mata korang. Hehe.


Proses men 'design' sedang berlangsung ketika itu.


Hasilnya setelah siap di cetak. Omeiiii nye! *puji hasil kerja sendiri* Hoho.


Nah tengok beso sket cover luar. Santek tak kite buat? :P

Semua adalah hasil tangan kayu aku yang super duper megik ini. Hehe. Dari design isi dalam sampai la ke cover die. Kos nak buat ni pun murah saje. Berbaloi-baloi. Yang penting sangat puas hati la. Kalau tempah kat orang belum tentu lagi aku akan berpuas hati sebabnya aku ni CEREWET TAHAP TERTINGGI. Memang elok sangat la aku buat je sendiri. Yang penting jimat! Kena rajin je. Bile rajin kejap je dah siapnye ha.


Berikut aku kongsikan bahan-bahan dan kos yang aku gunakan untuk buat guestbook ini.

  • A4 colour paper 80gsm (100pink + 50grey) = RM 9.60
  • 1 keping card paper (untuk cover dalam) = RM 0.50
  • Ring file (untuk cover luar) = RM 3.20
  • Nest wrapper = FREE (pembalut hadiah frame yang fair and lovely bagi masa event SIMBS)
  • Sekeping doily paper = FREE (ready stock)
  • Riben = FREE (ready stock)
  • Hiasan = FREE (kerongsang yang dah tak pakai)
  • Gam UHU = RM 4.10

Sekarang cuma kos binding je tak pasti lagi berapa. Aku nak buat binding yang besi bebulat macam kat buku nota yang hard cover tu. Omei sikit. Hehe. Mungkin dalam RM10 la kot aku budget. Mungkin jugak kurang. *update : kos binding dapat free..tuan kedai sponsor..hehe..hepi melampau! Jadi total perbelanjaan yang aku spend untuk buat guestbook ni  tak sampai RM20 pun. Yeay!


Memang puas hati buat sendiri. Haa..ade ke yang berminat nak upah aku? Kompom korang puas hati. Sebab aku kan cerewet. Mesti la nak hasil kerja tu cantik je. Ecewah. Aaa sudah. Nak ambil upah buat guestbook pulak ke cik Shahada oi? Hak3. Lega dah siap satu DIY. Lepas ni nak buat kad pulak. Kad  sonang je. Printing je atas kad ready made. Hoho. Pasal kad next entry pulak la ye bila aku dah buat.



Bisik-bisik : Seronok sebenarnya DIY ni. Boleh tunjuk skill terhebat yang ada dalam diri. Eceh! :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com