Wednesday, 29 June 2011

~Sakitnya PUTUS CINTA..~

Assalamualaikum. Hai!


Ramai cakap bila PUTUS CINTA rasa dia sakit sangat-sangat. Tapi aku tak tahu betul ke tidak. Tak tahu bagaimana rasa sakit tu sebenarnya. Sebab aku tidak pernah putus cinta yang sebenar-benarnya jadi aku belum pernah rasa kesakitan yang amat sangat akibat putus cinta. Mudah-mudahan dijauhkan.



Kalau diperhatikan, ramai yang hilang arah dan kewarasan akal bila mereka putus cinta. Seolah-olah dunia mereka lenyap dan diri mereka tenggelam bersama cinta yang hancur. Mereka hilang dalam dunia mereka sendiri. Hingga diri menjadi semakin tidak terurus. Kasihan. Mereka terlupa yang sebenarnya itu hanyalah cinta manusia yang bersifat sementara. Memang begitulah keadaannya. Cinta manusia tidak akan kekal selamanya. Itu hakikat sebenar yang mereka terlupa. 

 




Jadi, aku nak bagi sedikit tips la macam mana nak atasi kesakitan akibat putus cinta ni. Ecewah! Sindrom kaunselor cinta dah mai dah. Haha. Sekadar berkongsi pendapat je. Tapi sebelum tu, aku ada satu kisah yang nak dikongsikan. Kisah aku dan encik CH. Di awal perkenalan aku dengan encik CH 6 tahun yang lalu, pada mulanya kami hanya teman mesra. Rasa ada chemistry. Hari ke hari semakin rapat. 



Sampai satu masa, bila rasa cinta mula berkembang mekar dalam hati, *jiwang kemain ayat ni..geliss..haha..* encik CH minta masa dan ruang untuk diri masing-masing. Bukan 'putus cinta' sebab kami tidak pernah declare kami bercinta. Aku terima dan aku redha. Walaupun sedikit sedih dan rasa kehilangan. Tapi bagi aku, itu sebagai memberi peluang kepada diri masing-masing untuk memahami hati dan diri sendiri.



Sepanjang tempoh tu, aku selalu buat solat istikharah memohon petunjuk dari Allah. Jika dia yang telah ditetapkan untuk aku, semoga Allah mengizinkan hubungan  itu berterusan. Jika tidak, aku mohon dia dijauhkan dari aku. Taknak aku buang masa bercinta dengan salah orang. Niat aku bercinta kerana Allah dan nak kahwin. Bukan nak main-main. Takdo masa ok kalau nak main-man je. Hari demi hari berlalu. Aku hanya berserah kepada Allah. 



Genap sebulan dia menghubungi aku kembali. Sehingga ke hari ini kami masih lagi berdua. Walaupun seingat aku kami tak pernah declare pun kami bercinta. Sendiri faham hati masing-masing. Tak perlu kot nak ada tarikh tertentu kengkonon anniversary cinta. InsyaAllah sampai masa dan ada jodoh, kami akan disatukan sebagai kekasih halal. Amin. Bila tu tak tahu la lagi kan. Sedang merancang-rancang je. Sila doakan kami weh! *Ugut ni. Keh3.






Jadi, apa yang korang dapat dari kisah aku tadi tu? Hoh? Tak dapat apa-apa. Haishhh. Tak menghayati betol la korang ni. Penat aku cerita. Point yang aku nak sampaikan ialah YAKIN dengan ketentuan Allah. Setiap dari kita telah ditentukan jodohnya. Tapi kena berusaha la mencari ye. Tak semestinya orang yang tengah korang HOT bercinta tu yang akan jadi kekasih halal korang. Ingat tu!



Bercinta lah lama mana pun. 5 tahun 7 tahun 10 tahun sekalipun, kalau bukan jodoh memang sampai ke sudah takkan berjodoh la orang kata. Jadi jika putus, sila jangan disalahkan takdir Allah pula. Ada sebabnya korang bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan yang jodoh yang sebenar. Tapi, kalau dah memang jodoh, terputus sekejap sekalipun perhubungan cinta, pastu lari la bawa diri ke ceruk mana jauh sekalipun, memang berjodoh la korang. Jangan risau.


~Ambillah masa untuk rawat hati yang luka..insyaAllah akan pulih seperti sedia kala walau masih tersisa rasa sakitnya.~



Oleh itu, seandainya ditakdirkan korang putus cinta, janganlah terlalu kecewa sangat ye. Kecewa sikit-sikit je dah le. Jangan ikut hati nanti mati. Jangan ikut rasa nanti binasa. Sebab tu yang ada kes bunuh diri, gila meroyan, gila talak semua tu. Semuanya sebab terlalu meletakkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah. Belum bernikah lagi tu weh. Jangan nak melebih sangat. Babap kang!

 

Apa-apa pun yang terjadi, silalah mohon petunjuk dari Allah. Buat solat istikharah banyak-banyak dan yakin denganNya. InsyaAllah pasti Dia akan bagi petunjuk dan jalan keluar pada korang. Berilah ruang untuk diri korang sendiri. Ambil masa untuk menilai dan memuhasabah diri kembali. Jangan terburu-buru dan buat keputusan melulu yang boleh memudaratkan diri korang. Bersabar dan yakin pada Allah kalau dah berusaha dan bertawakal pada Dia. Dan semestinya jodoh yang telah ditetapkan untuk korang akan muncul lepas tu. Nak bercinta tak salah. Tapi sila jaga diri dan perilaku. Kalau yang dah pernah buat salah tu sila bertaubat dan mohon ampun pada Allah cepat. Itu pun kalau nak cinta korang tu diredhai Allah la ye. Wokeh!



Bisik2 :: Bercinta lah berpada-pada..Kalau putus cinta takde la merana..;p
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 22 June 2011

~Sakit itu PENGHAPUS DOSA~

Assalamualaikum. Hai!


Buat pengetahuan korang, mak aku telah dimasukkan ke wad hari Isnin lalu dan selamat dibedah tengahari semalam. Alhamdulillah sebab semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Aku punya la cuak gila nak mampuih bila kat opis Isnin lalu kakak aku tetiba mesej kata mak masuk hospital. Mak disahkan menghidap Apendiks oleh doktor. Apendiks agak teruk la jugak sebab doktor kata kalau bila makanan masuk je perot jadi sakit sangat-sangat tu maknanye apendiks memang dah teruk. Bila dah buat pemeriksaan memang sah mak kena apendiks. Uhuhu. 



Mak aku ni kalau saket tak reti nak bagitau kat anak-anak. Bila dah terok sangat-sangat baru dia bagitau. Memang cuak nak mampuih la kami adik beradik ni. Sape tak sayang mak wei?! Kami ni tinggal ada mak je kat dunia ni ha. Mesti ada orang cakap, "Ala..apendiks je pun. Bukan terok sangat." Siapa cakap tak terok weh? Kalau lambat bedah dan apendiks pecah, boleh bawak maut tau tak? Dah la doktor cakap apendiks mak aku agak teruk jugak. Tambah pulak mak aku dah berusia 57 tahun. Tua-tua kena bedah lagi. Agak risiko jugak tu. Risau yang amat sangat la kat hati ni ha.






Apa-apa pun alhamdulillah mak dah selamat menjalani pembedahan. Takpe la keluar duit beribu-ribu bedah kat sepital swasta pun. Janji mak selamat. Semoga mak cepat sembuh la. Lepas ni aku kena pastikan jadual pemakanan mak teratur dan mak tak boleh dah makan sebarangan ikut sedap tekak die je. Mak aku ni dah la degil. Makan memang tak jaga. Makan ikut suka dan time makan memang tak teratur. Kami adik beradik membebel kat dia pun takde maknanya die nak dengar. Tapi lepas ni dia tak boleh degil-degil lagi dah. Kalau dia degil aku babap dia. Kui3.



Terima kaseh pada kawan-kawan yang prihatin dengan keadaan mak aku. Memberikan kata-kata semangat kat aku. Mendoakan keadaan kesihatan mak aku. Mekaseh korang! Tak sangka ada jugak yang ambil berat. Ingatkan takde yang peduli pun pasal aku. Maklum le orang yang suke menyendiri dan merendah diri macam aku ni mana ade orang nak peduli sangat kan? *Bajet low-profile sangat la konon. Hek hek hek. 




Mungkin ini ujian dari Allah buat kami adik-beradik. Nak uji kaseh sayang dan keprihatinan kami pada mak. Nak bagi peringatan pada kami supaya jaga kesihatan diri. Mungkin juga ini ujian Allah untuk mak. Selalu sangat tak jaga kesihatan diri. Kan tubuh badan kita ni amanah dari Allah? Kena la jaga elok-elok kan? Apa-apa pun kami terima dan redha dengan ujian Allah ini. Lagipun sakit itu kan penghapus dosa. Mungkin Allah nak kurangkan dosa-dosa kecil yang pernah mak aku buat ke kan? Mudah-mudahan.



Bisik2 :: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.  (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 18 June 2011

~Kalkulator Cinta~

Assalamualaikum. Hai!


Topik ni sebenarnye tetibe muncul dalam kepala otak pagi Rabu yang lalu masa tertengok rancangan live HotFM kat 8TV. Baru hari ni ade kesempatan nak tulis sebab hari Selasa hingga Khamis yang lalu aku pergi kursus di Hotel Empress Sepang, Kuala Lumpur. Agak bizi la jugak. Biasa la kan. Nama pun pergi kursus. Jadi hari ni mari kita berbincang tentang topik "Kalkulator Cinta".


Kalau korang perasan, time pagi rancangan tv kat siaran 8TV tu mesti kecik je sebab bahagian tepi ada chatbox. Ntah sape la yang rajin sangat perabih kredit pergi chatting kat situ. Membazir betul! Pastu kat bahagian bawah pulak ade la aplikasi yang merepek2 ntah hape pun tak tau. Hari tu tertengok, aplikasi 'kalkulator cinta' yang keluar. Apa dia aplikasi 'kalkulator cinta' ni?




Meh nak terangkan. Kalkulator cinta ni aplikasi yang konon nye boleh mengukur peratus cinta pasangan yang tengah 'hot' bercinta. Contohnye taipkan nama korang dengan bf/gf korang then submit dan otomatik menda alah tu akan calculate peratusan cinta korang. Lepas tu nanti die explain la tentang peratusan tu. Contoh: "Aida tak perlu la nak kuat cemburu sangat. Amin betul-betul cintakan kamu. Bagi Amin tiada gadis lain dalam hatinya selain kamu Aida." Pernah tengok tak? Nanti pagi-pagi try tengok kat 8TV eh.


Bile sebut pasal aplikasi ni, tetiba aku teringat sesuatu. Aku rasa, korang pun pernah gak buat menda ni kot. Tambah2 pompuan. Biase la tu. Pompuan ni kan mudah terpengaruh sikit. Dah tu bab cintan cintun pulak kan. Huahuahua. Aku pun pernah gak buat weh. Masa sekolah-sekolah dulu. Asal ada admire kat sesape mesti nak try buat. Cetek betul la pemikiran aku masa bebudak remaja dulu. Huhu. Malu dengan diri sendiri. Rasa macam nak tampo laju-laju. (-_-")




Haa. Menda alah ni la yang aku cakap kat atas tadi. Lebih kurang macam aplikasi 'Kalkulator Cinta' tu kan? Pernah tak korang buat? Baek mengaku. Huhu. Cara ni konservatif sikit la. Main kira-kira secara manual. Tulis nama korang dengan pasangan macam contoh yang aku buat kat atas tu. Then, korang start la kire setiap huruf2 yang ade dalam nama korang dan pasangan. Start dari huruf yang pertama hingga huruf yang seterusnya. Huruf yang sama tak payah kira dah kalau di awal pengiraan dah kire. Pengiraan nombor pulak kena kira dari hujung ke hujung sampai la ke tengah. Lastly dapat la jumlah peratusan.


Jenis yang ni bukan macam yang aplikasi tu. Yang ni korang boleh tukar-tukar nama. Memula nama korang kat atas. Lepas tu nama pasangan korang pulak kat atas. Peratusan yang dapat tu cuma nak tengok berapa tinggi korang sayang @ cinta antara satu sama lain. Kalau peratusan sikit tu maknanye hubungan akan putus dan tak lama. Kalau peratusan tinggi maknanye hubungan memang berpanjangan. Kalau 50% tu kire macam tengah-tengah je la. Seimbang kot. Hahaha. Ntah hape2 je. Sape la yang mulakan menda mengarut ni sampai aku terpengaruh dulu. Haishhh. (-_-")


Agaknye dari menda ni la yang terhasilnya aplikasi "Kalkulator Cinta" sekarang ni tu kot kan? Macam-macam betul. Sebenarnye menda ni mengarut je lebih. Tak payah la nak terpengaruh sangat. Bukan menda ni sebenarnya penentu hubungan cinta korang. Ramalan-ramalan yang diberikan tu pun tak logik. Memang tak boleh nak dipercayai langsung. Tapi aku pasti mesti ada jugak yang terpengaruh kan? Kalau tak, takkan ade punye la aplikasi yang kat 8TV tu ramal peratusan cinta dan apa yang akan berlaku dan sikap pasangan-pasangan yang gunakan aplikasi tu. Ye dak?


Kesimpulannya, hubungan cinta tak boleh dikira peratusannya melalui nama. Memang tak logik. Dah sah-sah la menda tu ciptaan manusia pulak kan? Memang dah boleh tahu la betul atau tidak menda tu. Secara logiknye korang sendiri boleh tahu hubungan cinta korang boleh bertahan lama atau tidak. Dah kata ada 'chemistry' antara satu sama lain kan? Mesti la 'instinct' tu kuat. Betul tak? Ngeh3. Pendek kata, silalah jangan jadi 'dungu' dan terpengaruh dengan aplikasi "Kalkulator Cinta" yang mengarut tu. Buang duit je weh! Apa kata sedekah je kredit tu kat aku kalau dah kaye sangat nak perabih kat benda tak pekdah gitu. Kui3.



Bisik2 :: Selalunye remaja sekolah la yang mudah sangat terpengaruh dengan aplikasi tu kan? Kaya 8TV dengan pembaziran kredit bebudak tu.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 15 June 2011

~Wordless Wednesday #2 | Sakit?~

Assalamualaikum. Hai!






Wordless Wednesday ialah di mana pada setiap hari Rabu, semua blogger hanya meletakkan gambar sebagai entry tanpa sebarang penjelasan diberikan untuk menerangkan tentang gambar tersebut. Lantak la pembaca nak describe camne pun tentang gambar tu. Wokeh!


Bisik2:: Selamat Hari Rabu semua!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 13 June 2011

~My Best Friend Wedding~

Assalamualaikum. Hai!


Macam biasa, hari Isnin mesti aku malas yang teramat sangat nak buat kerja. Haiyooo. Camno nak jadi pekerja terbaik ni kalau performance cengini gaya. Mimpi je la cik sha oi! Uhuhu. Entri kali ni just nak kongsi rasa gembira teramat sebab bestfriend aku dah selamat menjadi isteri orang dengan sekali lafaz pada hari Jumaat lalu. Hari Sabtu kenduri sebelah perempuan dan Ahad pulak kenduri sebelah lelaki.


Disebabkan aku ni kan minah kepoh dan penyebok setiap kali kawan-kawan kenduri, maka kat kenduri bestfriend aku ni pun aku menyebok gak la kan. Dah kata bestfriend. Haruslah aku menyemak jugak. Memang wajib la. Dari malam sebelum hari nikah lagi aku dah menyebok pergi rumah beliau tolong-tolong apa yang patut.


~Lepas Akad Nikah~


Aku ni jenis suka meraikan kawan-kawan pada hari bahagia dorang. Bukan bestfriend pun kalau aku boleh tolong aku memang akan tolong. Tak mengharap pun apa-apa dari dorang. Asal dorang berterima kasih dan menghargai aku tolong depa tu sudah la. Jangan masa tu je baik kemain, pastu belakang aku ngumpat ngata aku ni menyebok masa hari kenduri dorang. Itu jenis kawan tak kenang budi punya. Memang menyesal sampai bila-bila la aku tolong kawan jenis macam tu. Orang tolong pun boleh lagi nak fitnah ngumpat. Haishh. Perangai pelik-pelik.


~Kenduri Sebelah Pengantin Perempuan~


Eh? Melalut pulak. Meh sambung balik cerita pasal wedding bestfriend aku. Hari Jumaat tu beliau nikah pagi. Jadi aku ambil halfday, petang baru aku masuk kerja lepas selesai kenduri nikah. Hari Sabtu dan Ahad dari pagi sampai selesai majlis la aku sebokkan diri. Hari Sabtu ditugaskan jadi banker simpan semua sampul duit yang tetamu bagi. Bestfriend aku amanahkan aku. Terima kasih sebab percayakan aku untuk jadi banker. Hari Ahad pulak jadi driver bawa pengantin dari Penang ke Kamunting. Terima kasih jugak sebab percayakan aku untuk jadi driver korang. Maaf la kalau aku bawak laju nak mampos. Keh3.


~Majlis Sebelah Pengantin Lelaki. Aku terselit kat tengah2. Hoi! Apasal aku pendeks sangat ni? Sket lagi nak sama tinggi kerusi. Haishh..(-_-")~


Sebenarnye kan, ada satu rahsia aku tak bagitahu kat bestfriend aku ni. Masa selesai je lafaz akad tu, aku rasa sebak sangat-sangat. Satu sebab aku gembira akhirnya setelah beliau menempuh pelbagai dugaan sepanjang 2 tahun bertunang, beliau sah jadi isteri kepada lelaki yang beliau sayang dan cinta itu. Lagi satu sebab pasni aku dah takde kawan nak bergosip. Gile hape nak ajak bini orang bergosip. Dosa la weh! Sian kat laki beliau nanti. Haha. 


Lastly, Tahniah sayang! Semoga berbahagia dan dirahmati Allah selalu. Semoga perkahwinan berpanjangan dan jangan nakal-nakal lagi dah. Jadi isteri orang kena behave ok! Kalau nak berhuya-huya dengan aku n Amal kena mintak izin laki hang dulu. Kami takpe sebab kami masih anak dara dan bujang trang tang tang. Hek3. Apa-apa pun, aku sayang hang sangat-sangat. Selamat Pengantin Baru Peah! Haha.


~Me with my lovely bestfriend, Yanti a.k.a Peah. I LOVE U dear!~


Bisik2:: Time aku nanti sape la kawan-kawan aku yang nak volunteer tolong eh? Semua dah pakat bawak anak kederet kot time tu. Hua3.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 8 June 2011

~Wordless Wednesday #1 | Sanggup Bayar?~

Assalamualaikum. Hai!




Bila tengok kat dashboard ramai blogger yang aku follow buat entry macam ni, rasa berminat pulak nak join. Aku adalah penge'like' yang ke 330 Page Wordless Wednesday. Jadi ini adalah entri aku yang pertama untuk Segmen Wordless Wednesday.










Wordless Wednesday ialah di mana pada setiap hari Rabu, semua blogger hanya meletakkan gambar sebagai entry tanpa sebarang penjelasan diberikan untuk menerangkan tentang gambar tersebut. Lantak la pembaca nak describe camne pun tentang gambar tu. Wokeh!



Bisik2:: First time entry aku takde bebelan panjang berjela. Layan je la. ^_^

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 7 June 2011

~Nama Glamer~

Assalamualaikum. Hai!



Setiap orang mesti ada nama glamer sendiri kan? Ala..orang kampung cakap 'nama timangan' takpun 'nama samaran'. Kiranya nama panggilan yang lain dari nama sebenar seperti dalam surat beranak @ kad pengenalan. Aku konfirm semua orang ada nama glamer memasing. Kalau takde tu menipu sangat la nampak gayanye. Takkan la skema sangat kot sampai takde nama glamer. Tak pernah lagi aku jumpa.




Aku sendiri berlambak-lambak nama glamer. Dari nama sebenar aku tu, ada la dekat 6 jenis nama glamer aku dapat. Jenis ke weh? Ah..tibai je la. Kui3. Nak tahu ke apa nama glamer aku? Ni ha nama glamer aku - Noor, Sha, Shada, Ada, Shahada, Sakdah. Kawan-kawan paling ramai panggil aku Sha atau Shada. Kalau yang baru-baru kenal, aku selesa orang panggil aku Shahada.


Yang paling lain dari yang lain panggilan nama glamer aku ialah Sakdah. Itu adik-beradik aku je panggil eh. Korang jangan ngengada nak panggil. Aku side-kick kang. Sebenarnye aku takbleh orang luar panggil nama tu. Sensitip oo. Aku pun pelik. Ntah dari mana datang nama Sakdah tu. Jauh benau bunyinye dari nama sebenar aku.




Dulu masa aku Form 6, dalam kelas aku sorang je perempuan Melayu. Jadi, bebudak Cina tak berapa reti nak sebut nama aku. Selalu dorang panggil aku Sahahada. Penat aku nak betulkan sebutan dorang kekadang. Last-last dorang panggil aku S-HAHA-DA. Kuang asam je. Apa ke payah sangat ke nak sebut nama aku ha? Agaknye lidah dorang memang pelat kot eh? Tapi, orang melayu pun selalu tersasul sebut nama aku Syuhada. Kenapa eh? Nama Shahada kurang orang guna agaknye eh? Agaknye la kot.






Tapi nama glamer aku tu takde la pelik mane sangat kan? Biasa-biasa je tu. Ada orang yang nama glamer die lagi pelik bebenor bunyinye. Kadang-kadang kite dapat nama glamer ni dari kawan-kawan atau orang di sekeliling kita. Misal kata dalam satu komuniti tu, ada beberapa orang yang nama sama. Contoh macam kat kampung. Ada 2 orang nama Hassan. Jadi nak bezakan mereka berdua tu, sifat fizikal mereka la yang dikaitkan. Contoh macam Hassan Pendek dan Hassan Renjong. Jadi senang orang nak bezakan. Betul tak?




Kalau nama glamer dikaitkan dengan sifat fizikal yang tak memalukan takpe lagi. Boleh lagi diterima. Tapi orang kita ni lagi suka panggil nama glamer yang dikaitkan dengan sifat fizikal yang 'kurang' pada individu tu. Ala, contohnye macam Fatimah Juling, Halimah Jongang, Rizal Capik, Atan Sumbing dan macam-macam lagi la. Macam drama swasta kat tv tu la kan. Siap ada lagu bagai. Macam menghina kekurangan orang tu pulak. T_T


Ada tu kadang-kadang dikaitkan dengan sesuatu yang biasa dilakukan @ pekerjaan individu tu. Tetibe aku teringat kata-kata salah sorang sahabat lelaki aku masa kami lepak sama-sama dulu. Masa tu semua lelaki dan aku sorang je perempuan. Kami singgah makan sebelum gerak balik ke Penang lepas habis Kursus Keusahawanan Multimedia kat Kolumpo.


Kami dok sembang pasal kerja. Ada sorang sahabat aku ni pernah kerja dengan pejabat veterinar dan dia kena incharge bahagian ba-alif-ba-ya a.k.a babi. Tapi dia dah berhenti la. Kalau aku kat tempat dia pun aku berhenti jugak kerja tu. Tak sanggup oh! Tengah-tengah bersembang tu tetiba sorang lagi sahabat aku ni menyampuk. "Nasib baik hang dah berhenti kerja situ. Kalau tak mesti orang panggil hang Amir Babi." Bersembur gelak kitorang semua masa tu. Macam mana ntah die boleh terfikir sampai ke situ. Haishh.




Tapi ada betulnye jugak la. Kalau kerja jaga lembu orang panggil Atan Lembu. Kalau kerja jaga kambing orang panggil Atan Kambing. Segala jenis menatang pun boleh dorang kaitkan dengan nama kita. Betul tak? Itulah orang kita. Bab nak bagi nama glamer kat orang memang cerdik. Ada-ada je kan? Tak kisah la nak panggil ape pun. Asalkan nama glamer tu tidak menjatuhkan air muka seseorang. Jadi kalau nak bagi nama glamer kat orang, sila lah jaga sensitiviti orang tu jugak. Jangan ikut sedap korang je nak panggil. Hormat orang sket.


Haa..korang ade ke nama glamer yang pelik-pelik? Meh la kite kongsi-kongsi. Ekeke. Sebenarnye kan, aku ada satu nama glamer yang agak huduh bagi aku la. Nama glamernye 'Sakdah Bom'. Ini kakak aku yang bagi. Haha. Cube korang teka sebab apa aku dapat nama glamer tu. ;p






Bisik2:: Aku suka kalau orang sebut nama penuh aku. Sebab sebutan nama penuh tu macam satu doa buat diri kita jugak tau.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 5 June 2011

~Fenomena Seth Tan~

Assalamualaikum. Hai!



Aku pasti semua tahu tentang cerita yang tengah meletop-letop kat TV3 setiap petang Isnin-Khamis sekarang ni. Ala..drama bersiri 'NORA ELENA' tu la. Bila jam dah pukul 7 petang je semua dah tercangak depan tv. Ye dak? Sanggup hold dulu solat Maghrib tunggu cerita habes sampai pukul 8. Bukan ape. Takut terlepas moment sweet dan romantik nak mampos yang ada dalam drama tu. Betul tak? Betul tak? Ish3. Tak senonoh betul perangai. Lagha sampai lengahkan solat. *Mengata diri sendiri nampaknye. Huhuhu.



Disebabkan sifat romantik Seth Tan, semua perempuan tak kira la kaum isteri atau anak dara, mengidamkan lelaki seromantik Seth Tan. Merata-rata dok sok-sek-sok-sek pasal beliau. Semua pakat jatuh hati. Semua berangan nak dapat suami romantik macam tu. Tapi masalahnye, WUJUD ke lelaki macam tu? Tambah-tambah lelaki Melayu. Ada ke weh? Ada ke? Ofismate aku pernah cakap, kalau nak lelaki yang romantik, lelaki Mamak la yang bersesuaian. Lelaki Melayu tak romantik. Wakaka.



Kalau lah wujud lelaki macam ni, maksud aku suami romantik macam ni, mesti la takda dah kes suami pukul isteri kan? Takde la kes bini nak buat perangai pelik-pelik macam cari skandal kat luar, memberontak tak ketahuan hala dan macam-macam lagi yang boleh menggugat keharmonian rumahtangga, kan? Dah tu sepanjang masa rasa bahagia dapat layanan istimewa dan romantika de amor dari suami tersayang.




~Hensemnye woiiii~



Tapi semua tu hanya dalam drama je. Realitinye susah kot nak jumpa lelaki seromantik tu. Ada tu memang la ada rasanye lelaki macam tu. Tapi satu dalam sejuta kot. Mak oi. Melampau sungguh perumpamaan aku bagi. Ekeke. Itu tandanya kewujudan lelaki seromantik begitu adalah amat tipis bilangannye ye kawan-kawan. Sila terima hakikat itu. Kalau dapat lelaki jenis macam ni bertuah la badan weh.



Tetiba aku teringat ada sorang kawan lelaki aku cakap. Perempuan ni mudah sangat terpengaruh dengan drama. Apa yang jadi dalam drama tu kalau boleh nak jugak dijadikan realiti dalam kehidupan sebenar. Ada betulnye jugak apa yang die cakap tu rupanya. Tengok 'demam' akibat cerita Nora Elena ni dah la. Memang sungguh fenomena. Fenomena Seth Tan.



Tak percaya? Cuba type keyword 'Seth Tan' kat Google. Berlambak link belog yang tulis pasal Seth Tan kat belog memasing. Dan yang pasti penulis tu kebanyakannya perempuan. Eh? Aku pun termasuk jugak la ni kirenye kan? Ekeke. Nak lagi bukti sahih? Tengok berapa ramainye perempuan meroyan kat Fanpage Seth Tan ni. Perghh! Dashyat betul penangan Seth Tan. (^-^)





Bisik2:: Semua perempuan mengidamkan lelaki yang romantik jadi suami kot. Ye dak?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 4 June 2011

~Hadiah Perkahwinan~

Assalamualaikum. Hai!




Memandangkan musim cuti sekolah ni banyak sangat kenduri kahwen berlangsung, mesti ramai yang pening-pening lalat nak bagi hadiah apa kat pengantin kan? Tambah-tambah pengantin tu sepupu-sepapat dan kawan-kawan sendiri pulak. Kalau jemputan dari jiran-jiran ke, orang kampung ke, orang setaman ke, tak pening sangat nak fikir. Bagi je sampul berisi duit, sedekah untuk pengantin. Tak bagi hadiah pun takpe. Kalau sepupu-sepapat dan kawan-kawan yang dikenali rapat ni, kurang-kurang kena la bagi hadiah kan masa hari kahwen dorang. Ye dak?


Aku pun kadang-kadang pening jugak mikir hadiah nak bagi kat pengantin. Dulu masa belajar lagi dan belum bekerja, kalau ada kawan-kawan yang kahwen aku cuma hulur sampul duit je la. Bubuh la dalam lingkungan RM2-RM5. Tak mampu la nak bagi banyak-banyak masa tu. Kalau kawan aku tu perempuan, aku sukarela pergi tolong dia urus apa-apa yang patut tentang hal kenduri. Jadi hadiah boleh skip bagi sebab aku dah hadiahkan masa dan tenaga aku pergi tolong dia. Lagi istimewa tu. Huahuahua.


Tapi sekarang bila dah kerja ni, paling kurang kena beli hadiah le. Kang kata aku kedekut piang pulak. Walaupun realitinya memang aku kedekut pun. Huhu. Untuk membahagiakan dan menghargai kawan-kawan yang dah menempuh alam rumahtangga ni kena la aku tolak ke tepi sifat kedekut aku tu. Hadiah yang selalu menjadi pilihan aku tentulah BUKU. Buku motivasi atau yang islamik tentang alam rumahtangga. Kemain tau beli hadiah buku macam tu aku ni. Sendiri pun tak baca. Ekeke.


Bukan ape. Aku rasa kalau bagi buku ni lagi berbaloi kot. Ilmu tuh. Kiranya aku hadiahkan ilmu untuk pasangan suami isteri ni. Bila dorang baca buku aku beli tu dan ingat isi-isi dalam buku tu dan amalkan dalam kehidupan mereka suami isteri, aku dapat share saham pahala. Sebab aku yang hadiahkan buku tu kat dorang. Huahua. Bijak tak aku? Memang pon. *Perasan. Wekk.




*Pinjam kat sini*


Kenapa aku tak beli hadiah lain macam pinggan ke gelas ke jag ke cawan ke semua tu? Sebab nanti sama dengan orang-orang lain jugak. Taknak la. Tak ganjil langsung. Aku mesti la nak lain dari yang lain. Baru orang ingat kat aku. Kat dalam buku tu kan aku boleh conteng ucapan tahniah dan tulis doa untuk dorang. Siap boleh sign lagi macam buku tu aku yang tulis kengkonon. Wahaha. Jadi bila dorang sentuh buku tu dan baca, konfom dorang ingat kat aku kan? Walaupun dorang hanya ingat nama aku je. Kira ok la tu.





Tapi selalu pengantin ni masuk rumah baru dalam rumah kosong takde mende2 lagi kan? Lain la kalau dorang stay rumah mak bapak lepas kahwen. Tu lain cerita. Ni yang dah beli atau sewa rumah sendiri. Jadi boleh lah korang hadiahkan peralatan basic untuk rumah dorang tu. Kalau korang ade budget lebih, boleh la beli perkakasan dapur. Macam periuk nasi, heater, oven, cerek letrik, toaster, atau juice extractor. Kalau terlebih kaya dan budget banyak beli le peti ais. Ekeke. Oh! Boleh jugak hadiahkan peralatan dalam bilik macam cadar. Atau perhiasan rumah macam frame ke hiasan dinding ke.




Banyak sebenarnye pilihan yang ada untuk kita belikan hadiah nak bagi kat pengantin. Kalau aku memang tetap pilih BUKU la. Walaupun murah dari hadiah-hadiah yang lain tu, tapi aku rasa ia lebih berbaloi. Kira macam saham untuk akhirat aku nanti la. Apa-apa pun ikut budget masing-masing yang ada la kan? Kalau tak mampu jangan paksa diri. Sedekah duit pun dah ok walaupun sedikit. Jangan pulak bagi sampul kosong. Sian kat tuan rumah. Jahat beno perangai. Bagi ikut kemampuan. Yang penting ikhlas.




Bisik2:: Kadang-kadang pengantin bukan mengharap sangat pun dapat hadiah. 
Yang penting orang datang meraikan mereka pun dah cukup sebenarnye.
Ye ke? Bukan orang sekarang materialistik ke? Ekeke.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Friday, 3 June 2011

~Jangan BERALASAN bila ditegur supaya bertudung~

Assalamualaikum. Hai!




Tempoh hari aku pernah berbicara tentang "Kenapa isu bertudung selalu jadi topik HOT?". Sekadar memberikan pandangan dari sudut pengalaman dan pemahaman aku tentang fesyen bertudung yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Bukanlah nak tunjuk hebat atau kecam sesiapa. Cuma memberikan sedikit perspektif dari kaca mata aku yang melihat situasi blogger yang suka mengecam wanita muslimah yang bertudung tapi berfesyen melebih-lebih dan tidak mengikut syarak.




Memang sepatutnya mereka ini ditegur supaya sedar dengan kesilapan mereka itu. Cuma biarlah kena pada caranya. Bukan dengan cara terlalu kasar dan mencarut serta mencaci maki mereka. Salah tu. Bagi aku Islam adalah agama yang lembut. Nabi SAW sendiri menegur isteri-isterinya, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya dengan cara berhemah dan lemah lembut jika mereka melakukan kesilapan. Tapi itulah, sikap kita sebagai manusia ni kan suka sangat mencari kesalahan orang lain kemudian menghukum sesuka hati. Itu kelemahan kita.



Oh! Kali ni aku cuma nak berkongsi cerita bagaimana aku mula bertudung. Semoga dapat membuka matahati mereka yang masih belum bertudung dan pakai tudung on-off sesuka hati. Bukanlah aku nak memperlekehkan mereka yang tidak bertudung ini. Sedikit pun tiada sikap prejudis terhadap mereka. Aku sendiri berkawan dengan ramai yang tidak bertudung. Cuma janganlah suka memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah bila ada orang menegur dengan cara baik suruh kamu bertudung.





"Belum sampai seru lagi. Nanti la.", Belum dapat hidayah la weh!", "Nanti dah tua aku pakai la, sekarang nak enjoy dulu.", "Kau sebok2 apsal? Mak kau dulu pakai tudung umur berapa?", "Kubur masing-masing la", "b*b*! p***m**! c*b**! Lantak aku la nak pakai tudung ka taknak!", "Nak pakai tudung mana boleh paksa-paksa la weh. Suka hati aku la nak pakai ke tak. Mak bapak aku pun tak paksa" dan macam-macam lagi. Banyak sangat alasan. Tak kurang jugak yang maki-maki balik orang yang menegur mereka secara baik. Hmm.




Ok. Kita stop persoalkan tentang itu. Lagipun dah ramai yang tulis dan menghuraikan tentang alasan tipikal mereka yang tidak mahu bertudung ni. Taknak la aku tulis lagi. Meh aku cerita kisah aku mula bertudung eh. Buat pengetahuan korang, sejak kecil aku belajar tentang agama Islam hanya dari guru agama di sekolah rendah (SR) dan kelas fardhu ain di sekolah agama rakyat (SAR). Sebab apa mak abah aku sendiri yang tak ajar? Mesti korang heran ek? Takpe. Kat bawah ni aku akan jelaskan apa sebabnya.




Sebab utama yang aku pasti ialah arwah abah SEORANG MUALAF yang sedang belajar juga tentang agama Islam. Mak aku pulak tidaklah mendalam ilmu agama nya macam seorang ustazah. Masa zaman muda mudi beliau bukan bertudung pun. Aku pun tak ingat mak pakai tudung sejak bila. Jadi beliau pun sedang mendalami ilmu agama juga masa tu. Walaupun begitu, aku bersyukur sebab mereka tidak lupa tanggungjawab memberikan ilmu agama untuk aku dengan menghantar aku ke kelas fardhu ain semenjak umur 7 tahun.




Kenapa aku bertudung? Sejak bila aku mula bertudung? Sejak darjah 3 lagi aku dah mula tertarik nak pakai tudung. Sebab aku suka dengan ustazah yang ajar pendidikan islam kat sekolah rendah. Terus rasa nak pakai tudung bila ke sekolah. Memang la masa darjah 1 dan 2 aku ada gak pakai tudung. Tapi itu hanya masa pergi kelas fardhu ain kat sekolah agama rakyat je. Kat sekolah rendah tak pakai pun lagi masa tu. Rambut mengerbang tak ketahuan hala je. Dah rupa macam budak lelaki pun ade gayanye sebab rambut pendek. Hoho.





Alhamdulillah aku mula bertudung masa aku menginjak umur 9 tahun. Masa tu aku bukannye tahu pun kewajipan menutup aurat. Tapi aku rasa selesa bila pakai tudung. Macam syok gitu. Terasa COMEL macam ustazah yang aku minat tu. Lepas tu rasa kemas dan ringan kepala sebab rambut tak mengerbang macam Hantu Kak Limah dah. Haha. Masa zaman aku sekolah dulu tudung tidak diwajibkan lagi. Ikut atas kehendak dan keselesaan sendiri. Makanya kerana ingin bertudung, mak cuma bagi aku kain skarf putih 4 segi yang kemudian dilipat menjadi 3 segi untuk dipakai pergi ke sekolah.




Bertudung lah aku sehingga kini. Dan aku berterima kasih kepada ustazah itu kerana kelembutan tunjuk ajar dia, membuka hati aku untuk bertudung seawal usia 9 tahun. Tapi masa sekolah rendah tu on off jugak la. Bila dah meningkat remaja dan dah akil baligh tak on-off lagi. Wajib pakai tudung pergi mana2 pun. Sebab dah tahu hukum menutup aurat. Rambut kan aurat wanita jugak. Alhamdulillah setakat hari ini tak pernah terlintas di hati aku nak free hair di luar. Walaupun di kawasan perumahan ni aku tetap jugak bertudung. Cuma kat rumah aku je la kepala aku dogol. ;p



Itulah kesahnye bagaimana aku mula bertudung. Kenapa aku masih kekal bertudung? Sebab aku tahu itu kewajipan aku. Lagipun aku bertudung bukan paksaan dari sesiapa malah bukan paksaan dari mak atau arwah abah aku. Tapi semuanya bermula dari kemahuan hati aku sendiri. Alhamdulillah sebab dari kecil hati aku dah terbuka untuk bertudung. Mungkin sebab tu, ia berkekalan sehingga kini dan tidak pernah terdetik untuk menanggalkannya. InsyaAllah. Semoga Allah melindungi dan perkukuhkan iman di hati aku.





Akhir kata, buat yang masih mencari sinar dan belum terbuka hati nak pakai tudung tu, berusahalah ke arah itu. Kita kena berusaha kalau nak buat sesuatu yang baik. Bukan kena menunggu dapat hidayah la seru la. Takde istilah macam tu. Lagipun dah akil baligh kan? Dah boleh fikir baik buruk. Dah tahu hukum hakam. Kita kena ingat yang diri kita sangat beruntung dilahirkan dalam Islam. Allah dah buka jalan seluas-luasnya untuk kita mendalami agama itu tanpa apa-apa halangan pun. Cuma kita yang malas dan selalu terlupa dengan keistimewaan yang dah Allah kurniakan tu.




Aku pun masih memperbaiki diri aku jugak. Bukanlah nak kata aku ni dah cukup sempurna. Masih ada lagi kekurangan yang perlu aku perbaiki dari semasa ke semasa. Bertudung memang wajib bagi seorang muslimah. Dengan bertudung insyaAllah kita terpelihara dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan dilarang Allah. Harap korang pun sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik ok! Jangan BERALASAN bila ditegur supaya bertudung. Kurangkan memberi alasan tapi cuba memuhasabah diri dan perbaiki. Minta maaf kalau ada yang terasa dengan entri aku ni. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Wassalam.




Bisik2:: Sebenarnya yang free hair tu bila dia bertudung nampak manis je, kan?


*Gambar adalah carian dari Google.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com