Monday, 24 January 2011

~Date dengan Encik Amir Fahmi tengok filem KHURAFAT~

Hari Sabtu tempoh hari lepas balik kerja, aku keluar nge'date' dengan BFF aku encik Amir Fahmi. Huh? Cik Sha keluar dengan laki lain? Curang eh? Hoit! Nak kena debik dengan aku? Memandai je buat fitnah eh. Tak baik tau. DOSA! Ekceli aku bukan keluar berdua pun dengan encik Amir. Kami keluar berempat lor. Encik Amir usung 2 orang adik perempuan beliau ikut sekali. 




Nak mampos keluar berdua? Kang cik awek beliau yang jauh kat KL tu ngamuk pulak kat beliau. Tak baik oo buat 'rumahtangga' orang bergoncang. Hak3. Aku pun dah bagitau kat encik CH la. Beliau pun dah aku kenalkan dengan encik Amir ni face to face tahun lepas. So, takde masalah di situ ye. Lagipun encik Amir tu BESFREN aku la weh. Mane ada heart2 feeling nih.


Ok2. Sambung balik. Kami janji nak jumpa kat Jusco Perda je. Aku sampai dulu dari tempat kerja. 40 minit kot tunggu beliau dengan konco2 beliau tu sampai. Hadoi. Nasib baik tak berjanggut aku tunggu. Siap aku terlentok2 kat kerusi nak tertidur. Penat tengok gelagat orang keluar masuk kedai kasut Vincci depan kerusi aku lepak tu. Eh2! Tapi sebelum tu aku dapat cuci mata tengok seorang-muslimah-yang-pakai-tudung-tapi-kain-kat-belakang-terbelah-sampai-kat-montot-nampak-kaki-sampai-peha-walaupun-berstokin. Seksi kot. Aku geleng2 pale je la. Istighfar dalam hati. Fesyen die kot. T_T





Bile encik Amir dan konco2 nye sampai, kami pun decide la nak tengok wayang. Memula aku nak ajak beliau tengok FASTER, tapi beliau kata beliau dah tengok. Hampeh je. Beliau ajak tengok cerita hantu thai, PARANORMAL kot tajok die. Tapi TGV tak tayang la pulak hari tu sebab cuma 5 cerita je yang dorang tayang. Last2, decide tengok KHURAFAT. Memula aku sebenarnye takde rase pun nak tengok. Tapi bile mengingatkan review ramai blogger yang kata best, tergerak la jugak hati nak tengok best tara mana la filem tu. Encik Amir yang tak layan filem Melayu kat panggung pun terpaksa akur sebab cerita tu je la yang ada yang macam best kot. Adik2 beliau ikutkan je. Kami kan the eldest. So adik2 kena menurut perintah. Kui3.


Tapi kan, aku rasa macam aku tak tengok cerita seram pon. Asyik gelak je manjang. Hadoi. Keras perot aku gelak dengan encik Amir ni. Lain kali takmau dah ah tengok filem hantu melayu dengan beliau. Ntah hape2. Tak suspen betol. Cite seram jadi lawak pulak. Haha. Tapi bagi aku la kan, filem Khurafat ni takde la SERAM mana sangat pun. Cuma banyak scene terkejot2. Tetibe antu muncul. Tapi hantu die sedikit scary la kot. Aku asyik tutup2 mata je time antu tu nak muncul sebab boleh agak time bila antu nak keluar. Wahaha. Meh aku nak kasi review sket pasal movie tu. Ini pandangan peribadi aku je la. Lain orang lain la pandangan kan. So, layankan je la.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

POINT #1
*Encik Amir cakap antu die macam JU-ON asyik nak merangkak2. Pastu suke muncul kat sebelah tepi, sebelah atas, celah2 lemari/tingkap, peluk tetibe kat belakang. Bile antu muncul je mesti part tu macam sunyi je pastu tetibe keluar terjengol. Haha. Sebab tu aku dah prepare tutup mata siap2 dengan beg. Rupe antu tu pun aku tak tahu camna sebab aku tak tengok. Encik Amir la yang bagitau. Kui3.




POINT #2
*Mimpi banyak sangat. Tengah suspen2 rupanya mimpi je. Huk aloh.


*Hantu mai kot atas*


POINT #3
*Aku rasa part pak imam p halau antu dalam badan pak-apa-ntah-nama-dia-aku-tak-ingat tu, surah Al-Hashr yang dia baca tu sedikit tak betol la. Alahai..yang "Lau anza nal quran na 'ala jabalil..." tu. Sebab aku hafal ayat tu. Itu ayat pendinding ye kawan2. Banyak yang die tertinggal rasanye. Memang dengar masa die baca tu macam sedap je sebutan kan sebab bunyi die baca tu sedap tapi tu la ada kesilapan. Hmm. Tak tahu la kot aku je yang tak dengar betol2 sebab part tu macam bising sangat. T_T




POINT #4
*Yang ni ketara la sangat nampak dalam semua cerita antu melayu tak kira la filem ke drama. Apsal la suka sangat biarkan pintu/tingkap ternganga terpelahau luas2 memalam buta? Tak paham betol aku. Bukan ke time senja orang dah tutup pintu/tingkap semua. Hadoi. Tensen betol rase! Tetibe aku yang tensen kan? Hahaha.




POINT #5
*Yang ni memang aku pelik gila. Apsal si Johan (Shamsul Yusof) tu bila nampak je antu mesti dia terkelu lidah pastu pejam mata rapat2 pastu terketar2 je? Takde pun berzikir ke, azan ke, baca surah ke, ngucap ke. Terus je terkaku. Aku komplen jugak la kat encik Amir. Pelik bebenau rase. Sebab die ada je jadi pak imam dalam solat. Konpius betul! @_@



*Hantu mai kot tepi*

POINT #6
*Encik Amir berleter bila part si Johan tu angkat mayat bungkus tu pas eksiden tergolek2. Apsal tak angkat kawan die ke telepon orang ke? Eh, encik Amir ni. Dah tu nama pun filem. Aku cakap je "Die pegang amanah tu. Kan mak si Anna dah amanahkan kat die urus jenazah Anna sampai selesai." Wakaka.




POINT #7
Aku pelik camne si Johan tu boleh pulak terlupe yang die ada kasi minyak dagu kat mek'ah Anna tu. Oh! Die kan dah insaf. Lupe pulak aku. Huehuehue.




POINT #8
Gila scary tengok part Anna kelar tapak tangan dengan tujah2 lutut dia. Huwaaaaaa. Macam real oh!



*Hantu mai pelok2 kat belakang*

POINT #9
Encik Amir cakap Anna memang sesuai jadik hantu sebab rambut die mengerbang 24jam. Tak reti nak sikat rambut gamaknye. Hak3.




POINT #10
Aku pelik sebab senang2 je Johan boleh masuk rumah Anna dan kawan2 die tu. Depa ni jenis tak kunci rumah kot kan? Selambe badak je Johan boleh masuk.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Eh? Cukup2 la tu 10 je. Malas dah aku nak review. Tak ingat sangat jalan cerita. Dah 3 hari kot aku p tengok. Kui3. Overall filem ni ok la kot. Filem seram pertama yang si Shamsul Yusof ni bikin. Kire berjaya la tu. Dah dapat RM juta2 pun. Aku pun salah sorang penyumbang dalam juta2 tu kan. Ye la kata nak sokong industri perfileman Malaysia. Haha. Oh oh! Untuk filem KHURAFAT ni aku boleh kasik 5 dari 10 je la. Cukup cukup cukup. Hahaha. Rabu ni nak ronggeng dengan Aini pas balik kerja tengok movie Faster pulak. Yeay!



Bisik2 :: Ada bakat tak jadi pengkritik filem? Huahuahua.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Thursday, 20 January 2011

~Kenapa kita suka MENGUNGKIT pada ibu bapa?~

Sebagai anak, patutkah kita mengungkit bila kita perlu mengeluarkan sedikit duit belanja untuk menyara ibu@bapa kita? Aku rasa perkara ni sangat la tidak harus berlaku. Apa la sangat kan kalau kita membelanjakan sedikit hasil duit gaji kita untuk parents. Aku rasa tak luak pun. Lupakah kita pada jasa dan penat lelah mereka masa kita kecil2 dulu. Mencari rezeki untuk besarkan kita, beri kita makan dan pakai, hantar ke sekolah dan beli apa saja yang kita mahu.


Misal kata, kalau kita mula bekerja pada umur 23 tahun selepas habes belajar, selama 23 tahun sebelum ni dari kecil sehingga habes belajar siapa yang mengeluarkan perbelanjaan untuk kita? Bukan ke mak bapak kita jugak? Ok, fine! Masa belajar kat U kita dapat pinjaman/biasiswa. Tapi cukup ke pinjaman/biasiswa tu nak tanggung kita? Mesti tak cukup kan? Jadi pada siapa kita pergi untuk minta tampung perbelanjaan yang tak cukup tu? Takkan la nak p mintak kat ALONG pulak kan. Mesti la ibu bapa jawapannya. Betul tak?


Lainlah kalau korang tu jenis yang berdikari sendiri taknak susahkan mak bapak. Pandai cari duit sendiri. Macam aku dulu time study. Kesian kat mak aku. Dia pun tetiap bulan dapat duit pencen arwah abah je. Jadi taknak nyusahkan beliau, aku buat bisnes sendiri kat kampus. Buat servis printing dengan format laptop. Duit2 hasil dari tu la tanggung perbelanjaan aku kat kampus. Cuma kadang2 kakak aku akan beri duit belanja RM100 untuk sebulan kalau die ada budget lebih. Tapi korang ingat cukup ke RM100 sebulan? Sebab tu la aku buat bisnes.


Berbalik kepada topik. Jadi, kenapa baru je mula bekerja bila mereka minta kita bantu sikit dari segi kewangan kita dah merungut dan mengungkit? Apa la salahnya kita hulurkan sedikit hasil titik peluh kita untuk mereka. Orang kata AMBIL BERKAT. Mana tahu, bila hati ibu bapa kita gembira dan redha, mereka akan doakan yang terbaik buat kita dan hidup kita pun bertambah bahagia. Kerjaya kita pun makin meningkat prestasi. Ada rezeki dapat kenaikan gaji @ pangkat. Doa ibu bapa kan mustajab. Tambah2 doa seorang ibu.


Sebab tu kita kena selalu ingatkan diri sendiri. Muhasabah diri setiap hari. Dalam hidup ni kalau nak bahagia kena dapat keberkatan. Keberkatan nak dapat dari mana? Sentiasa la berbuat baik dengan kedua orang tua kita. InsyaAllah, dapat la keberkatan dalam hidup bila mereka sentiasa mendoakan dan meredhai kita. Redha ibu bapa juga redha Allah. Tak pernah dengar? Meh aku share satu hadis.


Daripada Abdullah Amru, Rasulullah s.a.w bersabda:
Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.
(Hadith Riwayat Tarmizi)


Jadi, kalau nak keberkatan dalam hidup, dapatkan redha ibu bapa untuk memperolehi redha Allah. InsyaAllah, hidup kita tidak dilanda masalah2 yang tak mampu untuk kita hadapi. Aku cukup pantang kalau dengar anak2 mengungkit bila ibu bapa minta tolong bagi sikit perbelanjaan untuk tampung kehidupan tua mereka sehari-hari. Bukan la orang tua tu nak mintak banyak mana sangat pun. Kadang2 mereka tak mintak pun tapi kita kena la faham2 sendiri. Dapat sikit pun mereka dah cukup bersyukur rasanya.


Ini tidak, asyik nak mengungkit lepas tu marah2 herdik2 pulak orang tua tu. Konon2 menyusahkan. Hello! Dah lupa diri ke sape yang lahirkan, besarkan dan sara kehidupan kita masa kecik2 dulu? Lain la cerita kalau time kecik2 dulu dah memang anak yatim. Takpun ibu bapa kita ni 'perangai' pelik sikit. Tak didik kita betul2. Ini ibu bapa sikit punya baik, beri didikan seelok2nya pada kita, pelihara kita macam tatang minyak yang penuh. Bila dah besar lupa diri pulak. Haishhhh. Emo betul aku.


Maaf la ye kawan2. Ini sebab aku emo tengok drama Jangan Hantar Aku ke Neraka semalam kat tv9. Terbawa-bawa sampai hari ni. Tak puas hati selagi tak membebel kat belog. Wahaha. Tapi betul la weh. Berlambak kot anak2 yang 'kureng' macam tu. Aku memang geram kalau anak2 ni kurang ajar dengan mak bapak die tambah2 kalau mak bapak yang dah tua dan jenis baik2 ni. Boleh mendatangkan kemarahan aku. Kui3. Sabar cik sha sabar. Drama je kot. Tapi drama kan realiti kehidupan kita jugak kadang2. Itu la pasalnye.


Bisik2:: Jangan jadi anak durhaka ye. Jaga kebajikan ibu bapa kita selagi kita mampu.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 17 January 2011

~Pantang larang SIREH JUNJUNG~

Assalamualaikum. Hai!




Malam ni baru berkesempatan nak update belog. Konon hari Sabtu nak update belog banyak2. Tapi hampeh je. Tak update pun. Kui3. Nak buat camne. Tetiba kemalasan melanda diri. Hari Ahad pulak busy sepanjang hari. Pergi kenduri tunang, adik besfren. Nanti aku cerita jap lagi. Pastu petang lak pergi ziarah wife besfren dengan baby beliau, sekali kena angkut pergi makan2 dengan dorang. Malam dah tentu2 la aku terbungkang letih dan kekenyangan. Sebab tu la tak ter'update jugak belog semalam. Huehuehue.


Oh ye! Tadi masa lunch break, aku keluar makan dengan anyss@GKSB. First time jumpa kawan blogger. Teruja kot. Kui3. Beliau student dalam USM. Aku pulak kan kerja dalam USM jugak. So boleh la jumpa. Dah lama kot rancang nak jumpa. Tapi baru siang tadi ada peluang. Tadi lunch beliau yang belanja. Camne ni? Student belanja orang dah kerja? Tak malu betul cik sha ni. Huahuahua. Takpe2. Next time let me treat her. Belanja tengok wayang ke main boling ke. Syok jugak kan? Tadi pun jumpa jap je. Tak sempat nak sembang banyak2. Anyss! Nanti kita pergi ngedate eh?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aha! Meh nak cerita pasal hari pertunangan adik besfren aku semalam @ 16-1-2011. Nama manja beliau Cha. Masih belajar lagi kat UPSI. Bulan 6 ni baru abes. Bakal cikgu sukan nih. Hebat main hoki. Tunang beliau pun cikgu jugak. Dah start mengajar kot. Mereka akan dinikahkan awal bulan 5 ni dan kenduri bulan 6. Bila dah kahwen nanti time Cha kena posting lepas habes belajar, takde la kena hantar jauh2 kan? Hehehe.


Ehem! Macam biasa la kan. Aku kalau menyebok kat hari bahagia orang ni suka bebenau jadi photographer tak berbayar. Saje je amik gambar suke2. Mana tahu boleh buat portfolio bile tergerak hati nak buat bisnes photography. Kan2? Sebenarnye ada benda yang aku nak story ni ha. Pasal satu 'mitos' yang telah disampaikan oleh seorang makcik masa die datang ucap tahniah kat Cha. 'Mitos' ape? Kejap lagi aku cerita. Sebelum tu meh kita layan gambar dulu.



*Bekas cincin dari pihak lelaki*





*Inilah si gadis yang bertunang tu, Cha*





*Cha dengan tunang beliau, Azizi*





*GAMBAR WAJIB! Cik belog interprem dengan cik pentunang. Huahuahua.*




Amacam? Hebat kan skill aku amik gambar? Nak buat camne. Aku ni memang ada penyakit perasan tahap tertinggi. Bersabarlah wahai kawan2 ku semua. Hik3. Oh oh! Hampir terlupa. Tentang 'mitos' yang aku cakap tadi. Sebenarnya macam ni, masa makcik tu ucap tahniah kat Cha, dia sembang2 la dengan anak2 dara yang ade kat situ jugak. Aku pun ada masa tu dok sebok snap2 gambar. Tapi telinga aku curi2 dengar jugak la apa yang dia cakap. Masa tu die dok belek2 hantaran dari pihak lelaki. Pastu bile die belek sireh junjung, keluar la 'mitos' berkaitan sireh junjung ni.


Kata die, nak buat sireh junjung ni ada pantang larang die. Sireh junjung ni tak elok pakai sireh yang plastik tu kalau nak buat. Konon2 itu adalah petanda burok. Ada satu kes, pihak lelaki datang meminang anak dara ni. Bawak la sireh junjung yang diperbuat daripada sireh plastik. Lepas tu lagi 2 bulan nak nikah, pertunangan dibatalkan dan tak jadi kawen. Kata makcik tu sireh junjung ni memang kena pakai sireh yang real punya. Cari la kat kedai india berlambak2 kata dia. Buat apa pakai sireh junjung plastik. Nanti jadi macam kes yang dia cerita tu. Oh! Sireh junjung dari pihak lelaki yang bagi kat Cha pakai daun sireh real.


Haa, korang nak percaya ke tak? Toksah la percaya benda karut marut ni. Sorry la sebab aku kata makcik tu cakap menda mengarut. Aku memang tak berapa 'masuk' sangat dengan kepercayaan yang pelik2 macam tu. Bagi aku semua tu kerja Allah. Jodoh pertemuan semua Allah yang aturkan. Kita hanya merancang. Macam kes yang makcik tu cerita tadi. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan pasangan tu putus tunang dan tak jadi nikah. Kita bukan tahu masalah yang mungkin mereka hadapi. Mustahil lah sebab sireh junjung plastik tu terjadinya peristiwa tu kan?



*Ini sireh junjung yang aku buatkan untuk kawan aku 2 tahun dulu*



Oh ye. Lupa nak cerita. Masa abang ipar aku datang merisik kakak aku dulu pun datang bawak sireh junjung plastik tau. Tapi akhirnya dorang bersatu jugak jadi suami isteri. Dah ade anak sorang pun. Sebab ape guna sireh junjung plastik? Sebab abang ipar aku datang dengan wakil die dari N9. Jauh tu. N9 nak sampai Penang dalam 6 jam kot. Mahu layu kalau pakai sireh real buat sireh junjung. Tu baru N9. Buatnye abang ipar aku suruh famili dia datang bawak rombongan dari Sabah time tu agaknye layu atas flight dah sireh junjung tu. Haha.


Jadi, gunakanlah logik akal. Dan jadikan Islam sebagai panduan. Jangan lah percaya sangat dengan 'mitos' dan kepercayaan yang pelik2 macam tu. Tak yakin dengan kerja Allah ke? Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin pasangan yang putus tadi takde jodoh antara mereka. Bukan sebab sireh junjung plastik tu. Hanya Allah saje yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Yakin dengan ketentuan Allah. Itu saje.


Tapi kan, satu je aku dok tertanya2 dari dulu. Apa motif sebenarnya kena bawak sireh junjung masa datang merisik @ meminang eh? Dalam Islam takde kan? Bukan benda yang wajib diadakan masa majlis merisik, meminang @ menikah kan? Kalau takde pun mesti tak jadi masalah rasanya kan? Itu cuma adat orang Melayu kan? Eh2, banyak betul 'kan' aku sebut. Haha. Sape tahu? Cuba explain sikit kat aku. Teringin nak tahu. Maklum la. Aku ni bukan melayu tulen. Jadi tak berapa nak tahu adat2 orang Melayu ni. Silalah jelaskan pada aku ye. Sekian mekaseh.



Bisik2 :: Tapi orang cakap, kalau anak2 dara yang nak cepat kawen, pergi curi sireh junjung tu pastu makan diam2 nanti boleh la kawen cepat. Percaya ke? Nah p baca huraian aku pasal makan sireh junjung ni kawen cepat ke tak dalam entri ni.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 15 January 2011

~CANTIK la tarikh tu!~

Haluu haluu. Hoi! Bagi salam la. Dok haluu haluu pulak die. Ihik! Hai semua..assalamualaikum. Ada yang rindu aku tak? Wasehh. Bajet HOT sangat la ingat orang nak rindu2. Kui3. Tapi Nora rindu aku kan? Tetiap hari tanye aku pergi mana. Kan Nora kan? Lebiu la. ^_^


5 hari aku diam dari membebel kat belog ni. Bukan hilang p mana pun. Ada je cuma tak sempat nak update belog sendiri. Busy sikit minggu ni dengan kerja. Hari2 pun balik lewat. Pukul 7 baru sampai rumah. Malam pulak baru je nak on laptop dah mata ni ha macam kena gam. Tak jadi on laptop terus terbungkang atas tilam. Wahaha.


Walaupun tak membebel tapi still bukak jugak sebab nak tengok update dari kawan2 blog yang lain. Masa kat opis. Kui3. Eh2! Bukan curi tulang la. Aku buka bile terasa tensen nak ngadap coding yang asek error je. Hoi! Menyampah betul la buat web untuk database ni. Tensen tahu bile coding tak jadi. Jadi aku buka la belog nak membaca sekejap bagi rileks otak. Membaca itu adalah perkara WAJIB dalam diari hidup aku setiap hari walaupun baca belog saje. Ingat bace belog tak dapat ilmu ke?


Aha..memandangkan hari ni cuti dan aku takde plan nak g mana2 maka aku nak update belog banyak2 la. Nak tulis entri berjela2 dan banyak2. Biar sampai muntah hijau korang nak baca. Masalahnye ada ke orang nak baca belog aku? Wahaha. Syok sendiri. Lantak la. Pedulik hape aku. Huehuehue. Mekaseh la pada yang sudi baca belog busuk aku ni eh. Sayang korang! Aku cadang nanti nak buat satu page untuk link semua belog yang follow belog aku sebagai tanda penghargaan buat followers aku walaupun takde la ramai mana pun. Mekaseh korang!


Sebenarnye kan, hari tu aku nak sangat update belog. Time kat opis takleh nak update. Kerja berlambak2. Cadangnye nak update malam la pas balik kerja. Tapi tak terupdate sebab tertidur. Sedih pulak sebab termiss tarikh tu. Wuu. Tarikh yang aku maksud kan tu sebelas satu sebelas @ 11-1-11. Cantik oh nombor tu.





Ni status aku pepagi bute sampai opis aku terus tulis kat pesbuk. Nyempat lagi tu. Kui3. Lepas tu ade la yang LIKE dengan komen2 status aku. Komen2 banyak yang lari tajuk pulak tu. Haha. Tapi yang tak boleh blah komen akak aku dengan abang ipar aku. Sengal betul. Perli aku la tu. Mentang2 aku belum kawen lagi. Ini yang rasa nak merajok ni. Wahaha.



*Errr..sakdah tu nama retro aku ye. Famili je panggil.
Korang jangan ngengade nak panggil aku nama tu. Tumbok kang!*







Tengok2. Saje je depa 2 orang ni nak perhangat aku tau. Hoho. Tapi ada aku kesah? Idak pun. Sabar2. Aku dengan encik CH dalam proses merancang. InsyaAllah sampai jodoh ada la berita baik yang akan aku sampaikan. Tunggu je la. Hehe. 


Aku ni kursus kahwin pun belum amik lagi nak kawen camne nye? Hoho. Eh? Tapi tarikh yang abang ipar aku sebut tu pun macam cantik jugak kan? Nanti nak check kalendar tengok hari ape. Kalau ngam boleh la mark siap2. Wiii. Uik? Nape nak mark2 lak ni? Ehem! Takde ape2. TUNGGUUUUUUUUUU. Senyum penuh makna. (^_^)


Tapi kan, sebenarnye tak elok le dok obses sangat dengan tarikh-tarikh ni. Boleh jadi menyimpang pulak nanti. Jangan obses sangat tau! Pesanan khidmat masyarakat. ;p




Bisik2 :: Ape lagi tarikh yang cantik2 untuk tahun ni ye? Ada2. Besday encik CH dan tentulah besday aku. Oh! Besday orang2 yang aku sayang juga. Heee. 

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 9 January 2011

~Selamat Bertunang!~

Semalam sehari suntuk kat rumah mak angkat jadi jurukamera ambik gambar sepanjang majlis pertunangan adik angkat. Perghhh. Letih kot. Ecewah. Ngengade nak letih2 konon padahal snap gambar pakai kamera digital cinonet je. Bukan kena angkat kamera DLSR besar gedabak yang berat nak mampos. Kui3.


Tapi letih la jugak tau. Seharian tu. Malam tu balik rumah terbungkang tak hengat dunia. Pukul 8 dah hanyot. Letih satu hal. Tambah pulak tetibe saket perot memulas2 macam nak terkeluar semua tali perut, usus besar, usus kecik. Pasai pa ntah. Salah makan ke lambat makan ke tak tahu la. Sebab siap muntah2 habes semua yang aku tibai kat rumah kenduri terkeluar balik. Dah la tak hadam pulak tu. Wakaka.


Siang tadi pulak sebok edit2 semua gambar yang amik semalam. Banyak siot. Sampai beratus. Aku ingat sikit je. Nak kena claim ni kat adik angkat. Mintak upah. Kui3. Profesional ni weh. Amik gambar pakai kamera digital biasa pun hasil kebabom cantik menarik tau. Ewah2. Puji diri sendiri pulak. Wahaha. Nak buat camne. Aku kan memang suka puji diri sendiri ni. Syok sendiri la katakan. T_T


Ok la. Meh la kite layan gambar2 yang ade. Aku tempek sikit je la dalam belog ni ye. Takkan nak tempek semua sekali sampai beratus2 tu. Gile! Mampos berat la belog aku nanti. Kalau rase nak tengok hasil kerja tangan aku yang HEBAT ni, sila lah ke pesbuk aku ye. HEBAT itu kena caplocks sebab nak menunjuk kat korang yang aku ni memang HEBAT dan berbakat snap2 gambar. Wahaha. Cik Sha gile!



*Cik gadis yang bakal bergelar tunang orang. Masa ni baru lepas kena mekap kat kedai.*





*Orang mesjid tengah baca doa kesyukuran sebelum pihak lelaki datang.*





*Saat cincin tunang disarungkan.*





*Cik gadis dengan parents kedua-dua belah pihak.*





*Itu dia cik gadis dengan encik tunang beliau.*





*Sudah bergelar tunangan orang. Jaga2 cik adik. Darah manis tu. Kui3.*






*Yang ni WAJIB ada. Tuan belog interprem dengan cik gadis. Wahaha.*



Itu je la gambar yang boleh aku share. Yang lain p tengok kat pesbuk. Berlambak2. Tengok la sampai muntah. Sekarang tengah proses nak upload. Lembab meleleh betul la berukben aku ni. Sabau je la. Haishhh. Eh eh. Aku rase kan, macam nak serius je buat part time jadi photographer. Boleh dapat side income. Kan2? Tapi aku takde DLSR. Sape la yang nak upah aku amik gambar pakai kamera digital cikai. Wuu. Sedih ah! Diskriminasi betul. Semua orang gila dengan DLSR. Aku nak satu jugak. Tapi tak mampu nak beli. Takat tengok dari jauh je boleh la. Uhuk!


Oh oh. Lupa nak bagitau. Ini adalah anak mak angkat aku yang ke-3. Tempoh hari kakak beliau yang ke-2 bertunang. Bulan 10 kalau tak salah. Ada aku share jugak dalam belog dalam entri ini. Tapi nanti adik yang ni nikah dulu kot. Dalam tahun ni jugak. Kakngah dalam tahun depan sebab die ikat tunang 2 tahun. Yang kakcik ni tunang kejap je kot. Beliau punye tunang dah cukup duit rasanye. Lagipun umur tunang beliau dah 25tahun sebaya dengan abang ipar beliau kot. Kerja polis kot eh. Lupe plak. Oh ye. Tunang beliau ni kawan kepada abang ipar beliau. Haha. Terberkenan masa kat kenduri kahwin kaklong 2 tahun lepas. Walaweh. Hehe.


Aku ni kerja ambik gambar orang je bertunang ek? Aku ni ha bile pulak nye? Belum sampai masa lagi. Sabarlah ye kawan2. Tapi rasanye aku tak bertunang kot. Terus nikah je. Hari tu risik2 kat encik CH beliau macam taknak tunang je. Ikut je la kehendak beliau. Lagipun jauh Penang dengan Terengganu. Membazir duit pulak nanti nak tunang2. Mungkin buat majlis merisik je kot. Itu pun kecil-kecilan antara famili je. Bile? Tungguuuuuuu. Huehuehue. Cakap kemain je kan macam dah nak jadi. Padahal ntah bile tak tahu. Kui3. Alaaa. Sampai masa nanti aku reveal la. Jangan risau. ^_^




Bisik2:: Oh my! Esok dah Isnin. Malasnya nak pergi kerja. Uwaaa. T_T

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Thursday, 6 January 2011

~Nak Tegur? Nak Bagi Pandangan? Ada CARA beb!~

Semalam aku terbungkang awal pukul 8 malam dah hanyut ntah belayar ke mana. Tidur mampos pulak tu. Ni mesti gara2 malam sebelum tu aku tak dapat tidur. Jam 4 pagi ke atas baru pening2 lalat mengantuk padahal pukul 6 lebih dah kena bangun nak siap2 pergi kerja. Pelik betul perangai. Disebabkan tertidur awal semalam, isya' pun terbabas. Terpaksa qadha time subuh. Wuu.


Pastu tadi kat opis buka belog sebab bosan nak buat kerja macam takde mood. 2-3 menjak ni aku macam pemalas gila nak buat kerja. Ntah kenapa la. Tensen sebab coding asyik error je kot. Lepas tu dengan perangai majikan yang ntah hape2. Aaah, malas nak cakap pasal kerja. Nak cakap pasal lain. Boleh? Nak cakap sikit pasal isu HOT yang jadi semalam gara2 entri seorang lelaki yang rasa JENGKEL dengan trend orang perempuan pakai tudung/shawl sekarang ni.


Siapa lelaki tu tak perlu la kot aku nak mention. Rasanya entri beliau tu HOT gila malam tadi. Mesti ramai yang tahu sebab macam banyak je orang tulis entri maklum balas terhadap entri beliau tu. [Aku pun tengah buat benda yang sama. Haha.] Pastu dengar cerita kat twitter pun meletop2. Kat FB orang dok share2. Komen2 kat entri tu pun dah nak dekat 400 komen aku tengok. Wow! Terbaik ah. Dapat feedback dasyhat tu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Ini aku nak bagi PENDAPAT sikit la dari hasil pembacaan aku terhadap entri tersebut dan komen2 yang banyak sangat tu. Kita lihat dari sudut POSITIF dulu apa yang aku dapat dari maksud yang cuba beliau sampaikan. Tujuan beliau menulis entri tu MUNGKIN nak menyuarakan ketidakpuasan hati dan kejengkelan beliau la kot dengan fesyen muslimah sekarang. Ada la baiknye jugak. Setengah point2 yang cuba disampaikan ada betulnya. Aku setuju jugak. Memang fesyen muslimah sekarang banyak yang pelik2 dan mengarut. Itu aku sendiri akui.


Yang NEGATIF nya pulak ialah cara beliau ekspress ketidakpuasan hati tu dengan MENGAIBKAN orang lain. Bagi aku la, TAK PERLU nak mention nama somebody dan gunakan gambar that person [beliau dah buang gambar tu masa aku baca tapi aku kenal] yang dia mention tu konon2 nak bagi contoh yang jelas. And that person adalah di kalangan blogger sendiri yang sudah tentu2 orang kenal sebab blogger famous. SALAH cara dia tu. Cara tu telah menjatuhkan 'air muka' orang tu. Dan nampak die macam ada niat nak point that person.


Apa la salahnya TULIS SECARA UMUM. Lebih elok kot kalau dia guna ayat ni dalam point die yang nombor 2 kalau tak salah aku. "Cuba korang tengok gadis2 sekarang ni yang gila nak pakai shawl berkaler maler pastu tempek ribon sana sini bunge besau2 kat kepala. Pelik betul fesyen bertudung sekarang ni. Pastu posing pulak amik gambar banyak2 tempek kat dalam belog masing2. Kalau korang tengok cantik ke tak cantik? Aku rasa mejengkelkan betul la fesyen2 dorang ni." Sedap sikit kot ayat tu aku rasa. Takde mention nama sapa2 pun. Mana2 gadis blogger yang gila pakai shawl kalau terasa sendiri tu biaq p kat depa la sebab takde mention nama. See? Itu baru cara sopan nak tegur orang walaupun kau tak suka cara dia.


Point yang lain2 tu aku taknak ulas. Nanti aku rajin aku tulis entri yang berkaitan isu fesyen muslimah sekarang. Bukan nak tunjuk baik atau alim. Sekadar memberi pendapat dari pandangan dan pengalaman tentang isu itu. InsyaAllah it will be written in next entry. Entri ini just nak bagi teguran dan pandangan terhadap cara penulisan that guy je la. Bagi aku cuma part dia mention nama dan guna gambar tu la yang menimbulkan kemarahan blogger2 lain.


Yang memang adore girl yang die mention tu harus la rasa marah dan nak backup manakala yang memang tak suke that girl bersorak gembira siap kutuk2 dan hina that girl sama. Mana aku tahu? Aku baca semua komen2 kat entry tersebut walaupun aku tak bagi komen. Ramai yang backup dan ramai yang kutuk. Tahu tak disebabkan entri beliau itu saja dah boleh heret sama RAMAI ORANG BUAT DOSA tanpa disedari? Walaupun entri itu ada NASIHAT yang bagus supaya muslimah2 sedar cara berfesyen mereka tak mengikut syarak dan melampau. Tapi orang yang memang benci that girl akan 'kabur mata' tentang itu sebaliknya lebih fokus nak KUTUK that girl.






Itulah kesilapan beliau yang paling jelas dan ketara aku nampak dari entri tersebut. Lagi satu cara beliau respon komen2 dari orang lain yang tegur cara beliau tu. Sangat menunjukkan yang beliau langsung tidak boleh terima teguran positif. Lepas tu komen2 dari penyokong beliau. Semua guna ayat2 yang tidak sepatutnya la bagi aku. Ngutuk orang yang tegur elok2 konon2 nak berlagak alim macam ustazah/ustaz. That's not a good way to response others opinion. Bagi aku kalau orang tegur secara elok, kita terima cara elok. Tak perlu nak maki2 balik.


Bukan la aku nak kata aku ni baik derr. Aku pun manusia biasa. Banyak jugak buat salah @ dosa samada aku sedar @ tak. Kita semua ni tak pernah terlepas dari buat dosa. Ingat tu! Sebab tu kalau nak tegur orang pastikan teguran kita tu pun adalah untuk muhasabah diri sendiri jugak. Jangan cakap je pandai pastu diri sendiri pun sebenarnye terbarai. Orang2 kat sekeliling yang ada kaitan dan rapat dengan kita pun tak terjaga tak boleh nak tegur.


Aku sendiri yang pernah tegur somebody yang ada kaitan pun pernah kena hina kena caci maki kena fitnah dengan beliau walaupun tak mention nama tak reveal gambar. Sakit tahu? Itu yang kita kenal kita tegur direct tapi masih berlapik. Inikan pulak yang kita tak berapa nak kenal takde kaitan nak tegur direct macam tu. Susah. Tak semua orang boleh terima teguran. Nak tegur perlu ada cara. Apa2 pun ambil la teguran orang dari sudut yang positif. Jadikan pengajaran.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Apa motif aku tulis entri ni? Kenapa tak komen kat entri beliau? Aku pengecut sebab tak tegur beliau direct tapi tulis entri kat belog sendiri? Lantak la korang nak cakap ape pun. Aku bukan mencari populariti. Just nak bagi pandangan. Lagipun beliau dah buat entri pantun mintak maaf kat that girl. Bagus la tu. Kita kalau buat salah dengan Allah, boleh bertaubat dan mintak ampun kat DIA saje. Tapi kalau kita buat salah dengan orang, kena mintak maaf kat orang tu balik. Selagi orang tu tak maafkan kita selagi tu kita tanggung dosa sampai la kat akhirat.


Aku perhatikan dunia blogging ni macam makin worst je dengan isu-isu yang kontroversi. Lebih kurang macam isu ni la. Banyak lagi la isu-isu yang kontroversi jugak tentang dunia blogging ni. Isu Anonymous yang annoying pun makin menjadi2. Dah macam tak enjoy nak berblogging.


Pelik kan? Tapi itulah manusia. Ada macam2 jenis manusia kat dunia ni. Itu baru sikit yang kita jumpa manusia pelik2 kat dunia blog. Kat luar tu, in real life, lagi berlambak-lambak yang pelik2. Apa2 pun, jagalah diri masing2. Jaga perlakuan, jaga percakapan, maka terpeliharalah maruah diri. Itu yang terbaik. Fitnah dunia ni ada macam2 jenis. Sekian, wallahualam.



Bisik2:: Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 5 January 2011

~Amboi..garangnya!~

Assalamualaikum. Hai!




Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kaseh pada kawan2 yang masih sudi berkawan dengan aku setelah aku mendedahkan identiti misteri aku dalam entri ini. Wahaha. Misteri la sangat. Mekaseh semua kerana sudi nak kawan dengan anak keturunan orang Asli ni. Yippie!! Sayang korang. ♥♥♥


Berbalik kepada tajuk entri. Siapa yang dimaksudkan GARANG sangat tu? Nak tahu siapa? Aku lah orangnya. Peace..peace..(^_^)v. Ye kawan2. Aku seorang yang garang orangnya. Tapi garang aku bertempat la. Bukan garang sembarangan je. Takkan la aku nak sesuka hati je garang. Aku garang dalam situasi2 tertentu. Siapa kenal rapat dengan aku mesti tahu perangai huduh aku ni. Kui3.



*Garang tak muke ai??*


GARANG tu ape maksud nye eh? Suka marah2 ke? Bukan2. Salah tu kawan2. Orang ganu sebut garang tu bekeng. Natang ape bekeng ni? Garang ni lebih kurang macam tegas la jugak. Kalau nak dikaitkan dengan marah pun mungkin marah yang ada point macam tu. Bukan marah tak tentu hala macam THE HULK. Eh? Tetiba. Haha. Ramai la jugak yang kenal aku cakap aku ni garang orangnye. Meh kita kaji situasi2 berikut. Semua situasi adalah ketika aku belajar di universiti.


~*~*~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


# Situasi 1


Ada satu group presentation dalam kelas. Time group aku present masa tu. Lepas habes present ada sesi soal jawab dengan rakan2 sekuliah tentang tajuk yang kami bentang. Ada 1 girl ni dia smash point yang group aku sampaikan. Jadi sebagai KETUA KUMPULAN aku nak protect la ahli2 group aku dan point yang kami bentangkan.


Punye la nak pertahankan group, aku dengan girl tu dah macam 'PERANG' pulak. Kami berdua fight habes2. Die serang, aku cover. Dia tak puas hati dengan balasan aku die, die tembak lagi. Aku bagi hujah balik. Last2 lecturer yang kena hentikan sesi soal jawab tu. Dah HOT sangat. Rasa macam kat mahkamah pun ade. Haha. End up, group aku dapat presenter yang terbaik. Hooraayy!!


Habes kelas kawan tegur aku. " Amboi sha. Bekeng ngat mung nih. Takut aku. " Aku senyum je la. Hek3. Kan aku dah cakap aku garang bertempat. ^_^


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


#Situasi 2


Hari tu aku tak berapa nak sehat. Demam dan cirit birit. Bangun pagi je terus tuju jamban sedekah cecair emas. Euuuw. Pengotoq gila cik sha ni. Haha. Tapi aku gagah jugak nak pergi kuliah walaupun aku terbangun lewat. Aku budget sempat lagi nak kejar masa nak masuk dewan kuliah. Dalam tak larat tu terkocoh2 aku jalan kaki nak g dewan kuliah. Sampai2 depan DK aku dah terlewat 5 minit kat belakang lecturer ni. Tak sempat nak masuk die dah lock pintu. Nak nangis aku masa tu. Dah la tengah saket.


Aku ketuk2 jugak pintu nak masuk. At first, he ignore me. Aku ketuk2 sampai dia buka pintu. Then dia tanya aku kenapa lambat. Aku explain aku tak berapa nak sehat dan aku lambat 5 minit je kat belakang die. Korang tahu dia tak terima pun excuse aku. Next week aku dapat warning letter dari school kata aku tak hadir kuliah dia sekali dan akan dikenakan tindakan tatatertib. Masa tu rasa nak pitam terus. Aku nanges kot.


After that, aku pun terus bawak hal ni kat dekan. Memang tak puas hati gila. Aku hadir kelas dia that day dalam keadaan saket dia boleh report kata aku tak datang dan keluarkan warning letter. Mahu aku tak hangen. Aku explain habes2 kat dekan yang aku hadir kelas tu cuma terlambat 5 minit sebab aku tak berapa nak sehat. Aku cakap kat dekan die tak boleh simply nak hukum student macam tu je. Bukan aku tak datang langsung. Aku datang. Kalau tak datang tu die nak bagi warning letter tu gasak la. Tapi ni sebaliknya.


Lepas aku jumpa dekan terus lecturer tu kena panggil dengan dekan. Kena 'basuh' la kot. A few day later, he ask me to meet him at his office. Berbincang kes tu dari hati ke hati. Ecewah. Dan dia akui salah dia. Kes ni menang kat aku la. Hehe. Pasal kes tu, aku popular kejap dalam kelas dia bila die suka perli2 aku. Kawan2 kelas lain pun boleh tahu sampai dorang cakap aku garang dan berani sangat. Ye la sampai jumpa dekan. Wahaha. Lantak ah! Aku buat benda yang betul ape. Kan aku dah cakap aku garang. Ye. Aku memang berani bersuara kalau aku rasa something yang tak kena. Tak kira la orang tu siapa2 pun. Garang tak aku?




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


#Situasi 3


Kawan depan rumah kat hostel ade krisis dengan kawan die. Kawan dia ajak jumpa nak bincang konon2. Disebabkan beliau ni kurang berkeyakinan nak fight kata2 orang tu, dia usung aku temankan dia. End up bukan bincang pun. Dorang gaduh perang mulut. Mulut pompuan tu memang 'puaka' gila. Lepas tu dapat lak backup dari BF lagi menjadi-jadi. Aku yang memula jadi peneman dan pendengar pun terus rase hangen dan defend kawan aku tu.


BF girl tu memang kurang ajar gila sampai nak angkat tangan nak penumbok aku sebab aku tegur sikap awek beliau dan beliau. Dayus tak dayus nak penumbok aku. Aku pun terus la call encik CH datang. Ingat kau sorang ade pakwe leh backup? Aku pun ade. Muahaha. Last2 pak guard datang. Terus bersurai. Suara aku kuat sangat masa tu nak lawan cakap 'merpati 2 sejoli' tu. Sampai pak guard pun datang. Kui3. May be masa tu aku marah sangat2 kot. Encik CH datang tenangkan aku pun tak lut. Sampai beliau tegur aku.."Awat garang sangat ni sayang?"


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



*Ni ha muke budak yang GARANG tu..GARANG tak? Sila takot sekarang! Haha.*



Cukup la 3 je contoh situasi yang menunjukkan aku ni garang bertempat. Wahaha. Amacam? Garang tak aku? Korang tengok muke aku kat atas tadi ade ke ciri2 garang? Macam tak caye je kan? Nampak je muke nerd2. Sekali belek macam tenang je. Wekk..muntah! Haha. Tapi rupanya garang nak mampos. Jangan korang ingat air yang tenang itu takde buaya. Jangan korang ingat kat sebalik semak yang tak bergerak itu takde rimau. Auuummm!! Haha.


Aku kan bila datang mood garang ni mesti tangan aku sampai terketar2 badan rasa macam shaking2 je. Sumpah! Memang macam tu la aku rasa. Mungkin sebab aku cuba menahan diri dari menjadi garang tak bertempat. Bila dikontrol macam tu, aku jadi garang bijak la. Garang bertempat je. Baru la smart kan? Banyak la sangat smart ang cik sha. Kui3. Agaknye betul la orang berdarah bugis ni garang2 orangnya, macam Jiji Yu cakap. Aku kan ade campuran bugis jugak. Baca sini kalau nak tahu. Heee.






Bisik2:: Garang2 aku pun, ade masanya aku manja sangat2. Uwekkk! Sila muntah beramai-ramai.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 3 January 2011

~Aku memang anak keturunan orang Asli..~

Assalamualaikum. Hai!




Aha! Betul la tu aku memang anak keturanan orang asli. So what? Ada masalah ke dengan keturunan aku ni? Kenape tercengang-cengang tu? Tak percaye eh? Betul la weh. Aku tak tipu sikit pun. Memang darah yang mengalir dalam tubuh badan aku ni ada darah keturunan orang Asli. Arwah abah aku berdarah campur orang Asli dan Cina. A'ah. Darah Cina pun ada mengalir dalam tubuh aku ni. Sebab tu aku kadang2 nampak macam amoi2 sikit. Tambah2 bile kena mekap. Cuma kulit aku takde la seputih amoi2 cina yang betul. Dah nama pun mix dengan orang Asli. Kan?


Sebelah mak memang Melayu. Melayu Jawa campur Melayu Bugis. Arwah datuk aku Melayu Jawa dan arwah nenek Melayu Bugis. Kalau orang2 tua yang pandai tengok macam nenek besfren aku mesti boleh cam bile lihat wajah aku. Besfren aku ni orang Johor. Dulu nenek die pernah tegur aku. Aku dah blur2 masa tu macam mana la nenek ni boleh tahu.




Nenek :: Kau ni mesti mix kan? Ada darah jawa kan? Cuba cakap Jawa sikit. Aku nak dengar.
Aku :: Eh2? Macam mana nenek tahu?
Nenek :: Aku pun orang Jawa jugak mestilah aku tahu. Cepat cakap.
Aku :: Ala nek. Tak reti la. Tak pernah belajar pun.
Nenek :: Apa la orang jawa tak reti cakap jawa. Rugi betul kau ni.
Aku :: *Senyum sampai telinga.*



Betul. Aku tak reti langsung cakap jawa weh. Tak pernah pun belajar. Cakap bahasa Asli pun aku tak reti. Lagi la cakap Cina. Aku reti cakap Melayu je. Kesian kan? Dah rugi banyak kat situ. Sedih rase. Dulu masa kecik2 aku pernah mintak arwah abah sekolahkan aku kat sekolah Cina. Memang teringin sangat2. Aku pun tak tahu kenapa. Masa tu tak tahu lagi aku ada darah keturunan Cina. Tapi beliau takmau hantar takut nanti aku tak kenal Islam. Jadi beliau sekolahkan aku sekolah harian biasa yang ada belajar matapelajaran agama Islam dan hantar aku pergi kelas fardhu ain.


Bahasa Asli pun beliau tak pernah ajar aku adik beradik. Dari kecik lagi beliau didik kami supaya rasa diri kami ni memang Melayu sejati bukan orang Asli. Beliau tak nak kami malu kalau kami tahu kami ni dari keturunan tu. Sumpah masa aku kecik2 aku memang tak tahu pun aku ni ada darah keturunan orang Asli sampai aku darjah 6 baru aku tahu. Malu ke aku bila dapat tahu? Sikit pun tak. Aku rasa bangga. Sebab aku anak darah campuran. Orang cakap, anak darah campuran ni bijak2. Alhamdulillah.



* Ni la anak orang Asli tu..Sudi kawan tak?*



Dulu2, aku cukup pantang bila dengar orang yang mengaku Melayu dan Islam suka menghina orang lain yang muka tak berapa nak lawa/ensem dengan menyamakan seperti orang asli. Tambah2 kawan2 aku sendiri. Ayat yang popular>>"Eeee..kau tengok orang tu, macam orang asli la." Sumpah aku rasa macam nak bagi penampar berdas2 kat dorang. Tapi aku selalu perli je balik. "Kenapa? Orang Asli bukan manusia ciptaan Allah jugak ke yang kau nak hina2?" So, dorang pasti akan terdiam. Aku pelik kenapa kebanyakan orang suke memandang hina pada orang Asli ni. Apa la salah orang Asli ni pada dorang?


Ada orang pernah menghina aku dengan mencaci keturunan darah aku yang satu ni. Orang Asli. Kenapa? Hina sangat ke orang Asli ni? Orang Asli bukan manusia macam kau jugak ke? Kalau la orang yang hina aku tu tahu, orang Asli yang hina macam kami ni dah banyak yang berjaya dalam hidup. Lagi bijak pandai dari dia yang suka mencaci maki keturunan kami. Tentu dia malu. Tak semestinya orang Asli yang dia anggap asal dari hutan ni takde akal fikiran dan tak pandai belajar. Tapi orang spesis suka menghina ni mesti takkan tahu semua perkara tu kan? Sebab pemikiran dia sempit dan hanya tahu memperlekehkan orang je.


Ramai kawan2 aku pun tak tahu lagi pasal keturunan aku ni. Yang rapat2 saje yang tahu. Mati2 mereka ingat aku tipu. Sebab mereka dulu pun suka jugak perlekeh orang Asli. Tapi bila dapat tahu aku juga ada darah keturunan tu terus jadi malu alah pada aku. Sebab tu jangan pandang lekeh pada orangAsli dan sesuka hati je nak menghina. Walaupun aku ada darah keturunan orang Asli, aku tetap bangga dan bersyukur. Sebab itu keistimewaan Allah beri pada aku. Sehina-hina aku yang berdarah orang Asli ni, aku tak pernah lagi memandang rendah dan menghina orang lain.


Jadi kawan2 yang aku sayangi, silalah jaga pertuturan dan tingkah laku. Jangan mudah2 je nak memperlekehkan orang ye. Tambah2 hina keturunan orang. Tak baik. Agama Islam tak ajar kita menghina orang. Korang keturunan ape sekalipun, tetap sama di sisi Allah. Ingat tu!



Bisik2 :: Sudi lagi ke korang nak berkawan dengan anak orang Asli ni?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 2 January 2011

~Hidup memang tak boleh lari dari HUTANG!~

Hmm. Konpius. Sekarang tengah bercadang nak besarkan rumah pusaka arwah abah ni. Cadang nak renovate jadi 2 tingkat tapi mak taknak pulak. Jadi cuma dapat ubah design dan perbesarkan je la. Rumah pusaka ni rumah teres je. Rumah teres pun kalau nak renovate fully pakai duit banyak weh. Memandangkan rumah ni mak dah amanahkan kat aku, jadi aku la yang bertangungjawab nak tanggung semua kos kalau ada niat nak perbesarkan rumah. Walaupun dalam wasiat, rumah ni sebenarnye hak kakak sebab die yang sulung, tapi die dah setuju nak bagi rumah ni kat aku.



Kenapa? Sebab aku yang duduk dengan mak kat rumah ni. Adik dah berkahwin dan ikut suami dia ke Melaka dan mereka dah ade dua bijik rumah kat sana. Kakak pun dah berkahwin dan suami beliau seorang anggota polis. Buat sementara waktu ni kakak dengan anak dia stay kat rumah ni la dengan aku dan mak sebab abang ipar aku bertugas di N9. Kakak kan kerja Penang. Tapi, kalau permohonan abang ipar aku nak transfer ke Penang berjaya, mereka sekeluarga akan tinggal di kuarters. Maka tinggallah aku saje dengan mak berdua kat rumah ni. Aku kan belum kahwin.



*Aku jumpa image ni kat Google. Macam ngam pulak design rumah ni dengan rumah aku ni ha kalau nak renovate. Boleh amik idea la.*



Tapi, kakak cadangkan sebelum aku berkahwin, baik renovate dulu rumah. Bagi besar sikit dan ada bilik yang cukup. Nanti bila aku dah kahwin senang. Kalau kakak dengan adik sekeluarga balik rumah ni pun masing2 ada bilik. Takde la melepok tido kat ruang tamu. Betul jugak. Aku pun memang ade terfikir macam tu dan memang berniat nak besarkan rumah pusaka ni. Tapi..Eh? Banyak betul tapi. Dalam setiap perenggan pulak tu. Haha.



Sambung balik. Memandangkan aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang kaya. Arwah abah pun tinggalkan harta rumah ni je sebijik dengan pencen beliau untuk mak aku. Maka kalau nak besarkan rumah ni tentulah aku kena buat pinjaman kan? Mahu berpuluh ribu jugak tu. Oh! Alamak! Hutang PTPTN yang 25ribu tu pun belum langsai2. Baru seribu lebih kot aku bayar. Ini nak buat pinjaman untuk rumah pulak. Makin bertambah2 la hutang aku macam ni. Adui.



Tapi nak tak nak memang terpaksa jugak la buat pinjaman. Kalau tak, mana aku nak korek berpuluh ribu nak bayar kos renovate rumah ni ha. Nampaknye hasrat nak beli kereta dan sambung Master kena la tangguhkan dulu. Lepas kahwin baru fikir kot. Sebab yang tu pun memerlukan kos dan mungkin jugak akan melibatkan pinjaman. Aiyoyo! Sudah la gaji aku kerja dengan NGO ni pun ciput je tak berbaloi dengan kerja yang aku kena buat dan degree yang aku ade. Uwaaaa. Bila nak dapat kerja gaji besau ni?! Tensen betul!
*Tengok! Rumah pun pandai pegang duit. Huuu..*



Oh oh. Terlupa. Tak baik merungut. Semua tu rezeki. Biar mula dari bawah. Ingat senang ke nak jadi orang berjaya dalam sekelip mata kalau tak usaha cik sha oi. Sila muhasabah diri sekarang. Bersyukur dengan apa yang ada. Kat luar sana ramai lagi graduan yang mengganggur takde kerja tahu? Ang ni dah ade kerja kira bersyukur la. Lepuk kang baru tau! Huu. Baikkk.



Kesimpulannya, hidup kita ni memang tak lari dari BERHUTANG. Betul tak aku cakap? Lain la kalau kau orang kaya weh. Ni aku cakap bagi orang2 yang kurang berkemampuan macam aku. Eleh! Kalau kau orang kaya pun kau still berhutang jugak ape. Tu pakai kad kredit tu. Guna dulu bayar kemudian. Swap2 kad je. Kira hutang la jugak tu. Kan2? Haha.



Jadinya, aku kena la buat pinjaman jugak barulah hasrat nak perbesarkan rumah ni tercapai. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Jangan bimbang. Aku kalau berhutang memang aku akan bayar sampai habes walaupun sikit2. Takdenye aku nak lari dari hutang. Tak selamat hidup weh. Kat akhirat sana lagi la tak selamat. Akhir kata, janganlah lari dari hutang. Sila jelaskan PTPTN anda kepada sesiapa yang liat nak bayar tu. Pesanan khidmat masyarakat. Haha. Sekian, terima kasih.



Bisik2:: Hopefully IMPIAN INDAHKU jadi kenyataan tahun 2011 ni. Senyum penuh makna. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Saturday, 1 January 2011

~Sambutan Malam Tahun Baru :: Konsert - Countdown - Bermadu kasih ?~

Entri pertama di awal tahun baru. Selamat tahun baru 2011 semua. Belum terlambat lagi kot nak wish kan? Masih 1-1-11 lagi. Cantik pulak nombor tu ek. Dah ramai yang update pasal tahun baru. Semua tajuk entri pakat same je. Jadi aku taknak la buat menda yang sama. Just nak wish sikit2 sebagai permulaan kata-kata. Aiseh.



Tapi tapi, aku nak jugak la sembang pasal tahun baru ni dengan korang semua. Mesti ramai yang dok pasang azam baru kan? AZAM? Apa la sebenarnye menda azam ni? Bukan seorang lelaki yang bernama Azam ye kawan2. Azam ni lebih kurang macam "wishlist" la omputih cakap. Ek eleh cik sha ni. Macam la orang tak tahu. Nak explain2 pulak. Eh? Biar la kat aku. Wahaha.

Hah! Apa azam korang 2011 ni? Mesti berderet2 kan. Aku takde la pasang azam2 ni. Apa aku nak, aku buat dan usahakan sampai tercapai. Itu aje. Setiap hari kalau boleh aku akan motivasikan diri aku supaya boleh buat yang terbaik dari hari2 yang sebelumnya. Pastu kalau rasa macam ade sesuatu yang aku nak sangat2 aku akan usahakan sampai tercapai. Yang penting ada PERANCANGAN. Takde maknanye nak berazam-azam.



Ok. Kite stop pasal azam. Nak cakap pasal Malam Tahun Baru 2011 semalam. Mesti ramai yang keluar pergi celebrate kan? Konon2 nak countdown. Best ke? Seumur hidup aku tak pernah lagi la aku join countdown2 ni. Tak kisah la countdown tahun baru ke, countdown merdeka ke. Memang tak pernah. Aku pun tak tahu ape motif kalau aku pergi menda tu. Sebab tu la tak pernah pergi.






Haa. Bile ada countdown ni mesti la ade konsert kan? Pastu ade pertunjukan bunga api. Baru la happening. Dah kata sambutan Tahun Baru. Konsert yang kat TV tu pun aku tak layan lagi la nak pergi berhimpit2 kat tempat konsert sebenar. Takdenye la. Baik aku tido kroihh kroihh. Wahaha. Aku memang kuat tido pun. Tapi sebenarnye aku agak alergik berada di crowd yang terlalu ramai, bersesak2 dan bingit macam tu. Huii. Tak boleh tak boleh. Lemas aku weh.




Lepas dah habes konsert, dah siap countdown, orang pun mesti beransur2 pulang ke rumah. Tapi ade jugak segelintir yang melencong ke arah lain. Konon2 nak 'berjaga malam' sampai la ke pagi. Tambah2 anak2 muda yang tengah HOT bercouple cintan cintun ni. Mesti la nak spend malam tahun baru sama-sama kan? Tak rock la balik awal2. Bagi yang study lagi, pukul 12 ke atas kan pagar kampus dah tutup. Nak tak nak terpaksa la 'stay up' kat luar.



Ehem. Bila dah 'stay up' berdua kat luar tu, mai la lagi 'sekor' dok pasang jarum tanpa disedari. Pergi kat tempat yang agak2 boleh nak feeling2 layan perasaan berdua. Mana la tahu nak kire bintang ke apa ke bersama kan. Lagipun baru la rasa romantik sikit. Boleh la berbicara hati ke hati. Mula-mula takut2 la. Pegang2 sikit je. Tapi bila dah nafsu mencanak-canak naik, tak boleh nak kawal, faham2 la ape yang terjadi seterusnye.










Diam tak diam dah 10 bulan berlalu. Tetibe keluar berita setiap hari kat TV kat akhbar kat radio kat internet kisah buang bayi. Tu semua terhasil masa malam tahun baru 10 bulan yang lepas. Memori 'bermadu kasih' di malam tahun baru. Oh. Dunia. Macam tu la setiap tahun. Tak pernah berakhir. Lepas tu semua orang dok pung pang marah mencaci sana sini pasal kes buang bayi. Tapi tak ingat yang benda ni berlaku sebab masa malam awal tahun baru ramai remaja yang 'terlepas kandang' pergi celebrate countdown tahun baru.



Hmm. Sangat tipikal kan? Jadi aku harap malam tahun baru semalam takde la berlaku benda2 ni. Tapi itu harapan aku saje. Pasti ada jugak yang terlepas kan? Apa2pun, harap kita semua terlepas dari buat menda takde faedah tu semua. Buat tambah dosa je. Jaga diri kawan2. Anyway, SELAMAT TAHUN BARU 2011 semua. Semoga tahun 2011 ni membawa kebahagiaan dalam hidup kita semua dan semoga perancangan korang sepanjang 2011 ni berjalan lancar. Amin.



Bisik2:: Kita tunggu bulan Oktober 2011 nanti ade tak kecoh pasal kes buang bayi. Mesti ade setiap hari. Hmmm.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com