Thursday, 29 March 2012

~Sixth Sense~

Assalamualaikum. Hai!


Err..entri ni bukan nak cerita pasal band sixth sense yang nyanyi-nyanyi tu ye kawan-kawan. Sixth sense yang aku maksudkan ni ialah deria ke-enam yang ada pada aku. Waseh! Hebat tak aku? Ade sixth sense tu. Ekeke. Tapi sixth sense aku ni bukan la boleh tengok kelibat hantu jembalang setan durjana tu semua. Hoiii~~ mintak simpang le jejauh. Tak hingin pun aku nak tengok natang tu. Eh? Kalau leh tengok benda alah tu dikire sixth sense ke ha? Lantak le. Bukan aku nak cerita pasal tu pun. Back to the topic!


Korang nak tahu ke apa dia sixth sense aku tu? Sixth sense yang aku miliki adalah aku mempunyai gerak hati (instinct) yang sangat-sangat kuat. Betul weh! Adik kat opis aku pun mengakuinye. Tapi yang istimewanya, sixth sense aku ni hanya terjadi bila orang tersebut ada perkaitan yang sangat rapat dengan aku. Macam family, encik CH, sepupu sepapat, sedara mara, bestfriends dan sesiapa je yang rapat dengan aku. Pendek kata orang tersebut adalah mereka yang sangat aku kasih dan sayang sepenuh hati.


Entah la wei. Aku pun sebenarnye tak tahu nak describe macam mana. Tapi yang aku tahu, kalau tetibe instinct aku rasa semacam tu dan asyik terfikir tentang seseorang seperti yang tersebut dalam list di atas, memang ade la tu yang tak kena. Mungkin orang tu ada masalah, mungkin orang tu sakit, mungkin orang tu teringat kat aku, mungkin orang tu ada buat something behind my back dan ade macam-macam lagi la penyebabnye yang boleh buat gerak hati aku ni terasa macam nyilu gitu. Serius. Rasa die memang macam nyilu-nyilu bagai dihiris kat hati. Eceh!



~Imej carian Google~



Yang selalu jadi mangsa sixth sense aku ni tentulah encik CH. Padan muka beliau. So, beliau kena beware dengan aku sentiasa. Kalau beliau sakit ke, teringat kat aku ke, ada buat something tanpa pengetahuan aku ke, mesti aku dapat detect punye. Kompom aku dapat rasa melalui instinct aku yang kuat ni. Ingat duduk jejauh berbatu-batu ni aku tak boleh rasa ke? Nasib beliau la dapat bakal bini instinct kuat macam aku. Tak boleh buat perangai le. Padan muka! Kui kui kui.


Eh? Kejap. Tapi kan, kekadang dengan orang yang tak berapa nak rapat pun aku boleh ade jugak rase gerak hati yang kuat ni. Misalnye bile first time jumpa, then aku rasa orang ni macam ade bad aura je, mesti aku tak boleh nak ngam. Rasa macam menyampah gila. Nak hempuk-hempuk je. Haha. Ade ke pulak kan? Itu sixth sense ke ha? Kih kih kih. Tapi kalau aku jumpa orang yang boleh membuatkan aku rase begini pada pertemuan kali pertama, memang aku akan avoid la orang tu sampai bebila. Mana tahu mungkin memang betul die ada niat jahat kan? Tu yang aura tak elok die tu aku boleh terasa tu. Huisshhh. Power gak insticnt aku ni. *perasan mood*


Hah! Siapa antara korang yang ade sixth sense macam aku? Ke memang semua orang akan ade gerak hati yang sangat kuat bila sesuatu tu berkaitan dengan orang yang die sayang? Sebab ade orang cakap, kalau kita memang ikhlas sayang dengan seseorang, memang akan dianugerahkan dengan instinct yang kuat begini. Ye ke? Habes kes aku yang kedua tu untuk yang ade bad intention tu camne pulaknye? Bukan ke tu dalam kategori ada instinct kuat jugak? Cube explain sikit. Apa-apa pun, aku percaya instinct yang kuat ni anugerah daripada Allah. Ada la tu sebabnya kenapa Dia beri keistimewaan ni pada hamba-hambaNya. Betul tak?



Bisik-bisik :: Orang yang paling kuat instinct die tentulah IBU kita. Eh? Rasanya semua orang pompuan memang instinct power kot. Setuju tak? ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 25 March 2012

~Berkat Pengantin~

Assalamualaikum. Hai!


Tempoh hari aku godek-godek la gambar yang disnap menggunakan henpon kesayangan (tak boleh panggil henpon cap ayam dah..kang die merajuk wat perangai lagi..haha) nak upload kat pesbuk. Gambar aku menempek kat kenduri kawen kengkawan yang berkesempatan aku nak pergi. Saje la nak upload buat satu album khas aku pergi meraikan wedding dorang yang kawen sepanjang tahun 2012 ni. Waseh! Ada album khas lagi tu. Ehehe.


Bila dah upload tu, baru aku perasan yang rupanya setiap bulan ade je kenduri aku dah pergi dari bulan Januari sampai Mac ni. Dan bulan-bulan seterusnya pun ade lagi kenduri yang aku bakal pergi. Susun jadual nampaknye aku tahun 2012 ni. Asyik pergi kenduri orang je kan? Kenduri sendiri bile pulak nak menyusul? InsyaAllah nanti sampai la rezeki aku pulak. Tunggu~~


Bercakap pasal ni, bila semua gambar yang aku tempek tu adalah gambar aku dengan pengantin, maka ada le suara-suara yang menegur. "Hai..nak ambil berkat ke?" Erk? Kenapa eh bila kita bergambar dengan pengantin orang akan cakap kita nak ambil berkat? Korang ade tak jawapan yang munasabah di atas persoalan aku ni? Cube jawab sikit.


Aku pun agak kompius jugak tentang ni sebenarnye. Tak pernah pulak terlintas kat kepala hotak bile ambil gambar bersama pengantin tujuannye nak ambil berkat pengantin. Sebabnya tujuan aku pergi kenduri tersebut adalah untuk meraikan kawan-kawan yang dah melangkah ke alam perkahwinan bersama insan tersayang. Dan fokus utama aku tergedik-gedik nak ambik gambar sesama sebab nak buat kenangan. Itu je kot.


Kalau nak cakap aku pergi sebab nak ambil berkat pengantin kononnye lepas tu turn aku pulak akan menyusul, dah berapa banyak kenduri aku pergi kot. Siap ade kenduri yang jadi pengapit lagi. Tapi sampai sekarang idok jugak berkahwin lagi aku ni ha. Ke aku pergi kenduri-kenduri tu sebab tak terniat nak mintak berkat pengantin, maka sebab tu aku tak kahwin-kahwin lagi. Logik ke? Macam pelik je. Hahaha.


Tapi kan, sepanjang aku pergi kenduri kengkawan tahun 2012 ni, dah 3 kali aku dapat berkat dari pengantin sendiri. Ini dorang sendiri yang cakap tau dekat aku kata nak kasik berkat. Bukan hasil dari tangkap gambar sama-sama tu je. Ada la perlakuan yang dorang buat kat aku ni ha kononnya nak pass aura pengantin kat aku. Ni aku nak share cerita dengan korang la ni. Pengalaman first time aku kot kiranye.


~Gambar mengikut susunan kes pengantin bagi berkat kat aku seperti yang tertulis di bawah. Hehe. Abaikan muke aku yang sememeh kesemuanya sebab aku memang tak santek pun dan langsung tak kenal apa itu mekap. Pengantin sudah tentulah mabeles dan vouge dari aku ye. Harap maklum!~



Yang pertama masa aku pergi kenduri besfren waktu sekolah Form 6 dulu. Kami besfren 3 orang. Aku pergi kenduri die dengan lagi sorang besfren yang dah memboyot. Masa pergi kenduri tu, lepas die dah jumpa semua tetamu, dia dan suami datang kat meja kitorang. Masa aku nak salam ucap tahniah, dia peluk dan cium pipi aku katanya nak pass aura pengantin kat aku. Aiyok. Tergamam aku. Haha. Tak nyabo la tu nak tengok aku kahwen. Sebab sorang dah jadi mak buyong, die pulak dah jadi bini orang. Sabo je la. Aku pun sengih-sengih je la time tu. Tak tahu nak bagi reaksi ape. Kih3.


Kali kedua pulak masa aku pergi kenduri bespren aku kat Ganu yang aku tertinggal bas tu. Haha. Aku pergi kenduri tu dengan encik CH la kan, dah aku pun stay rumah family die. Masa sesi nak ambil gambar pengantin dengan kengkawan, tetibe kawan aku ni (pengantin pompuan) suruh aku dengan encik CH duduk atas pelamin dorang dan pengantin nye berdiri sebelah kami. Katanya nak bagi berkat pengantin. Aku dengan encik CH malu-malu kucing le. Ramai kot masa tu. Hadoi.


Dan kes ketiga masa aku pergi kenduri kat Penang ni. Aku pergi dengan mak tercinta. Laki bini tu kawan sekampus aku. Lepas tu masa sesi bergambar, ade member ajak aku pergi bergambar sekali. Aku tinggal mak kat meja makan aku sebok pergi bergambar. Apa punya anak daa. Haha. Dah puas bergambar aku pun mintak izin dari pengantin nak gerak balik. Tetibe pengantin perempuan pegang atas kepala aku dan mintak izin nak bagi berkat pengantin kat aku. Aku masa tu terus blur-blur ayam sat. Hahaha. Tapi dah die pegang pale aku dan mintak izin aku pun biarkan je la. Takkan nak tepis pulak tangan kawan aku tu. Aku idok le kuang ajo cenggitu. Maka aku pun pasrah je la.


Haaa. Itulah 3 kali pengalaman aku diberi berkat pengantin untuk tahun ni. Tapi itulah, aku tak pernah pun tahu ade berkat-berkat dari pengantin ni ha. Bukan la nak kata aku ni macam teruja dan taksub pulak pasal berkat pengantin ni. Cumanya dah pengantin sendiri yang buat cenggitu kat aku, jadi aku pun terima dengan pasrah je la perlakuan dorang tu. Mana tahu dengan izin Allah melekat aura pengantin dorang kat aku. Berlangsung pulak majlis aku tak lama lagi kan? Jeng jeng jeng. Hanya Allah je yang tahu. Perancangan Dia lebih hebat dan terbaik. Yang itu aku yakin sangat.


Hah? Korang boleh bagi aku reason tak nape orang suke sebut "Nak ambik berkat ke?" ni bile kite bergambar dengan pengantin. Ada kebenaran kah di sebalik kata-kata tu? Atau ada di antara korang yang pernah mengalami aura pengantin berkat dari pengantin? Meh share cerita dengan aku. Apa-apa pun, lepas baca entri aku ni, jangan tetibe pulak korang meroyan nak pergi kenduri kawen pastu paksa pengantin pegang pale dan peluk korang, kendian berebut nak naik duduk atas pelamin kononnya nak pengantin bagi berkat kat korang. Hodoh benau perangainye. Ahaha.



Bisik-bisik :: Nanti bila turn aku kahwin, aku pass pulak aura pengantin aku tanda berkat untuk korang eh? ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 19 March 2012

~PORTFOLIO : Belog Puan Zarena Heeney~

Assalamualaikum. Hai!


Ini adalah portfolio aku yang kedua untuk design belog. Punya la berjaman baru nak update pasal ni. Maklum le siapnye pun agak lambat jugak sebab kekangan masa. Kesian kat tuan belog lama benau menunggu nak siap sepenuhnya. Ehehe. Sori sori. Naseb baek la dapat customer yang memahami macam beliau ni. 


Seronok jugak le kerja dengan beliau. Dah la tak cerewet. Sikit pun takde komplen design yang aku buat tu. Beliau serahkan sepenuhnya kepada aku. Beliau cuma bagitahu camna ciri-ciri template yang beliau nak dan bagi gambar beliau sekeluarga sebagai props. Lain-lain pepandai le aku design. Jadi itulah hasil yang termampu didesign oleh tangan kayu sakti aku. Maklum le idea otak berkarat tak berapa nak kreatif ni punye kan.


Oke la. Malas nak berleter panjang-panjang. Korang tengok je la hasil kerja aku eh. Untuk beliau ni aku buat full template, header, footer, signature dengan banner. Itu je. Yang lain-lain tentulah membelek coding sampai mata juling ayor sket. Ehehe. Gile ah nak membelek coding. Seksa sungguh. Naseb baek la memang aku minat. Nah lihatlah hasil kerja tangan kayu sakti ku! ;p


~Banner Belog~


~Full template termasuk header, footer, signature.~


Kalau rasa nak tengok dengan real ringan-ringankan jari anda ke Belog Pn. Ena ni hokay! Macam biase, disebabkan aku ni kan rendah diri orang nye (citporah!), maka aku mintak maaf le kat tuan punye belog kalau design aku ni tak berapa nak lawo sangat macam designer lain buat. Korang pun jangan le kondem-kondem aku sangat. Kang hilang sakti bertambah kayu pulak tangan aku ni ha. Kuikuikui.


Ok la. Itu saje untuk kali ini. Belog kakak encik CH nanti la aku reveal eh. Ada something nak touch-up sikit lagi. Jadi kendian je la aku update portfolio belog tersebut. Sori bakal kak ipar! ;p



Bisik-bisik :: Kalau berminat nak cuba hasil kerja aku jangan memalu kontek eh! Maceh!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 14 March 2012

~Peluang Kedua~

Assalamualaikum. Hai!


Peluang Kedua. Aku pun tak pasti kenapa orang sebut peluang kedua. Kenapa bukan peluang pertama eh? Aku tak pernah lagi dengar orang kalau nak memaafkan seseorang dia sebut nak bagi peluang pertama. Mesti sebut peluang kedua. Kenapa eh? Korang tahu tak apa sebabnya? Apa pun sebabnya takpe la. Seperti yang tertera ditajuk entri, kali ni aku nak tulis artikel tentang 'PELUANG KEDUA'.


Sesiapa pun yang pernah tersilap langkah pasti mahu diberikan peluang kedua kan? Tak kesah la tersilap langkah dalam situasi apa sekalipun. Pasti semua mahu peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Benar atau tidak? Cuma peluang kedua tersebut dapat diperolehi atau tidak, itu belum pasti. Tambah-tambah dalam hubungan percintaan. Kali ni aku nak berbicara topik 'Peluang Kedua' yang berkaitan dengan cinta. Tu dia! Mai dah simptom doktor cinta cik sha ni. Kih3.


Kadang-kadang tanpa disedari kita telah melakukan kesilapan dalam hubungan cinta yang telah terjalin. Selalunya bila sesuatu perhubungan cinta tu dah terlalu lama tempohnya. Tak kesah la hubungan cinta tu masih belum diikat secara sah atau yang sudah diikat dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kesilapan yang berlaku pasti memberikan kesakitan yang terlalu menghiris jiwa. Kenapa boleh berlaku kesilapan dalam perhubungan cinta tersebut? Apa puncanya? Kesilapan bagaimana yang dilakukan?


Entahlah. Mungkin kerana terlalu leka dan berasa yakin dengan hubungan cinta yang terbina. Mungkin juga kerana telah berasa jemu. Mungkin juga disebabkan 'kemanisan' cinta dah semakin pudar. Mungkin hati telah berpaling. Mungkin juga tidak sedar yang diri telah melanggar ikrar cinta dan terjebak dengan perbuatan yang boleh menghancurkan hubungan cinta. Dan macam-macam lagi kemungkinan dan faktor yang boleh mendorong ke arah itu.


Jadi, wajarkah diberikan peluang kedua kepada pasangan yang telah melakukan kesilapan dan melukai hati kita? Jika masih sayang dengan perhubungan cinta yang telah terjalin tersebut kerana tempohnya yang sudah terlalu lama dan masih belum lagi berlaku perpisahan, mungkin peluang kedua wajar diberikan.

~Gambar hasil carian Google~


Tapi semua ini bergantung kepada situasi yang berlaku juga. Samada kesilapan tersebut mampu untuk diperbetulkan kembali atau sebaliknya. Jika dengan memberikan peluang kedua, hubungan cinta tersebut dapat dijernihkan kembali, tiada salahnya. Jika sebaliknya buatlah keputusan yang terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri.


Lagi satu kena tengok jugak kesungguhan pasangan kita tu memohon maaf dan mengakui kesilapan dia. Jika dia benar-benar ikhlas ada wajarnya peluang kedua diberikan. Mungkin dia tersedar yang dia telah tersilap langkah sehingga melakukan kesilapan dan mahu memperbaikinya demi cinta yang telah lama terjalin tersebut. Mungkin selepas itu, hubungan cinta semakin mekar. Mana tahu kan?


Selain itu, semua ini juga bergantung pada kemampuan hati dan diri kita sendiri sebenarnya. Mampukah kita memaafkan dan melupakan kesilapan yang telah membuatkan hati kita luka dan hancur berkecai? Pada aku, hanya orang yang betul-betul mempunyai hati yang sangat kuat saje yang mampu melakukan itu semua. Tabah betul hati orang tu. Sanggup melupakan dan memaafkan serta memberikan peluang kedua.


Kalau aku sendiri pulak, aku mampu untuk memaafkan. Untuk melupakan, mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Tapi aku akan memberikan peluang kedua buat si dia, untuk diperbaiki kesilapan yang mungkin tidak sengaja dilakukan. Jadi sebelum membuat keputusan untuk memberikan peluang kedua tersebut, aku akan berbincang dari hati ke hati secara telus dengan si dia untuk mendapatkan kepastian supaya aku tidak tersilap langkah membuat keputusan. Yang itu paling penting!


Mereka yang diberikan peluang kedua, seharusnya bersyukur dan berusaha memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Jangan disia-siakan peluang yang telah diberi. Bukan senang untuk mendapat peluang kedua. Tidak semua orang bertuah untuk memilikinya. Peluang kedua juga mungkin akan hadir sekali sahaja. Seandainya ada peluang ketiga, keempat dan seterusnya, itu mungkin tuah. Tapi mustahil untuk berlaku. Jadi  peluang kedua yang dimiliki hendaklah dihargai dengan sebaiknya kerana mungkin tiada lagi peluang seterusnya akan hadir. Ingat senang ke orang yang dilukai nak bagi peluang kedua? Kena fikir jugak yang tu oke!


Kadang-kadang peluang kedua sebenarnya memberi pengajaran kepada orang yang melakukan kesilapan tersebut supaya tidak tersilap langkah lagi. Itu pun kalau muncul kesedaran dalam diri dia untuk berubah dan memperbetulkan keadaan. Tapi peluang kedua ini juga boleh menyebabkan orang tersebut berasa selesa dan mungkin tidak sedar diri, terus mengulang kembali kesilapan tersebut. Ini sangat berbahaya.


Yang berisiko dalam hal ini adalah orang yang memberikan peluang kedua tersebut. Sebab dia ambil risiko yang sangat besar sebab mungkin kebahagiaan jadi milik dia atau die terus merana dilukai kembali. Jadi, orang yang dapat peluang kedua tu wajib menggunakannya dengan sebaik mungkin! Orang dah bagi peluang kedua buat perangai lagi pulak. Cepuk kang!


Benda ni terlalu kompleks kan? Sebab melibatkan orang yang kita sayangi dan juga hati sendiri. Nak dilepaskan sahaja perhubungan cinta tersebut masih sayang. Nak pegang pulak rasa hati pedih disakiti. Susah kan nak buat keputusan? Kalau korang pulak camne? Sanggup tak nak bagi peluang kedua kepada pasangan korang yang telah melakukan kesilapan? Jawab jangan tak jawab!



Bisik-bisik :: Peluang kedua sesuatu yang sangat berharga sebenarnya kan?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Friday, 9 March 2012

~Tertinggal atau ditinggalkan?~

Assalamualaikum. Hai!


Jumaat yang syahdu buat aku. Sepatutnya sekarang ni aku tengah membuta atas bas. Perjalanan ke Kuala Terengganu. Tapi..tapi..tapi..apa aku buat ni? Boleh pulak update belog. Sebenarnya, aku telah tertinggal bas. Ke telah ditinggalkan oleh bas? Entah lah. Huwaaa. Sedih! Rasa macam nak nanges sampai banjir satu Penang. Eksaited nak pergi Ganu sebab nak pergi kenduri besfren. Malam ni dah la die bernikah. Tak dapat tengok. Lagi eksaited sebab nak jumpa encik CH. Sayangnya..benda lain pulak yang jadi. Huhu.


Aku dah sampai awal kat stesen bas pagi tadi. Kakak aku hantarkan. Dah pergi kaunter lagi amik tiket dan dapatkan nombor bas beserta platform bas. Tunggu macam pak pacak kat platform yang tertera atas tiket agak lama. Cukup time pukul 9, rasa hairan sikit kenapa bas tak sampai-sampai lagi. Mungkin terlewat sikit kot. Tak terfikir nak tanye kat kaunter lagi sebab nak kena menapak naek tangga pulak. Tunggu lagi.


Masa dah pukul 9.10, rasa lagi musykil. Kalih pandangan ke arah pintu pagar masuk bas ke stesen, ternampak sebuah bas SP BUMI menderu laju takde tanda-tanda nak menghala masuk ke stesen. Terus rasa berdebar. Tapi cuba sedapkan hati mungkin bukan bas tu dan mungkin ade bas laen. 9.20 bertambah gelisah. Mesej encik CH dan beliau suruh naik tanya kaunter. Sampai kaunter dan tanya, katanya dengan muka tak bersalah bas dah pergi. WHAT?! Aku pun terkesima. Rasa macam nak menanges laju-laju.


Aku pun tak tahu nak salahkan sape. Nak salahkan akak kaunter tiket ke, nak salahkan drebar bas ke, nak salahkan diri sendiri. Rasanya semua nya bersalah kot. Akak tu salah sebab tak mention betul-betul kat aku masa aku pergi amik tiket kat kaunter. Cuba die mention kata bas dah sampai dan ada kat platform mana-mana pun dan sila cari sendiri. Aku pun tahu la nak pergi cari kalau gitu. Ni tak, sebok je bercakap tepon. Drebar bas pulak sebab tak bagi hint macam hon ke ape masa check penumpang tak cukup sebelum jalan, tapi terus je cabut sesenyap macam tu. Aku sebab LURUS SANGAT, terpacak je kat platform yang tertulis atas tiket dan tak pergi explore satu stesen bas tu cari bas. (T_T)



~Google hadiah kat aku. Padan muka!~


Pelik jugak aku dengan suasana kat bas stesen Sungai Nibong ni. Kalau kat stesen bas laen, aku rasa kalau ade penumpang yang masih belum naek atau masa die punye pembantu check penumpang tak cukup, dorang dah hon-hon dah bas. Tak pun, ade orang jerit panggil supaya penumpang yang tak perasan, alert yang bas sebenarnye dah sampai dan dah nak jalan. Ini tidak. Senyap je. Tetibe bas dah cabut rupanya. Haishhh. Ini yang buat aku stress melampau ni. (-_-")


First time merasai pengalaman ditinggalkan oleh bas. Uhuhu. Agaknye hukum karma kot eh? What you give you get back. Dulu aku pernah ada pengalaman di mana orang sebelah seat aku ditinggalkan oleh bas. Walaupun aku dah mention kat drebar bas tu dan mintak die tunggu, tapi die still jugak jalan tak tunggu girl tu. Masa tu bas berhenti kat RnR. Perjalanan nak ke Kolumpo. Kesian kat that girl. Memang bukan salah aku. Tapi..entahlah. 


Mungkin Allah nak bagi aku rasa apa yang that girl pernah rasa kot. Mana tahu masa die kena tinggal tu, die maki-maki aku ke sebab die fikir aku tak mention kat drebar bas. Walaupun aku dah mention, bukan die tahu pun kan? Jadinye, sekarang aku pulak alami benda yang girl tu pernah alami. Baru aku tahu rasa ditinggalkan bas camne. Berdebar tak hengat. Rasa macam nak meraung. Kecewa melampau. Rasa hati hancur berkecai-kecai. Amboi. Ini dah macam putus cinta je simptomnye tu. Apa-apa je la Cik Sha oi.


Hmm..harapnya malam ni dapatlah bas seperti yang telah dijanjikan oleh akak kaunter tadi. Lantak le dapat duduk seat co-driver pun. Janji sampai Ganu dengan selamat walaupun perjalanan yang dirancang spoil terus. Sian besfren aku mengharap aku sampai petang ni, malam ni dapat tengok die bernikah. Kalau dapat bas malam ni aku pergi kenduri die je la esok. Kalau tak dapat, aku nak boikot bas SP BUMI. Merajuk! Tak nak dah naik lain kali kalau nak pergi Ganu. Sampai hati tinggalkan aku. Huhu.


Pengajaran yang aku dapat hari ni, next time jangan jadi LURUS MACAM PEMBARIS lagi. Ikut je ape yang ada dalam tiket tu. Pergi je melata satu stesen bas tu belek semua bas yang ada kat situ supaya tak jadi lagi kes ditinggalkan bas atau tertinggal bas. Peringatan untuk korang jugak. Tambah-tambah yang travel sensorang macam aku dan dah lama tak naek bas. Sekian.



Bisik-bisik :: Siapa pernah ada pengalaman macam ni? Kongsi la dengan aku. Takde la aku rasa aku je yang malang begini. Haha. Sedih betul! T_T

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 7 March 2012

~Berbeza Pendapat~

Assalamualaikum. Hai!


Pernah tak di antara korang yang berselisih atau berbeza pendapat dengan someone? Aku pasti mesti semua orang pernah. Tak seorang pun dari kita terlepas dari menghadapi situasi tu. Tak kesah la dengan someone yang korang kenal atau tidak. Mungkin dengan parents, adik-beradik, sedara-mara atau kawan-kawan. Kekadang strangers pun boleh argue dengan kita. 


Macam kat dunia belog ni la. Kita tulis pendapat tentang sesuatu isu. Tetibe ada anon serang tak ketahuan hala. Sebab tak puas hati dengan pendapat yang kita bagi yang tak sama dengan pendapat dia. Pada dia, kita memberikan pendapat yang salah. Dia pun terus serang, serang dan serang. Walaupun point serangan dia tak kukuh dan kita cuba explain pendapat kita dengan hujah yang lebih mantap, dia still nak argue jugak. Pernah alami kan?


Itulah realiti kehidupan sebenarnya. Kita semua ada pendapat masing-masing yang tersendiri. Kita tak boleh expect semua orang akan mempunyai pendapat yang sama dengan kita. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat kita. It's a normal thing. Dalam memberikan pendapat takde betul takde salah. Sepatutnya yang mana baik kita perlu terima pakai dan yang mana boleh memudaratkan kita tolak ke tepi. Itulah keistimewaan berbeza pendapat. Kalau semua dari kita ni sama je pendapatnya, bosanlah hidup ni. Takda warna langsung.



*Imej disedut dari Google*


Tapi selalunya, perbezaan pendapat ni boleh mengundang kepada pergaduhan kan? Ye lah. Kebanyakan dari kita ni tak boleh terima bila ada orang yang membangkang pendapat yang telah kita beri. Rasa marah dalam hati tu meluap-luap je. Rasa macam nak sembur orang tu bertubi-tubi. Sebab tu kadang-kadang terkeluar hujah-hujah yang kekadang lari terus dari topik asal. Kononnya nak cover diri. Tapi tanpa kita sedar kita telah menjatuhkan diri sendiri.


Sepatutnya berbeza pendapat menjadikan kita seorang yang berfikiran kritis dan matang. Baru la dapat membalas dengan hujah yang lebih bernas kalau kita rasa pendapat yang kita beri tu betul. Bila berbeza pendapat, kita sebenarnya saling bertukar pandangan peribadi sesama sendiri. Sikit tak banyak pasti ada input positif yang telah kita kongsikan. Tapi ramai dari kita tak sedar kan? Pada kita, bila berbeza pendapat ni macam boleh declare 'perang' dah. 


Kesimpulannya, kita kena ubah mentaliti yang menganggap berbeza pendapat bermakna 'perang' sudah bermula. Salah tu. Berkongsilah pendapat walaupun berbeza untuk mengembangkan pemikiran yang lebih inovatif. Baru la kita boleh jadi insan yang cemerlang. Anggap je macam masuk debat. Memberikan hujah yang lebih kukuh dan bermatlamat untuk mempertahankan pendapat yang diberikan. Tak kesah la kamu di pihak pencadang atau pembangkang. Yang penting ada input positif yang cuba disampaikan. Dan yang paling penting ialah kita kena saling menghormati pendapat masing-masing. Jangan gaduh-gaduh ye.




Bisik-bisik :: Have a different views doesn't mean you need to fight with each others. 
Be positive ok!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 4 March 2012

~Perkahwinan Ibarat Bina Masjid, Bukan Reban Ayam.~

Assalamualaikum. Hai!


Bersua kembali. Gigih je kan update bulan lepas dengan 4 ketol je entry aku mampu tulis. Memang kekangan masa akibat sebok dengan kerja betol. Bila malam nak menulis pulak dah mengantuks. Haiyo. Harapnye bulan ni boleh la menulis dengan lebih rajin. Idea nak menulis tu kemaen lagi bagai mencurah-curah ibarat air terjun. Waseh! Tapi tu la. Mampu catit dalam buku nota je la. Nak membebel panjang menulis dalam belog ni, masa asyik lari mencicit-cicit merata tak ketahuan hala. Ye ye o je kan. Padahal time malam boleh je kalau nak menulis. Tapi membuta tak hengat dunia. Ngahaha.


Pejam celik dah masuk bulan tiga. Dah satu perempat dari tahun duaribuduabelas. Haiyo. Cepatnya masa berlalu. Sangat pantas sampai kekadang rasa macam tak terkejar kan? Bila masa berlalu semakin pantas, maknanya usia pun bergerak selari dengan pantasnya setiap saat yang berlalu. Tapi kali ni bukanlah aku nak berceloteh pasal masa dan usia pun. Topik kali ni berkisar hal kahwin-kahwin. Boleh tak?


Err..menulis pasal kahwen ni bukanlah bermaksud aku dah tergedik-gedik meroyan nak kahwen ye. Sila jangan salah faham pulak. Cuma nak berkongsi pandangan je dengan korang semua. Tempoh hari masa kat opis, walaupun sebok dengan kerja, mestilah ade jugak selit-selit berbual dengan opismate. Manusia kot. Bukan robot buat kerja sampai tak bercakap-cakap. Walaupun berbeza jantina dan usia yang mana dia lebih muda dari aku, tapi aku suka bersembang dengan dia hal-hal hidup ni. Aku suka cara pemikiran dia. Oh ya! Dia opismate baru aku yang gantikan opismate lama. Dan dia lelaki hokay. Tapi kami bukan skandal ye. Pangkat adik kot!


wedding_bears.jpg (700×525)
* Imej disedut dari carian Google*


Aku saja la tanya pendapat dia pasal kahwen muda dan macam mana nak tahu lelaki tu dah bersedia ke belum untuk berumahtangga. Perbincangan secara ilmiah la. Ada ayat yang die sebut sampai sekarang terngiang-ngiang di kepala hotak aku (err..macam tak kena je ayat ni...lantak le!). Tapi memang aku takkan lupa la ayat dia tu. Cuma yang bakal aku coret nanti mungkin tak sama la seratus peratus. Mungin ada yang aku tertambah bagi sedap ayat ke kan. Cuma point nya tu sama la.  Tak lari dari maksud asal yang dia cakapkan. Ehehe. Dialog dia berbunyi begini..


"Akak. Memang la bila dengar pasal kahwen ni macam seronok. Tapi seronok bukan untuk sehari masa kenduri tu je kak. Jauh lagi perjalanan. Saya kadang-kadang tak berapa setuju dengan yang dok gebang sangat pasal kahwen muda ni bagus la itu la ini la. Bukan saya nak cakap kahwen muda ni tak bagus. Bagi saya semua perkara ada positif dan negatif nya. Bukan semua 'bernasib baik' dalam perkahwinan yang dibina. Perancangan itu perlu. Kalau ada orang sebok tanya saya bila nak kahwen, saya akan jawab "Hang ingat kahwen ni macam nak bina reban ayam ka?". Senang cerita.


Kahwen ni kak, bukan nak bina reban ayam. Kalau macam bina reban ayam, nak runtuh ke nak jahanam ke, lantak le. Saya pun tak peduli. Tapi kahwen ni nak bina masjid kak. Masjid tu ibarat rumah Allah. Jadi mesti la kita nak masjid tu teguh kekal sampai syurga. InsyaAllah. Bagi saya kalau nak bina masjid ni, persiapan pun kena mantap luar dalam diri sebab nak pastikan isi rumah dalam masjid tu mencapai piawaian. 


Lagi satu kak, lelaki ni..kalau dia cakap dia dah sedia nak kahwen, memang betul la tu dia dah ready semuanya. Tak perlu nak paksa-paksa. Sesetengah perempuan ni depa tak paham. Asal tengok kawan-kawan dah kahwen, dia pun tergedik-gedik nak kahwen. Lepas tu meroyan ajak pasangan depa kahwen. Lelaki kalau dah kena push, walaupun masih belum ready, terpaksa ikut kehendak pasangan depa sebab dah sayang kan. Tapi sampai bila boleh bertahan perkahwinan yang macam tu? Sebab tu la banyak kes rumahtangga hancur tu kak. Ada skandal kat luar la apa la. Betul tak, kak?"


Lebih kurang gitu la ayatnye. Ada la sikit-sikit yang aku adjust bagi sedap bunyi oke. Tapi aku setuju dengan apa yang dia sampaikan tu. Perkahwinan ni merupakan satu komitmen dan tanggungjawab yang sangat besar. Bagi aku, perkahwinan adalah amanah yang Allah bagi untuk kita 'pegang' dan kemudi dengan sebaik mungkin. Tapi zaman sekarang ni aku perhatikan ramai yang gagal dalam mengemudi bahtera rumahtangga masing-masing dan memegang amanah Allah tersebut. Entah lah.


Ya. Memang aku masih belum berkahwin dan tak tahu bagaimana 'perjalanan' sebuah rumahtangga yang sebenarnya. Tapi, tak semestinya aku tak perlu ambil tahu pasal hal ni kan? Aku masih boleh belajar dengan memerhatikan sekeliling. Dan aku banyak belajar dari pengalaman mereka yang sudah berkahwin yang berada di sekeliling aku. Sampai kadang-kadang timbul rasa takut untuk berkahwen. Sebab dugaan dari Allah kita langsung tak boleh jangka kan? Haiyoo. Takutnya nak kahwen. (-_-")


Hmm. Lepas ni kalau ada yang tanya bila aku nak kahwen, aku nak jawab macam adik tu cakap jugak la. "Ingat kahwen ni macam bina reban ayam ka?" Haha. Macam aku pulak yang nak jadi ketua keluarga dan keluarkan mas kahwen bagai kan. Hehe. Takpe la. Next entry kalau rajin aku tulis kenapa aku masih belum berkahwen sampai usia dah hampir kertu ni untuk perkongsian dengan korang. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Kenyataannya, tak semua yang kahwen muda akan 'berjaya' dengan perkahwinan mereka itu kalau tiada persediaan yang mantap. Lagi-lagi persediaan bab agama tak kukuh. Make sense or not?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com