Friday, 29 July 2011

~Siapa kata perempuan tak layan bola sepak?~

Assalamualaikum. Hai!


Aku pasti semua tengah frust menonggeng sebab Skuad Harimau Malaya tak berjaya menumpaskan Singapura dalam perlawanan bola semalam dan sekaligus gagal melayakkan pasukan Malaysia untuk terus beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Takpe la. Mungkin belum rezeki Malaysia untuk beraksi di Piala Dunia. *Ayat sedapkan hati sendiri.* Walau apa pun tahniah kepada pemain-pemain Malaysia yang sudah berpenat lelah memberikan permainan yang terbaek. Tahniah jugak kepada penyokong-penyokong yang memberikan full support untuk skuad Harimau Malaya.



Sebenarnye aku tak berpeluang nak tengok match semalam. Mak aku conquer tv sorang-sorang tengok rancangan kegemaran beliau. Huhu. Tapi mujur gak aku tak tengok. Kalau tak mesti berdebor-debor nak tunggu Malaysia sumbat gol. Pastu mulut mesti tak henti-henti membebel kot. Tak puas hati punya pasal. Aku dapatkan update dari encik CH je. Beliau menjadi wartawan tak berbayo untuk buat liputan khas match semalam dan laporkan kat aku melalui mesej. Kah3. Padahal encik CH pun tengok kat tv je bukan kat stadium.



~Mr. Google kasik. Smart betol gambo ni.~



Encik CH cakap defend Malaysia sangat lemah. Hmm. Aku memang dah jangka dah yang tu. Dan macam biase seperti yang dicanang-canangkan, skuad Singa adalah 'pelakon terhebat'. Aku rasa mungkin itu taktik mereka agaknya. Tak mengapalah. Yang penting skuad Harimau Malaya dah perform dengan baek takde la berlakon macam dorang kan? Ops!



Lagipun ini adalah sekadar perlawanan bola saje. Jadi tidak perlulah memperbesar-besarkan lagi benda ini sehingga menimbulkan perbalahan di antara penyokong Malaysia dan Singapura. Oit! Takkan pasal bola pun nak 'berperang' kot. Tak matured langsung ok. Selepas ini, pasukan Malaysia perlu berlatih dengan lebih gigih lagi ye. Kuatkan bahagian defend. Untuk persediaan di masa hadapan.



Waseh! Kemaen lagi aku cakap pasal bola sepak kan? Apa ingat perempuan tak suka bola sepak ke? Siapa kata perempuan tak layan bola sepak? Salah tu. Ramai je spesis perempuan ni layan bola sepak. Cuma fanatik dengan tak je. Aku sendiri pun layan je bola sepak. Tapi tahap biase-biase je la. Idok le fanatik. Setakat rules dalam game tu tahu la jugak sikit2. Cuma kalau nak kata aku hafal semua nama pemain bola dan cam muka memasing idok la. Takde kerja aku nak hafal dan cam muka dorang. Banyak lagi menda aku kena fokus kot. Kui3.



~Geng futsal/beach soccer aku time kat universiti. 2 dari Semenanjung, 3 dari Sabah dan 4 dari Sarawak. Aku yang paling hitam sekali tu. Maklum le kulit murah. Mudah sunburn. Keh3. Yang aku peluk tu pompuan ok. Nama beliau Jacylyn dan beliau seorang Palapes.~



Bile ingat-ingat balik kisah zaman silam, rasanya dari kecik aku dah terdedah dengan bola sepak ni. Dulu selalu je teman arwah abah layan bola sepak kat tv pepagi buta. Lepas tu dua-dua ternganga mengeroh depan tv. Tv yang tengok kami. Mak pun membebel-bebel. Wahaha. Oii! Rindunye kat arwah abah. Uhuhu. Petang-petang pulak selalu pergi main dengan kengkawan kat padang campur laki pompuan lawan bola sepak. Kena pulak main lepas hujan turun. Perghhh! Syok tak hengat main bola sepak dalam lumpur. Bestnye. Rindu kenangan zaman kecik-kecik dulu.



Aku ni nampak je macam sopan dan ayu-ayu gitu. *perasan* Tapi sebenonye lasak jugak orangnye ye. Masa zaman universiti dulu pun aku aktif gak sukan-sukan ni. Sebab tu la kulit aku rentung, hitam menghelit bak kata orang utara. Padahal memang kulit dah hitam semulajadi pun. Kui3. Tapi ada aku kesah? Lantak le hitam pon. Janji minat aku dalam bersukan ni tetap kental. Tak goyah sikit pun akibat kulit bertambah hitam sebab asyik berjemur bersukan. Ecewah. Padahal dalam hati menyumpah seranah apsal kulit hitam. Hehe.



~Cube cari aku yang mana? Aku yang kat tengah2 dengan bola tu la. Terer tak? Kui3.~



Kalau korang nak tahu, netball adalah 'dadah' aku ye. Selain netball aku main jugak futsal. Adik beradik bola sepak la tu kan. Cuma main dalam gelanggang tertutup. Bola sepak pantai pun aku layan. Memandangkan kampus aku dekat yang amat dengan pantai, memang sesuai sangat la kan ade sukan bola sepak pantai. Rasa-rasa aku kampus aku selalu jadi tuan rumah untuk match bola sepak pantai antara universiti. Ok. Tetibe rindu zaman belajar kat universiti pulak. Huhu.



Pendek kata, BUKAN SEMUA perempuan jenis nak bergeli-geli bajet ayu, gila fesyen dress-up pelik-pelik, mekap tebal berinci-inci dan 'hantu' berphotoshoot sana sini doplohpat jam. Ada je perempuan yang tak heran langsung benda alah tu semua dan minat benda-benda lasak macam sukan bola sepak misalnya. Eh? Tapi ada jugak kot perempuan yang jenis 'ayu' seperti di atas tu minat bola kan? Sebab boleh usha pemain bola yang hensem-hensem. Kui3. Jadi, jangan pandang rendah kat kami kaum perempuan tau sebab kami spesis versatile. Macam-macam jenis ada tau. *tetiba* Ekeke.



Bisik2 :: Wall pesbuk aku penuh dengan update pasal bola semalam je woi!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 26 July 2011

~LURUS macam pembaris.~

Assalamualaikum. Hai!


Kalau korang nak tahu, hanya segelintir orang je ade penyakit pelik ni. Penyakit 'lurus macam pembaris'. Err..mesti korang tertanya-tanya penyakit ape la tu kan. Macam pelik je. Sebenarnya itulah penyakit LURUS BENDUL. Huahuahua. 



Tapi rasanya macam tak kena sangat kot lurus bendul tu. Lurus bendul tu macam ala-ala ngok je tak tau apa-apa. Err..ye ke? Ntah la weh. Agaknye kot. Kalau ye, bukan penyakit jenis yang itu la maksud aku. Bukan bukan! Penyakit 'lurus macam pembaris' ni kategori orang yang naif dan jujur. Lurus je takde bengkok-bengkok dah. Percaya je bulat-bulat lepas tu sendiri tersedar kena kelentong dek orang. Macam tu la lebih kurang.





Hmm. Cakap pasal penyakit 'lurus macam pembaris' ni, aku rasa macam nak hempok-hempok je diri sendiri. Sebabnye, aku ada penyakit ni woi! Saket hati betol la. Apesal la tak baik-baik lagi penyakit aku yang satu ni ha? Menyampah betol! Asyek-asyek aku je yang kena kelentong. Lepas dah kena kelentong, tetibe tersedar sendirik yang diri dah kena kencheng. Grrrr..sakit hati!



Aku sedar aku ada penyaket ni masa belajar kat universiti dulu. Ada kawan aku ni, kemaen serius lagi story mori kat aku konon-konon dia ada masalah. Aku pun serius jugak la dengar siap dah percaya mati-mati semua yang dia cerita tu betul. Pastu aku kemaen semangat bagi kata-kata hikmat berunsur nasihat dan motivasi kat kawan aku ni. Tetibe die boleh pulak cakap.."Sha. Apesal la ko ni lurus sangat macam pembaris? Aku tipu je la tadi tu. Ko ingat betul ke?" Aku pun terus terkedu seribu bahasa. Apakah?



Tadi aku terkena lagi situasi yang boleh dikategorikan dalam kes 'lurus macam pembaris' ni. Encik CH yang pekena aku. Sampai hati beliau. Nak merajok doplohpat jam takmau kawan dengan beliau. Wuuu. Nak tahu situasi orang 'lurus macam pembaris' ni macam mana dia punya reaksi? Nah baca sedutan mesej geli-geli aku dengan encik CH. CS tu aku la Cik Sha. CH tu beliau. Nah baca sampai juling bijik mata korang. Jangan muntah sudah.





See. Betapa 'lurus macam pembaris' nye aku ni. Huwaaa. Rasa macam nak smackdown encik CH bertubi-tubi. Sengal ubi betol! Padahal diri sendiri yang 'lurus' tak kena gaya. Lepas tu nak salahkan orang. Haha. Rasa macam nak menyorok dalam dinding batu. Ape ubat penyakit ni wei?! Tolong la bantu aku supaya penyakit ni tak terus berlarutan dan semakin melarat. Sadis betol rasanye. @_@



Korang kalau ade kawan-kawan yang sejenis macam aku, sila jangan memperdayakan mereka. Kesian tau. Spesis macam kami ni memang jenis jujur punya orang. Tegak, lurus, tak reti nak bengkok-bengkok. Kalau nak bercakap sila straight to the point. Kami tak faham ayat-ayat kias berhias semua. Tak boleh nak adapt dan terjemah dalam otak serta-merta. Jenis yang lidah bercabang-cabang cakap pusing satu pulau memang kami tak ambik port langsung. Maaf la kalau kami buat bodoh je. Ahaha. 



Cuma satu je la kelemahan kami. Kalau orang tu cerita bersungguh-sungguh, serius dan takde tanda-tanda macam bergurau, memang kami akan percaya bulat-bulat apa yang diceritakan. Jadi silalah pandai berlakon serius kalau nak kelentong kami. Sebab itulah kelemahan kami yang nyata. Tapi kalau boleh sila elakkan berbuat begitu ye. Tak baik menganiaya kami yang 'lurus macam pembaris' ni. Tak kesian ke?



Bisik2 :: Ramai ke orang sepesyen macam aku ha? Sila mengaku cepat!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 23 July 2011

~Bahasakan diri sendiri~

Assalamualaikum. Hai!


Rasanye semua orang ade cara tersendiri nak bahasakan diri dengan ahli keluarga memasing kan? Aku tak tahu nak kategorikan menda alah ni macam mana. Err..lebih kurang macam kata ganti diri kot. Eh? Betul ke? Alamak! Bahasa melayu gagal betol la aku ni. Tibai je la eh. Rasanye ngam dah tu. Maaf le. Dah lama tinggal sekolah memang cenggini la. Habes lupa semua. Kui3.



Macam aku sendiri, banyak kot kata ganti diri yang aku gunakan untuk mewakilkan diri aku bila berinteraksi dengan ahli keluarga. Waseh! Berinteraksi tu. Bahasa kamus betol. Ahaha. Ye la kan. Sebagai seorang yang tinggi budi bahasa *konon* mesti la kena bertatatertib dalam membahasakan diri sendiri dengan ahli keluarga sendiri kan. Tambah-tambah dengan orang tua. Takkan nak beraku-kau pulak. Nak makan penampaq?





Kalau dulu, aku pernah share dengan korang pasal nama glamor aku a.k.a nama gelaran dalam entri ni kan? Punya la bermacam-macam nama glamer aku. Konon-konon glamer sangat. Tu yang banyak sangat nama glamer. Ceh! Perasan. Haha.



Jadi, hari ni aku nak share la dengan korang antara kata ganti diri yang memang kerap aku gunakan sehari-hari dalam perbualan aku dengan family. Mana la nak tau kot korang pun ade jugak gunakan kata ganti diri yang sama macam aku. Boleh la kite geng kan? Ehehe. Jom kite belek satu persatu.


 ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
 


Mostly, aku gunakan KAKAK untuk bahasakan diri aku dengan mak aku. Walaupun aku yang tengah dan ade lagi sorang kakak, disebabkan masa kecik2 aku membesar berdua je dengan adik bongsu aku kat Bidor dulu, jadi mak dengan arwah abah dah biasakan aku dengan panggilan kakak. Disebabkan itulah sampai la sekarang dah tua bangka ni aku dah terbiasa bahasakan diri kakak dengan mak aku bila kami bersembang. 



Oh..masa kecik2 akak sulong aku stay dengan arwah wan dan arwah tok kat kampung. Walaupun aku 3 beradik tak membesar sama-sama, tapi kitorang tahu la ikatan adik beradik kitorang. Cuma kitorang adik beradik tak biase ade gelaran Kak Long, Kak Ngah, Dik Su semua tu. Aku dengan kakak aku, mak dengan arwah abah panggil kakak. Kekadang bile sebut je kakak, 2-2 menyahut. Hahaha. Lawak.




 

Sebagai anak jati Pulau Pinang, kata ganti diri CHEQ memang sinonim la dengan diri aku. Ecewah! Cheq tu maksud dia 'saya'. Aku biasa bahasakan diri cheq bila aku bersembang dengan orang-orang yang lebih tua dari aku. Contohnye macam dengan mak sedara dan pak sedara aku.



Dulu masa arwah wan dan arwah tok masih ade pun aku bahasakan diri aku cheq dengan dorang. Memang tetiap hari perkataan cheq tu keluar sebab masa arwah tok dan arwah wan ade, kami sekeluarga yang jaga dorang masa dorang dah tua. Kami tinggal sekali. Jadi bila bercakap tu mesti le keluar cheq tu. Sekarang ni dah kurang la aku gunakan sebab dorang dah takde. Cuma bila pergi kat rumah mak sedara dengan pak sedara aku baru terkeluar balik kata ganti diri cheq tu. Oh my..tetibe aku rindu kat arwah tok dengan arwah wan. T_T


 


Err..KITE ni aku selalu guna bila cakap dengan maksu dan paksu aku je. Ehehe. Ntah la weh. Aku tak tahu pasaipa dengan maksu dan paksu mesti aku bahasakan diri kite. Memang dah terbiase dari kecik-kecik. Mungkin sebab paksu aku orang Kelantan kot. Eh? Takde kena mengena. Ahaha. Ermm..mungkin sebab dengan family maksu aku dah terbiase cakap luar. Maksudnye tak cakap bahasa utara la.



Aku kan membesar lama kat Bidor. Dari kecik kot. Lahir-lahir pas habes pantang terus mak aku bawak balik Kem PGA. Sampai umur 15 tahun kat sana. Cakap pun slang KL ko. Bidor kan dah nak dekat sangat dengan KL. Memang perasan KL habes la cakapnye. Wahaha. Maksu aku pulak rajin bebeno datang kem bile time cuti sekolah ambil aku dengan adik balik kampung. Bile dah dari kecik terbiase cakap luar, memang dah tua bangka skang pun still sama jugak percakapannye la. Tu yang terbiase berkite-kite je dengan maksu paksu aku. Kui3.






Mak aku selalu marah kalau dengar aku bahasakan diri ORANG. "Dok orang-orang. Sape orang? Memang la diri tu orang. Bukan beruang." Wahaha. Lawak la mak ni. Aku biasenye bahasakan diri orang dengan kazen kesayangan aku, Mek Solehah anak maksu yang sulung. Dengan kazen-kazen lain aku hang je. Dengan Mek Solehah sebab kitorang rapat kot. Dengan kakak aku pun aku terbiase bahasakan diri orang jugak.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Haa. itulah antara kata ganti diri yang aku gunakan untuk bahasakan diri aku dengan family aku. Dengan kawan-kawan lain la pulak. Selalu guna nama. Kalau rapat memang ber'aku' la. Saya jarang sangat-sangat. Kalau dengan yang tak kenal baru ber'saya'. Kadang-kadang 'kite' dan 'orang' pun ade jugak la aku guna dengan kawan-kawan. Depend kepada berapa rapatnye perhubungan persahabatan tu. Ehehe. 



Korang pulak macam mana? Ada ke yang ber'aku-aku' je dengan semua orang tak kire mak bapak orang tua adik beradik semua? Ohoiii..kurang tata-tertib namanye tu kalau harung cakap aku dengan semua orang. Dengan yang lebih tua pun ber'aku' memang nak makan penampo la tu. Dengan boipren gelpren boleh pulak ber'sayang' ber'honey'. Sweet kemain. Dengan orang lain pun kena la sweet jugak. Apapun kata ganti diri nama yang digunakan, silalah lihat situasi dengan siapa kita berbual. Hormat yang lebih tua dan gunakan kata ganti diri yang bersesuaian. Ok?



Bisik2 :: Budi bahasa kan budaya kita. Amboi! Macam kempen Bulan Bahasa pulak. Kui3!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Thursday, 21 July 2011

~Berbicara tentang POLITIK? Macam tahu sangat.~

Assalamualaikum. Hai!


Gelombang pilihanraya umum ke-13 dikatakan semakin hampir. Sebab tu la masing-masing dok berkobar-kobar demo sana demo sini. Sebok cari bukti itu bukti ini nak saling menjatuhkan. Ops! Ehehe. Pehal tetibe nak berbicara tentang politik pulak aku ni? Macamlah aku tahu sangat kan? Sebenarnya aku nak cakap pasal lain. Tapi nak jugak la kupas sikit pasal ni dari sudut pandangan aku. Yang pasal lain tu nanti aku tulis. Honestly, aku tak berapa nak ambil tahu sangat tentang politik. Kurang berminat. Maaf la. Kalau korang cakap aku ni rakyat derhaka pun aku nak kata apa kan. Uhuhu.



Apa-apa hal pun aku nak MINTA MAAF awal-awal kalau entri ni sensitif sikit. Secara jujur aku ni bukan pro mana-mana parti pun. Pro hape mende nye mengundi pun tak pernah lagi. Jadi jangan salah anggap pulak. Aku berbicara ni sebagai seorang rakyat yang neutral la maknanye. Mesti ade yang cakap. "Hek eleh minah ni! Mengundi pun tak pernah ade hati nak cakap pasal politik. Boleh blah la! Ko cakap kosong je takde isi. Takde hak nak cakap pasal politik." Eh? Rileks le brader. Aku nak bagi pandangan aku je. Kalau nak tahu kenapa aku masih belum mengudi, bacalah entri ni sampai habes ye.



Kenapa aku masih belum mengundi? Secara logiknye sebab dulu aku belajar lagi kot. Tahun 2009 baru habes belajar. Sebagai seorang pelajar, amanah aku adalah menuntut ilmu. Bukan sebok nak berpolitik. Sebab keduanye, aku tak nampak pihak mana yang aku patut sokong. Asyik dok berbalah je tak habes2. Sebab ketiga, aku memang tak berminat pun tentang politik. Politik atas dunia je semua tu bagi aku. Tak terlibat pun tak berdosa kot. Politik akhirat aku pun tak terjaga dan belum sempurna lagi. Wuuu.



Entahlah weh. Pada pengamatan aku, dunia politik ni sangat licik dan takkan ade istilah 'bersih'. Semua pihak ada agenda tersendiri. Tak kesah dari pihak pembangkang atau dari pihak kerajaan. Bagi aku semua tindakan yang dibuat oleh mereka ada hidden agenda. Tipu la kalau cakap takde. Mungkin pada dasarnya nampak baik untuk kita, tapi sebenarnya ada maksud lain di sebalik tindakan mereka. Eh? Macam negatif sangat pandangan aku terhadap politik kan? Tapi itulah yang aku nampak pun. Sorry.


~Politik macam main catur. Kena ada 'strategi hebat dan licik'. Baru boleh 'menang'. Ye ke?~


Bagi aku la kan, kerajaan dan pembangkang lebih kurang je perangai, selalu provok antara 1 sama lain. Tuding menuding sesama sendiri. Dan perkara ni takkan pernah berhenti sampai bila-bila kot. Yang jadi mangsa adalah kita sebagai rakyat. Tambah-tambah rakyat yang 'atas pagar' macam aku ni ha. Taktau nak memihak kepada yang mana. Masing-masing ada kelebihan dan keburukan. Konpius je rasa. Uhuhu.



Tambah-tambah bila lihat situasi di mana sesama Islam dan sebangsa Melayu pulak tu yang selalu bertelagah hanya kerana perbezaan ideologi politik. Menyedihkan tapi itulah hakikatnye bile terlalu fanatik dengan politik. Memalukan juga sebab bangsa lain hanya bertepuk tangan tengok Melayu sama Melayu dan seISLAM bergadoh sesama sendiri. Itulah silapnya. Bertindak melulu dan membabi buta. Mengikut rasa hati yang berkobar-kobar kononnya menegakkan keadilan dan mempertahankan ideologi politik masing-masing tapi dengan cara yang salah.



Memberontak dan bersuara lantang tanpa tindakan yang betul bukanlah cara yang terbaik. Malah tak mendatangkan apa2 hasil pun sebenarnya. Jika kita merasakan ideologi politik kita terbaik, maka buktikanlah ia sebenarnya memang terbaik. Bukannya dengan mencari kesalahan pihak yang satu lagi dan memfitnah pula kerana nak menjatuhkan reputasi mereka. Ini kerana, itulah yang menunjukkan kekurangan dan kelemahan kita juga.



Jadi, sekalipun tidak bersetuju dengan mana-mana pihak, tidak perlu la menyusahkan diri mencari kesalahan pihak terbabit. Tetapi berusahalah menyerlahkan kebaikan dan kelebihan yang diperolehi supaya dapat menyedarkan rakyat macam aku ni ha. Biar secara 'halus', tapi mendatangkan kebaikan untuk semua pihak. Yang penting motifnye betul-betul untuk rakyat. Bukan kerana kepentingan sendiri di sebalik hidden agenda yang disembunyikan. Biar 'bersih' dalam erti kata sebenar. Itu lah yang terbaek. Mencari kesalahan pihak lain dan mencaci maki adalah perbuatan yang sangat 'loser'. Ini kerana hanya mereka yang  'loser' sahaja akan berbuat begitu untuk menutup kesalahan sendiri.


~Jangan jadi buta tuli dan mudah diperdayakan.~


Rakyat pula janganlah sembarangan je bertindak. Mudah-mudah je diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu. Tambah-tambah yang terlalu fanatik terhadap sesuatu pihak. Orang yang fanatik ni semangat die berkobar-kobar lain macam sikit. Kena 'cucuk' sikit mulalah 'tunjuk taring'. Kadang-kadang benda yang takde diada-adakan sebab kononnya nak 'mempertahankan' pihak yang disokong dan 'membuktikan' kejahatan pihak yang dibangkang. Hentikanlah. Buat tambah dosa je. Ye la, dah dok maki hamun keluar perkataan yang kurang ajar. Kadang-kadang yang dicanangkan tak tahu pun kesahihan dia. Main sebarkan je. Itu dah masuk kategori fitnah. Ingat boleh dapat pahala dan masuk syurga ke buat gitu?



Berfikirlah dengan akal waras dan secara bijak. Aku rasa rakyat sekarang dah boleh fikir yang mana baek yang mana buruk, ape yang betul ape yang tidak. Yang terlalu fanatik tu, tak perlulah nak provok sana sini. Rakyat yang bijak dan berfikiran waras boleh 'nampak' siapa yang harus disokong dan siapa yang harus dibangkang. Tak perlu cakap banyak. Jadi sekiranya anda merasakan anda seorang rakyat yang bijak, buatlah pilihan yang tepat masa mengundi. Jangan belakang bukan main lagi pompang2 bercakap, tapi masa mengundi tak bertindak pun pangkah wakil rakyat yang dipercayai untuk diamanahkan memimpin kita. Yang tahu hanya nak memberontak, mencaci, maki hamun dan memfitnah sana sini.



Mmm, korang nak cakap aku ni tak berfikiran terbuka? Sempit otak? Bodoh? Tak tahu menilai? Alhamdulillah. Itu tandanya Allah masih lindungi aku supaya tak terjebak dalam hal-hal begitu. Politik dunia je semua tu. Politik aku dengan Dia lagi penting dan aku kena jaga. Banyak lagi tanggungjawab aku terhadap Dia. Maafkan aku sebab itu pandangan aku terhadap dunia politik di Malaysia. Lagipun ini cuma pendapat peribadi aku saje. Macam aku cakap kat atas tadi. Aku kurang berminat pasal politik. Ini pun sekadar memberikan pandangan dari sudut 'mata hati dan akal waras' aku. Lain orang lain pemikiran kan? So, harap takde yang ambil hati. Peace no war. (^_^)v 



Bisik2 :: I'm not into politic or against it. Dan aku tak memihak pihak yang mana-mana pun. Sampai masa aku rasa aku patut mengundi dan ada calon yang tepat untuk aku jadikan pemimpin di kawasan aku tinggal, aku akan pangkah undi. Itu saje.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 19 July 2011

~Berkat ke buat 'BISNES SEGERA'?~

Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ramai dah yang sedar tentang kelebihan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sebab tu ramai yang dah jadi bisneswomen dan bisnesman yang berjaya. Tak kesah la dalam bidang ape sekali pun mereka berbisnes. Bidang pemakanan, komputer, andaman dan sebagainya. Banyak bidang keusahawanan yang boleh diceburi kalau kita ada minat dan bersungguh-sungguh. Lagipun kita umat Islam ni memang digalakkan berniaga sebab hampir 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Betul tak?



Aku sendiri memang dah lama bercita-cita nak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Rasanye yang selalu ikut belog busuk aku ni memang tahu dah kot pasal angan-angan tinggi melangit aku ni ha. Tak habes2 asyik canang kata nak buat bisnes. Sian korang kena berkali-kali baca. Jangan muntah hijau sudah. Ahaha. Sebab bagi aku setiap kata-kata itu adalah doa. Lagi banyak kali aku sebut lagi cepat la doa aku makbul dan cita-cita aku tercapai. Jangan marah ha. Tolong doakan aku sekali tau. Mekaseh korang!



Sebut pasal bisnes ni, sebenarnye banyak cabang yang aku nampak aku boleh usahakan. InsyaAllah. Yang pasti semua bisnes tu aku akan gunakan kemahiran yang aku ade dan atas usaha aku sendiri. Bab bisnes yang berpotensi aku nak usahakan ni nanti aku cerita kat entri lain. Sebab nak cerita jugak ape relevan aku nak jalankan bisnes tu. Saje nak share pendapat dengan korang. Ehehe. Sekarang ni aku nak cakap pasal 'bisnes segera'.





Ape 'bisnes segera' tu? Rasanye ade kot yang dah boleh tangkap maksud aku. 'Bisnes segera' tu bisnes MLM le. Bukan malam ye. Tapi multi-level-marketing. Err..terlebih dahulu aku nak mintak maaf le kalau ade yang buat bisnes MLM butthurt dengan entri aku kali ni. Niat aku cuma nak memberi pendapat dan berkongsi dengan korang ape pandangan aku terhadap bisnes MLM ni. Takde niat lain pun ok. So jangan ambil hati eh.



Sebenarnye, aku dah banyak kali kena approach dengan orang-orang yang terlibat dalam bisnes MLM ni supaya aku terjebak sama. Adakah aku terpengaruh dan terlibat untuk join bisnes ni? Ohoo. Silap besar la. Aku memang takkan mudah terpengaruh. Memang aku ada intention nak berbisnes. Tapi kalau MLM, memang mintak maaf le. Not my interest. Aku memang pangkah awal-awal. Mak pun takkan bagi aku terlibat dengan bisnes cenggitu. Korang rasa berkat ke kalau buat 'bisnes segera' macam MLM ni?



Sian dorang kemain semangat lagi explain itu ini. Keluarkan segala bukti yang menunjukkan dorang berjaya dalam bisnes tu. Duit masuk berkoyan-koyan. Tunjuk diagram camne aku nak jadi upline dan cari downline. Tunjuk bukti produk-produk depa yang kononnya paling hebat berbanding produk kesihatan yang lain. Wohoo. Aku pun sekadar angguk-angguk je la dengar dorang explain sampai dorang ingat aku berminat. Bila dorang 'cucuk-cucuk' aku suruh join, macam-macam alasan la yang aku bagi. Wahaha. Bila ingat-ingat balik, rasa macam lawak pulak. Kesian pun ade. Pandai jugak aku berlakon eh. Kui3.



~Gambar ambik dari belog sedara ni-encik farhan~



Ok. Sekarang meh sini aku nak explain kenapa aku taknak terlibat dengan bisnes MLM ni? Pertama sebab aku yakin duit yang dapat dari bisnes tu tak berkat. Macam menipu ja. Cari downline ramai2 suruh depa cari lagi downline sambil jual produk-produk. Kita yang upline ni kira macam goyang kaki je tunggu duit masuk. Tak berapa aktif jual produk pun takpa dah. Buat talk je promote bagi lagi ramai yang berminat daftar jadi downline. Pujuk sampai dorang setuju. Tepon berkali-kali konon kita aware nak tolong dia berbisnes. Pehh. Memang penipu besar tu.



Second, sebab aku bab-bab nak cari orang suruh jadi downline memang takkan punya la. Aku tak sanggup nak menipu orang weh. Rasa bersalah tu memang akan menghantui hidup aku sampai aku meninggal kang. Taknak la aku. Lagipun aku bab nak approach orang ni memang tak terer kot. Haha. Jadi harap maaf memang aku tak berminat nak join.



Third, aku bukan bodoh sampai tak nampak yang bisnes ni memang menipu. Terang lagi bersuluh kot boleh nampak dengan akal celik aku ni. Ade ke kaut untung dari orang bawahan yang bertungkus lumus jual produk dan promote kat orang lain sambil goyang kaki je? Konon kire macam share dari dorang sebab kita promote dorang jadi bisnes partner. Ngek hang! Takat keluar air liur potpet potpet buat sampai orang terpengaruh keluar duit bayar yuran ahli mahal nak mampus dan dapatkan produk untuk jual dan cari lagi downline, then hang yang kutip untung. Puihhh. Penipu yang amat tu weh!






Pendek kata, kesimpulannya bagi aku bisnes MLM ni bisnes yang low-standard sebab motif die lebih kepada menipu orang. Huhu. Sebab aku dah saksikan sendiri orang yang join MLM ni jatuh menjunam. Kaya memang kaya. Tapi sekejap je pastu sekelip mata miskin balik. Kesian. Sebab tu jugak la aku tak terpengaruh pun. Lantak la kalau orang yang promote kat aku tu kata aku rugi besar sebab tolak tuah nak jadi kaya. Kaya dengan menipu orang? Aku tak heran pun kalau aku tak kaya kalau nak menipu. Tambah yang promote kat aku tu bangsa lain. Konon orang Melayu takde lagi yang terlibat dan aku ni berpotensi besar. Kalau orang Melayu sendiri yang promote pun memang mentah-mentah aku tolak weh.  



Banyak lagi cabang perniagaan yang halal. Jadi pada mereka yang Islam tu berhati-hati la kalau nak terlibat dalam bisnes pun. Jangan mudah gelap mata nak kaya sekelip mata. Percayalah, duit yang dapat tu memang tak berkat. Sebab tu sekejap je boleh habes. Takpun tetibe muflis ke. Benda tu berlaku tanpa kita sedar pun. Hidup dengan menipu orang memang tak selamat tau. Allah pun takkan redha. Berniaga dengan menggunakan kudrat sendiri baru berkat. Jual air tepi jalan lagi berkat dari jual produk tipu orang. So, beringat-ingatlah!



Bisik2 :: Say NO to MLM!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

~Salah ke perempuan belajar tinggi-tinggi?~

Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, perempuan belajar tinggi mana pun akhirnya ke ceruk dapur jugak. Ye ke? Mungkin ada betulnye jugak la tu. Bila dah kahwin nanti le. Kena jugak masuk dapur sedia makan minum keluarga. Perot suami kena jaga le jugak kan walaupun belajar tinggi dan bekerja. Bila dah tua dan pencen nanti memang sepenuh masa le. Hehehe. Takkan la dah belajar tinggi tapi taknak bekerja pulak kan? Rugi la penat-penat tuntut ilmu kalau macam tu. Masa, wang dan tenaga dah digunakan masa belajar. Mesti la mahu dibayar dengan bekerja. Ye dak?



Zaman dulu dengan zaman sekarang berbeza. Wanita zaman sekarang ramai yang dah bekerjaya. Lagipun ilmu tu sangat penting untuk masa depan wanita juga. Yela kan. Mana tahu kena tinggal suami. Kurang-kurang ilmu dan sijil yang ade boleh digunakan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan untuk tampung diri bila dah menjanda. Takde la meroyan sangat pergi merempat masuk tv ke paper ke mohon simpati orang ramai sebab hidup susah lepas kena tinggal suami. Kira macam 'senjata' juga la. Perempuan pun kena pandai hidup berdikari ok.



Sebenarnya aku terfikir nak sambung pengajian ke peringkat Master pulak. Kawan2 aku ramai dah ada Master. Yang sedang ambil PHD pun ada jugak. Aku je yang terkontang-kanting masih lagi memegang Ijazah. Memang lepas habes study dulu ingat nak sambung Master terus. Tapi memikirkan hutang PTPTN aku yg menimbun tu terus terbantut. Takkan la aku nak berhutang lagi kan? Jenuh nak membayar nye nanti. Sebab tu aku decide nak kerja dulu sebelum sambung Master.

 



Bukannye aku nak menunjuk kata aku ni pandai sangat. Aku ni biase-base je la. Aku nak sambung Master sebab aku minat sangat belajar walaupun tak berduit dan otak dah agak berkarat. Huhu. Tapi tu la. Sambung Master pun belum tentu aku boleh dapat kerja yang lagi elok dari kerja aku kini. Saingan kerja hebat sangat sekarang ni. Kalau belajar sampai peringkat tertinggi pun tapi takde kualiti dalam bekerja ingat orang nak ambil ke kite bekerja? Teori dengan amali berbeza yang amat sangat ok.



Jadi aku rasa biarlah aku terus bekerja cari pengalaman. Pengalaman kerja tu lagi penting rasanye. Lepas tu dapatkan kerja yang lebih stabil. Kumpul duit banyak-banyak untuk modal bisnes. Bile ade rezeki dan dah sampai masa, aku buat bisnes sendiri. Sebab aku memang ada impian nak bukak bisnes. Ehehe. Maaf la ye. Aku ni memang angan tinggi melangit ye kawan-kawan. Kalau rezeki lebih lagi, baru aku sambung Master pulak. Time dah beranak pinak pun boleh kot kalau nak sambung study. Tapi otak kena kerja keras la jawabnya. Ahaha.



Terima kaseh la kepada kawan-kawan yang selalu bagi semangat kat aku supaya sambung Master. InsyaAllah kalau ade rezeki aku sambung ye. Takpe la lambat sikit pun. Kalau ade rezeki aku, ade la. Memang impian aku pun nak belajar sampai tahap tertinggi. Kalau boleh sampai PhD. Tapi kalau rezeki aku setakat belajar Ijazah pun aku dah cukup bersyukur dah. Kurang-kurang aku dah merasa jugak belajar di universiti. Orang lain yang lagi bijak pandai tapi tak mampu nak sambung belajar sebab nak buat pinjaman belajar takut tak mampu bayar pun ade jugak ape kan. 



~Masa aku Degree dulu. Nyebok bergambor dengan family orang sebab mak aku tak dapat datang konvo aku. Sian aku sensorang. T_T~



Jadi, salah ke perempuan belajar tinggi-tinggi? Tak salah pun sebenarnye perempuan nak belajar tinggi-tinggi. Nak menuntut ilmu bukan nak buat benda bukan-bukan pun. Ilmu tu harus dituntut sebenarnye. Perempuan yang belajar tinggi-tinggi ni orangnye bijak pandai tau. Kalau tak, die taknak punye la sambung belajar tinggi-tinggi. Wahaha. Pandai je buat teori sendiri. Takde la. Perempuan yang berkeinginan belajar tinggi ni sebab dia sangat mementingkan education.



Ada yang cakap perempuan belajar tinggi ni ramai yang ego. Berlagak nak mampus sebab rasa diri pandai. Taste pun tinggi kemain. Sebab tu ramai yang tak kahwin-kahwin pastu jadi la andartu. Ehem! Sila perbetulkan statement itu ye. Memang la ade golongan tu. Tapi tak semua perempuan yang high education macam tu ok. Rasanya lelaki kot yang ego sebab tercabar perempuan lagi berpelajaran tinggi dari dia. Jatuh la standard dia kan kalau ngorat. Lagipun dia takboleh la nak 'perbodoh' kan perempuan educated ni. Confirm boleh kantoi senang-senang je. Ye dak? Kui3. Mandai je aku ni buat teori sendiri cenggini. ;p



Apa-apapun, kita sebenarnye akan terus belajar dan belajar sampai kita mati. Belajar tentang kehidupan. Kita takkan pernah berhenti belajar ilmu kehidupan selagi kita masih hidup. Kita belajar ilmu kehidupan dari pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan keadaan di sekeliling kita. Ilmu tu yang akan menentukan siapa kita di dunia ini. Nak jadi baik atau jahat. Nak hidup bahagia atau merana. Dan ilmu yang paling perlu dituntut sepanjang kehidupan kita ialah ILMU AKHIRAT. Itu pelajaran yang lebih tinggi sebenarnya. Yang akan menentukan di mana tempat kita bila di akhirat nanti.



Bisik2 :: People will respect u more if u are knowledgeable in every aspect. Am i right? 

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Friday, 15 July 2011

~Lepas dah kahwin, nak terus bekerja atau tidak?~

Assalamualaikum. Hai!


Amboi amboi. Kemain lagi tajuk entri aku kali ni kan. Macam dah nak kawen esok je. Hua3. Perancangan masa depan sebenarnye. Memandangkan sekarang ni aku merupakan seorang wanita yang bekerjaya. Ecewah! Wanita yang bekerjaya tu tak menahan frasa ayatnye. Keh3. Jadi, menda2 macam ni aku kena fikir dari sekarang.



Sebenarnye perkara ni la yang selalu jadi dilema di kalangan kaum hawa kan? Bila dah kahwin mesti kat fikiran terlintas tentang perkara ni. Nak terus bekerja atau tidak? Lagi merumitkan bila sebelum berkahwin yang perempuan sudah bekerja tetap di negeri lain. Bakal suami pulak bertugas di negeri lain. Dah berkahwin mesti la si isteri nak ikut si suami. Ye dak? 



Jadi maknanye kena korbankan kerja la. Masalahnye sanggup ke berhenti kerja tu? Tapi kalau tak berhenti camne nak ikut suami? Haa. Memeningkan kepala otak kan? Kalau kerja di tempat yang sama, tak jadi masalah sangat. Boleh kautim dengan suami mintak izin nak teruskan kerja. Boleh pergi kerja sama-sama. Oh sweet! Tapi dengan niat nak bantu kukuhkan kewangan keluarga yang dibina la. Niat tu kena betulkan ye.






Masalahnye sekarang ni, kerja di negeri yang berlainan dan jawatannye tetap. Kalau nak berhenti sayang pulak. Lagipun gaji yang dapat boleh bantu suami ringankan beban kewangan keluarga. Jadi minta izin suami untuk terus bekerja. Dan nak tak nak terpaksa la bertahan. Kena la menempuhi perkahwinan jarak jauh. Dalam kes ni hati kena betul2 kuat. Perkahwinan jarak jauh ni dugaan dia agak hebat jugak. Kalau hati mudah goyah dan rapuh memang 'selamat' la ikatan suami isteri yang terbina tu. Jadi persoalannya di sini, sanggup atau tidak berhadapan dengan situasi begini?



Rumitnye woi nak fikir hal ni. Suami kaya gaji ribu riban makan pun tak habes, tu lain cerita la. Berhenti kerja pun takpa. Takde hal kot. Duduk rumah kerja jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Jaga suami je. Ekeke. Tapi ni gaji suami pun tak berapa nak besau. Tolak hutang, bayar itu ini, belanje dapur, tinggal la ciput je untuk belanja harian. Boleh la cukup2 makan, hidup bersederhana tak boleh membazir dan nak bermewah-mewah sangat.



Tapi kan, pompuan ni ade jenis-jenisnye jugak. Kalau jenis bini yang berdikari memang beruntung la si suami. Suami suruh berhenti kerja pun takde hal. Dia memang takkan susahkan suami dan akan fikir cara lain nak kerja dari rumah. Macam buat bisnes online. Belog kan ade. Pandai2 la kan. Kalau jenis bini yang mengharap kat suami je camne? Semua suami dia yang kena tanggung. Nama dia nak terfikir cara lain yang boleh bantu suami walaupun duduk kat rumah je memang takde la. Dah tu camne? Jawapan dia, padan la muke suami tu. Hua3. Eh! Jahat benau aku ni. Hehe. Tapi ade tau pompuan jenis tu. Jangan tak tau.






Ohoii. Semak jugak kepala hotak nak mikir hal ni kalau aku dah kawen nanti. Dah la aku ni jenis yang suka berdikari sendiri. Rasanye bergantung kepada keadaan masa tu nanti la gamaknye. Kalau plan aku dengan encik CH nak buka bisnes tercapai, aku kerja dengan dia je la andai kata aku berkahwin dengan dia. Kerja dengan suami sendiri syok lagi kot. Keh3. Angan tinggi melangit kau. Biase. Aku memang kuat berangan pun. 



Tapi kalau aku masih bekerja seperti sekarang, aku mintak izin dulu la dari suami aku nanti. Harap-harap dia tak kisah dan izinkan. Lagipun tujuan aku nak kerja sebab nak bayar hutang PTPTN aku la. Takkan aku nak suruh suami aku pulak bayarkan. Yang berhutangnye aku bukan dia. Jadi aku taknak la bebankan die dengan hutang belajar aku tu. Biarlah aku yang selesaikan sendiri. Uii. Ada ciri isteri solehah tak aku? Hua3. Perasan gila la pompuan ni. Haishh.



Itulah perancangan aku. Aku hanya mampu merancang je la, yang menentukan segalanya dah tentu-tentu Allah SWT. Jadi, korang yang pompuan-pompuan yang bujang trang tang tang macam aku, nanti dah kawen korang nak kerja atau nak berhenti je kerja jaga suami kat rumah? Apa-apa pun, berfikirlah yang terbaik untuk kebaikan bersama. Kalau boleh kerja, teruskan dengan niat nak bantu suami. Kalau suami mampu, tak kerja pun takpa kot. Duduk rumah jaga makan pakai suami lagi seronok. Kih3.



Bisik2 :: Pompuan kalau dah kahwen tapi nak kerja takde masalah sebenarnye. Yang penting tahu jaga diri dan batas pergaulan. Ingat sikit yang diri tu isteri orang ok! Lagi satu jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri di rumah. Penting tu!
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 12 July 2011

~Dah setahun berlalu..~

Assalamualaikum. Hai!


Setahun dah berlalu. Cepat betol masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah setahun umur budak demok kesayangan aku. Siapa budak demok itu? Anak sedara aku le. Anak sulong akak aku yang telah dilahirkan pada 12 Julai 2010 yang lalu. Dulu aku pernah terkinja-kinja tulis pasal kelahiran dia. Siap ade cita-cita nak ajo comolot. Ish3. Burok beno perangai mak sedara dia nih. Tapi idok le aku buat pon. Jangan pulak korang percaya. 




Entri ini aku nak berceloteh pasal Iqbal je. Diam tak diam dah setahun umur dia sekarang. Beso gedabak dah budak Iqbal nih. Oh oh. Ini bermakna umur aku pun akan bertambah setahun lagi bulan 8 nanti. Saje nak bagitau besday aku bulan depan. Kui3. Ahh..tak kesah pun umur dah bertambah sebab tak jejas ape2 pun. Muke menten awet mude jugak ape. Nampak macam budak sekolah gitu. Perasan nak mampuih nye aku ni. Hak3.




~My cute little boy! I LOVE u..~



Iqbal membesar depan mata aku kot. Dia dan mak dia stay sekali dengan aku dan mak kat rumah ni. Akak aku dah tak menyewa lagi lepas dah kahwen. Lagipun mak yang jaga Iqbal sekarang time akak aku kerja. Abang ipar aku pulak kan bertugas kat nogori 9. Mintak tukar ke Penang tapi belum diluluskan lagi. Jadi Iqbal membesar jauh dari abah dia. Sekali sekala akak aku turun nogori bawak Iqbal jumpa abah dia. Macam tempoh hari. Kadang-kadang abang ipar aku yang turun Penang kalau dah rindu kat anak dia. Macam tu la silih berganti. Kesian jugak. Tapi nak buat camne. Dah abah dia tak dapat pertukaran lagi. Akak aku keje USM mane ade cawangan kat nogori nak mintak tukar pun. Redha je la jarak jauh camni.




Tapi syok jugak sebab rumah ni takde la sunyi sangat bila ada akak aku dengan Iqbal tinggal sekali. Kalau tak tinggal aku dengan mak je berdua. Sunyi oh! Macam sekarang ni ha sebab akak aku balik nogori kan. Sunyi gila wei. Selalu time malam-malam cenggini sebelum dia tidor aku buli-buli dia. Ini dia takda nak buli sape? Takkan nak buli mak aku kot. Ahaha. Mak aku dah la tido awal. Tinggal aku sorang2 tercangak ngadap tv sambil online. Uhuhu. Kena kahwen cepat-cepat ni. Buat anak sendiri. Pastu boleh manje2 dengan suami. Okey. Nampak sangat gatal nau nak kahwen. Sila abaikan. @_@

 

~Mangsa buli camwhore aku. Kah3. Tu yang die buat muke tu. Sabau je la. Bertempeknye parut jerawat kat muke aku. Haishhh..~



Happy besday encem boy! Ummi Dada lebiu so much. Be a good boy and anak yang soleh ok. Don't noti2. Nanti ummi babap iqbal. Cehhh. Kemain lagi wish macam Iqbal dah pandai bace. Kah3. Takpe..nanti ibu die yang bacakan. Oiii...rindu pulak kat budak demok ni. Cepat le balik Iqbal. Ummi tak sabaq nak buli-buli Iqbal macam selalu. Selalu sebelum pergi kerja aku bawak die ronda naek moto seround. Balik kerja pulak riuh dengan sore die dok pot pet sambil terkedek-kedek berjalan. Uhuhu. Rindu nak mampos. T_T



Bisik2 :: Ummi Dada tu panggilan aku untuk budak demok ni. Feeling keibuan la konon2. Dada tu singkatan nama aku Shahada ok. Amik da je tu yang jadi Dada. Jangan p terjemah laen pulak. Aku tampo kang. Hak3.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Friday, 8 July 2011

~Luahan rasa hati PENCINTA KEAMANAN~

Assalamualaikum. Hai!


Aku kat Seremban sekarang ni. Saje ambil cuti. Lagipun semalam Penang cuti sempena Penang Bandar Warisan Dunia kan. Aku pun sambung la cuti hari ni lagi. Nak cuti-cuti Malaysia dan hilangkan serabut dengan kerja opis yang berlambak-lambak. Jadi aku ikut kakak ke Seremban rumah suami dia. Tolong pegangkan baby dia sebenarnye. Sepanjang perjalanan semalam, punya la berlambak roadblock. Haishooo. Ni mesti pasal perhimpunan BERSIH esok la ni. Tensen betul!


Abang ipar kena bertugas kat KL sekarang ni sebab dia FRU. Jadi kami datang ni dia takde la. Sian kakak aku amik cuti panjang2 nak jumpa suami, tapi suami kena bertugas pulak. Semua gara-gara Bersih. Aku ni jap lagi nak turun Serdang. Dah janji dengan encik CH nak jumpa. Konfom la nak g jalan-jalan tak boleh ni sebab roadblock merata-rata. Hadoi. Nampak gaya kena melepak rumah kakak dia je la. Sadis betol. Cuti pun macam tak cuti je. Aku nak ajak encik CH pergi PICC tengok Pameran Pengantin. Teringin nak pergi sebab kat Penang mane ade buat event camtu. Huwaaaaaaa.


Yang buat aku risau ni masa aku nak balik Penang nanti la. Nak naek bas, Pudu kena tutup pulak. Tukar operasi kat Bukit Jalil. Jauh gak tu nak pergi dari rumah kakak encik CH. Nak naek keretapi kena ke KL Sentral. Jalan kompom sesak dan roadblock memanjang kot. Hoi camne ni! Isnin aku kerja dah wei. Adoiii. Semak betol la! Kalau tak buat perhimpunan demonstrasi camtu tak boleh ke?! Dah elok negara aman damai nak memberontak ape laginye? Uhuhu.


~Takotnye tengok orang ramai bersesak-sesak macam ni. Scary!~


Asal nak dekat pilihanraya je macam-macam hal la nak berlaku. Nak demo sana demo sini. Kalau tak buat tak boleh ke? Pandai2 la memasing raih undi pancing hati para pengundi. Tak perlu kot nak ajak buat demonstrasi ni. Menyusahkan orang lain yang tak terlibat sama. Tak kesah la pembangkang ke, kerajaan ke, pandai2 la fikir nak tambat hati pengundi undi korang camne. Jangan la buat benda alah cenggini. Uhuhu. Macam rasa dah tak selamat je duduk kat negara sendiri. T_T


Kata motif utama Bersih ni nak pastikan masa ngundi nanti 'bersih'. Ini pun dah macam 'tak berapa nak bersih' je ni ha. Yang jadi kepala demo ni, pergi je la serah memorandum tu secara elok dan damai. Pergi je sorang-sorang. Tak payah la buat perhimpunan ke, pengumpulan ke, perarakan ke, demonstrasi ke camni. Nak kumpul ramai-ramai. Untuk ape? Semak tahu tak? Yang pengikut-pengikut tu pun yang emo terlebih-lebih join sekali pun kenapa la? Tak paham betol aku. Aku ni tak suka benda riuh kecoh-kecoh camni sebab aku ni seorang yang sukakan keamanan.


Keamanan negara tu lagi penting weh. Aku tak nak la duduk macam kat negara luar yang perang sana sini. Demonstrasi tak henti-henti. Peluru sesat merata-rata. Kacau bilau tahu tak? Tak aman nak hidup. Nak keluar rumah pun takot. Ini dah duduk aman damai, nak jalan g merata sana sini pun senang hati tak perlu takot2 pun tak cukup lagi ke? Uhuhu. 


Ada yang cakap demonstrasi tu tak haram dalam Islam. Memang betul tak haram kalau ikut syariat dan tidak emosi. Tapi kalau terlalu ikut emosi sampai boleh menggugat keamanan tu kire halal jugak ke? Kalau dah nama demonstrasi memang takde maknanye la kalau takde kacau bilau ok. Orang yang selalu ikut demonstrasi ni selalunye emo terlebih-lebih. Kang ade je la yang bertindak melampaui batas walaupun pada asalnye nak buat demo secara aman dan bersih. Percayalah cakap aku. Memang itu realitinye. Tak pernah aku dengar lagi demonstrasi yang berlaku secara elok dan aman. Wuuu. Takot!


~Biarlah hujan mem'bersih'kan segalanya..~


Tapi 2 3 hari ni aku perasan asyik hujan je ek kat sini? Agaknye time perhimpunan esok pun hujan turun lebat tak berhenti-henti gamaknye. Kalau macam tu alhamdulillah la. Biar hujan yang turun tu je bagi 'bersih' semuanya. Hanya Allah saje yang tahu apa yang akan berlaku dan mungkin ada hikmahnya kalau Dia turunkan hujan. Jadi esok kalau hujan, semua pakat duduk dalam rumah diam-diam je ye. Tak payah la keluar pergi demonstrasi tu. Aku pun datang bercuti ni tak payah la pergi jalan-jalan. Lepak je dalam rumah bakal kakak ipar. Tak dapat pergi Pameran Pengantin. Sedihnye. T_T



Bisik2 :: Saya cuma mahukan keamanan negara saya terpelihara. T_T
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 2 July 2011

~Siapa HERO kita sebenarnya?~

Assalamualaikum. Hai!


Haaa. Siapa HERO korang? Kalau yang tengah hangat bercintan cintun mesti rasa boipren dia lah HERO dia kan? Erk. Macam bias kat pompuan je pulak. Keh3. Masalahnye pompuan je yang selalunye cenggitu. Kalau laki mestilah dia rasa diri dia tu HERO je memanjang. HERO kepada makwe/gelpren dia la. Ye dak? Tapi sekarang ni bukanlah aku nak cakap pasal HERO yang ini. Ini pasal HERO lain. HERO apa pulak dah? Nak tahu kena la baca sampai habes.


Hmm. Pernah tak kadang-kadang tiba satu masa korang rase macam down sangat-sangat? Rasa diri kosong dan lost. Rasa macam taknak dah hidup je. Nak bawak diri jauh-jauh. Macam tak mampu hadapi semua masalah yang menimpa. Pastu rasa macam takde sape pun dengan korang yang sudi sama-sama face masalah tu. Apatah lagi nak hulur telinga dengar korang ngadu, hulur tangan bagi bantuan, hulur bahu bagi jadi tempat nangis, hulur akal dan pandangan bagi nasihat yang membina. Rasanya tak sempat nak cari dorang dah lesap dulu. Ye dak? Tekanan kan?


~Selami hati dan jiwa kita sepenuhnya..~


Susah nak cari orang yang sangat-sangat memahami yang boleh ada dengan kita bila kita ditimpa masalah sebenarnya. Kalau ada pun, bilangan orang jenis tu sikit la sangat-sangat. Boleh kira dengan jari je. Ada la satu dalam berpuluh ribu kot. Yang satu ni yang betul-betul ikhlas la. Memang kalau secara kasarnya kita nampak macam ramai yang sudi membantu. Tapi realitinya mereka tak ikhlas pun. Mungkin ada niat lain disebaliknya. Nak kepochi misal kata. Konon-konon buat simpati dan tolong. Lepas tu ambil peluang untuk jatuhkan kita sebab kononnya rahsia kita ada dalam tangan dia. Huii. Jahatnye orang macam ni kan? Babap dia!


Sebenarnya, kalau korang nak tahu, HERO itu ada dalam diri kita. Yes! Kita lah HERO untuk diri kita sendiri tanpa kita sedar. Tak caya try muhasabah diri korang sendiri. Selami hati, jiwa dan diri korang dalam-dalam. Pasti korang dapat rasa. Macam ada satu aura yang memberikan kita semangat, yang jadikan kita kuat. Jadi, tak perlulah rasa down bila ditimpa masalah dan takde sape-sape pun masa kita susah dan bermasalah. Sebab kita mampu hadapi masalah tu sebenarnya. Kalau tak, kita takkan diuji sebegitu. Am i right?



~Kebahagiaan pasti jadi milik kita andai kita sedar kehadiran HERO yang ada dalam diri kita..~


Oleh itu, sentiasalah bersemangat untuk menghadapi segala cabaran, dugaan, masalah yang hadir sepanjang perjalanan kehidupan kita. Jangan mudah putus asa dan cepat mengalah. Teruskan perjuangan sebab perjalanan hidup kita masih jauh di hadapan jika diizinkan umur kita panjang. Orang di sekeliling bukanlah HERO sebenar-benarnya. Mereka cuma watak sampingan yang menjadi pembantu kepada watak HERO yang mana kitalah HERO itu.


Sebenarnya aku terfikir nak tulis tentang ini bila aku terdengar lagu Mariah Carey yang tajuk Hero tempoh hari. Setiap hari aku pasang dari pagi sampai habes waktu opis. Sian opismate aku terpaksa dengar lagu ni je dari pagi sampai petang. Hua3. Nak buat camna. Aku kalau dah terjatuh hati kat satu-satu lagu memang aku akan dengar berulang-ulang kali tanpa jemu. Aku selami dan hayati bait-bait kata dalam lirik lagu tersebut. Bagi aku lagu ni sangat memberi inspirasi. Jadi aku nak share jugak la dengan korang. Mana tahu ada yang selalu rasa diri dia down 24 jam. Dengarlah lagu ni. Mesti rasa semangat. Jom kita karok!





There’s a hero If you look inside your heart
You don’t have to be afraid Of what you are
There’s an answer If you reach into your soul
And the sorrow that you know Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along With the strength to carry on
And you cast your fears aside And you know you can survive
So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong
And you’ll finally see the truth That a hero lies in you

It’s a long road When you face the world alone
No one reaches out a hand For you to hold
You can find love If you search within yourself
And the emptiness you felt Will disappear

[Chorus]

Lord knows Dreams are hard to follow
But don’t let anyone Tear them away
Hold on There will be tomorrow
In time You’ll find the way

[Chorus]


Bisik2 :: HERO tu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri..^_^
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com